dWeT beLi uBaT

Wednesday, March 16, 2011

cEriTa ciNtA iStimEwA.....

semalam pegi keje dengan hati yang lapang...tapi ntah macamana,TL semalam sebok nak mengamuk....haish,xfaham aqu...last-last,aqu biarkan aje...kalau aqu masuk campur,lagi bising lak..da la aqu ni jenis xske dengar yang bingit-bingit....

tapi cerita tentang semalam bukan cerita tentang TL...tapi cerita cinta istimewa...

aqu terpana gak sekejap bila tiba-tiba nampak seorang perempuan masuk berkerusi roda,laju lak tu die masuk...
pastu die kua,xlama lepas tu,aqu nampak membe aqu letak baby kat katil besar,baby tu da la kecik kot...katil lak besar gile...huhu...

xlama pastu lagi,ade sorang lelaki masuk tersenyum,tolak kerusi rodanya...kemudian dia berpusing dan tanya aqu...

'cik,mak dia da bagi susu...?'aqu pandang die,buka mask dan jawab..
'ye..dah bagi dah tadi...'kemudian aqu senyum...

oh..hidup!inikah hidup mereka...?sepasang suami isteri berkerusi roda...diam-diam,airmata aqu bergenang...

cinta mereka mungkin belum nampak lagi di situ...
jam dah hampir pukul 10.15,si isteri masuk dengan kerusi rodanya,si suami masih di sisi katil..memandang anak yang sedang tidur...sekejap-sekejap dia tersenyum...si isteri bersiap-siap untuk masuk tidur...rupanya katil besar itu untuk ibu...

'abang,abang balik awal ye...nanti esok abang nak keje.abang jangan lah risaukan saya kat sini..'ucap isteri kepada suaminya...si suami memandang muka isteri.

'kejap lagi abang balik ea?xpuas tengok anak kita'si suami senyum pada isterinya...

kemudian,aqu nampak si isteri disisi katil,bersedia untuk naik ke katil,tapi nampak agak payah..lalu,aqu cuba menghulur bantuan,membantu mengangkat dia ke katil.tapi,suaminya lebih laju daripadaku...entah macamana, si suami berdiri secara tiba-tiba,kemudian mengangkat isteri ke katil...dia berdiri statik di situ...aqu terpempan..dan airmata bergenang lagi....

'xpe dik,saya boleh buat sendiri...'katanya tersenyum...aqu diam..

sebelum si suami balik,dia datang dekat dengan isterinya,berbisik sepatah dua...kemudian,dari hujung mata,aqu nampak si suami mencium isterinya,dan si isteri mencium tangan suaminya...

entah kenapa...hati bagai cepat terusik melihat cinta mereka...
hati cepat tersentuh melihat kasih sayang itu....

biar kurang dari fizikal...nampak seperti tidak mampu,tapi hakikatnya tangan yang menolak kerusi roda itulah yang menjaga isteri...malah dia mungkin lebih mampu menjaga berbanding kita yang sempurna...

berapa ramai golongan istimewa seperti mereka yang bercerai?berapa ramai orang-orang seperti mereka yang curang?mungkin cinta mereka lebih istimewa sama seperti diri mereka...

~bila sesekali memandang ke bawah,airmata mengalir laju...~

2 comments:

Nor Suhaiza said...

cik misi jgn cepat touching...
:)

imtinan said...

sweetnya...