dWeT beLi uBaT

Sunday, July 31, 2011

wHaT gOes arOuNd....

pagi-pagi sudah baca alkisah si Khairul Fahmi....
manusia...oh manusia...
pantang ade kat atas,mula la lupa diri...lupa apa yang jadi suatu masa dulu...saat kau susah,die tolong kau...bila kau senang,kau cari lain dan tinggalkan die...semudah tu keputusan yang kau buat...

aqu teringin nak tengok,setakat mana kau mampu hidup bila perangai kau macam ni...beb,apa yang kau buat sekarang,pasti ada balasannya suatu masa nanti,sama ada cepat atau lambat,itu saja persoalannya...

sama macam aqu dulu,bila bercinta,ayat yang kau bagi semua manis-manis madu...bila kau dapat,kau tipu aqu,akhirnya kau terkantoi sendiri....seronok?
kau tunggu satu masa nanti akan datang seorang perempuan yang akan buat perkara yang sama macam kau buat kat aqu,malah mungkin lebih teruk dari apa yang kau buat tu kau akan dapat....!

aqu bukan doakan,tapi itu adalah kenyataan bila kau membuat kesalahan....kau mungkin xkan mengaku itu salah kau,tapi aqu sangat-sangat berharap kau akan jatuh terduduk dan mula refresh balik segala apa yang kau buat pada aqu....

pergh...!
hati panas bila ada isu begini....lelaki selalu ingat mereka boleh main-mainkan perempuan sesuka hati,sebab itu mereka berani buat macam-macam,bila terkena dengan perempuan yang macam-macam,mula salahkan orang lain....

hah!
hidup...hidup....
ada satu masa kau rasa gah bila kau kat atas...tapi bila kau jatuh terduduk,kau malu sendiri...kalau kau sedar,kau akan berubah,tapi kalau kau masih buta hati,kau akan mula berlagak macam dulu balik....sungguh kasihan aqu dengan ibu kau yang mengandungkan kau selama 9 bulan dan ini yang kau beri padanya....

ok!
out of topic sudah...
moga Elia kuat semangat untuk semua ni,

~aqu yakin dengan balasan Allah,kau tunggu saja...!~

Saturday, July 30, 2011

aYuH! pOsiTiFkaN diRi....!

baca tajuk pun semangat da berkobar-kobar,belum lagi wat action....huhu

Pagi tadi,on the way balik keje,aqu on Ikim fm,so,dengarlah tazkirah dari Prof Muhaya.Sape Prof Muhaya?Cari la sendiri,malas nak citer...Sepanjang perjalanan pulang tu aqu dengar je cara dia menerangkan,menasihati dan memberi pandangan.Sekarang aqu nak kongsikan dengan korang pulak...

Ada pendengar bertanya tentang bagaimana nak kekalkan keikhlasan dalam rumahtangga....
Maklum je la,lelaki memang susah nak menghargai wanita,lagi-lagi yang bergelar surirumah ni...dipandangnya sebelah mata je.
Jawab Prof Muhaya,ikhlas ni bukan lah sesuatu yang kita boleh tunjuk atau cakap (kalau da wat camtu,x ikhlas la namanya..)ikhlas ni ibaratnya apabila kita wat sesuatu,kita menyembunyikannya tanpa sesiapa pun tahu.Macamana kita menyembunyikan perbuatan jahat kita,macam tu jugaklah kita menyembunyikan ikhlas tu.

Mengikhlaskan diri dalam rumahtangga,terutamanya dengan suami,ibaratkanlah kita melakukan semua urusan tu seolah-olah suami tu da nak pergi a.k.a meninggal....
Memang le xmudah,sebab?
Sebabnya esok bangun pagi,"eh,ade lagi laki aqu ni...?"huhu...
Tapi,kalau tiba-tiba dia pergi,meraung la jawabnya...
Kata Prof Muhaya,bila kita mengibaratkannya begitu,maka lakukanlah tugas-tugas rumahtangga dengan sebaik mungkin,hiruplah kasih sayang yang ada antara suami isteri dan masa tu,x ada sebab untuk meminta ganjaran atas apa yang kita beri.

Alang-alang da menyentuh soal ganjaran atau mungkin balasan,kebanyakan orang mengharapkan mereka dihargai,xkisah lah dalam bentuk pujian atau diberi barang berharga ( jangan kate korang,aqu pun sama gak...)
Tapi,kata Prof Muhaya,dan suka untuk aqu sebutkan kata-katanya..Ibaratkan kita ni gelas yang berisi penuh,xperlu lagi ditambah isinya,dan jangan sesekali dibuang isinya.Gelas yang penuh tu ibarat maruah diri kita,maka bila da terisi penuh,apalagi yang diharapkan pada penghargaan?

Orang yang meminta dihargai adalah orang yang kurang maruah diri.Perghh,sentap plak kat situ,sape yang nak merendahkan harga diri mereka untuk sebuah penghargaan yang belum tentu kekal sampai bila-bila?hah!jawab le sendiri...

Prof Muhaya sendiri kerap menyebut,jangan fokus pada perkara yang sukar atau menyusahkan,tapi fokus untuk bersyukur dan menambah amal ibadah.Orang yang positif selalu berfikir tentang penyelesaian dan orang yang negatif selalu mencari alasan.Betul kan?

Hurm..
Merenung balik ke dalam diri,kadang-kadang aqu terfikir,adakala bila kita susah,Allah hanya mahu sedarkan kita bahawa kita ni masih insan yang lemah dan mahu kita kembali kepada fitrah asal,kerana itu Dia menurunkan ujian kepada hambaNya.

Kalau ada orang yang dulunya senang,kemudian ditimpa kesusahan,adakah dia mengingati Allah saat kesusahannya?Dan apabila dia senang,adakah dia akan terus mengingati Allah?
Adakah kita terfikir,apakah yang memberi keberkatan dalam hidup selain dari amalan yang ikhlas kerana Allah,akhlak yang baik dan sentiasa bersyukur?

Rezeki tidak akan datang bergolek,sebaliknya kita harus bangun dan mencarinya.
Rezeki tidak akan selalunya kekal,sebaliknya kita harus bersedia dengan segalanya.
Dan harus juga diingat,kita xkan selalu berada di atas,kadang-kadang kita harus berada di bawah supaya kita dapat menginsafi diri.

Jom!
Positifkan diri...
cas tenaga positif dengan keikhlasan,solat dan akhlak yang terpuji.

wallahua'lam....
~mahu jadi wanita yang tinggi maruahnya~
                                                                 

Wednesday, July 27, 2011

hAntArAn...dAn PeRKahWiNaN....

assalamualaikum...
hari ni mood menulis entry adalah tentang kawin...walaupun aqu masih single,xbermakna aqu diharamkan untuk menulis tentang tajuk ini...lagipun,ia adalah sebahagian dari hidup kita kan?
mungkin bukan sekarang,tapi suatu hari nanti kita akan melaluinya juga...

hantaran?
apakah yang korang faham tentang hantaran...?
nilai hantaran?
atau apakah pilihan korang dalam menyediakan hantaran kepada pasangan....?

kisah perkahwinan kadangkala menjadi satu ketakutan buat kaum Adam bila mana merasakan jodoh sudah tiba,tapi berdepan dengan pelbagai kekangan...

sebelum melangkah ke alam perkahwinan...pernah x korang bertanya kepada diri ; kenapa aku berkahwin? dan apakah jawapan yang kalian dapat?
kita pada hari ini adalah golongan manusia yang suka meniru...meniru perkara-perkara yang lagha...perkara-perkara yang membazir dan mengetepikan hal-hal yang lebih penting dari itu...

apakah hantaran yang terbaik untuk pasangan?kalau ditanya pada mereka yang up to date,mesti lah jawapannya Ipad2,DSLR,Blackberry dan segala kegilaan gajet remaja hari ini...berlumba-lumba untuk memiliki apa yang orang lain miliki,lalu,segala ikutan ini akan menjadi ikutan kepada anak yang bakal lahir kelak...adakah ini institusi keluarga yang akan kita bina.....??

faham ke korang tentang pemberian setiap hantaran?contohnya al-Quran sebagai hantaran adakah setiap pasangan menghargai pemberian al-Quran tersebut?sejauh mana kalian menggunakan al-Quran dalam membina rumahtangga kalian?
persoalan paling penting adalah adakah kalian membina institusi keluarga berdasarkan landasan yang diberi dan ditunjukkan di dalam al-Quran?

bak kata Ustaz Azhar Idrus,meminta biar berpada-pada,biar padan dengan apa yang diminta...
begitu juga dengan hantaran,fahami tujuan memberi hantaran...
kalau tidak mampu,sediakan saja sekadar yang perlu,dan kadang-kadang tidak perlu pun barang yang berjenama menghiasi bekas hantaran...hulurkan hadiah perkahwinan seikhlas hati....

menyorot catatan Mak Uda dalam majalah Anis keluaran Ogos 2011,katanya ; kahwin bukan sekadar baju pengantin dan pelamin glamor!
malah,tanpa baju pengantin dan pelamin atau nilai hantaran yang berganda sekalipun,kita masih boleh melaksanakan perkahwinan dengan sesempurna mungkin....!

pastikan setiap perkahwinan itu nawaitunya adalah untuk mencari redha Allah....dan semoga itu menjadi titik tolak ke arah pembangunan baitul muslim....semoga perkahwinan yang dibina lebih berkat dan dipayungi rahmat Allah....

wallahua'lam...

~aqu hanya insan kerdil...~

Monday, July 25, 2011

sPreAd tHe LoVe....!

assalamualaikum....
ape kaba?
hari ni ape agenda korang?
huh!agenda aqu?macam biasa je...g keje,balik keje,lepak kat umah,esok pun sama...
tapi yang jadi bezanya bila setiap kali aqu g keje,aqu akan berkerja sebaik mungkin....dan harapnya korang pun macam aqu...ok?

aqu sekarang sangat suka mempromosikan kedai2 orang...huhu,kalau ade rezeki dorang,xkan ke mana pun kan...?semua tu Allah da tentukan...

bagaimana dengan cinta kalian...?
sihatkah....?gembirakah...?
adakah ia semakin bertambah...?

aqu seronok bila orang yang aqu sayang itu seronok,dan aqu juga bahagia bila melihat mereka bahagia...?
siapa orang yang aqu sayang?
erm...umi,abah,adik-adik aqu,my mr boyfie dan family die serta kawan-kawan aqu....

kenapa?
kerana bukan semua orang menjalani hidup dengan bahagia dan gembira sepertimana yang kita sedang lalui sekarang...betul kan?
mungkin sekarang ade yang sedang menanggung derita...mungkin ade yang masih bersedih dengan kehilangan orang yang tersayang...siapa yang tahu?

kisah hidup setiap orang itu berbeza,hargai setiap detik masa bersama,kerana hanya itu yang akan menjadi kenangan sampai bila-bila....

dan hari ini,saat ini...aqu cuma ingin menyeru kepada kalian...
mari sebarkan rasa sayang,rasa kasih kepada mereka yang memerlukan...berikan mereka sedikit bahagia,moga-moga ia menjadi penguat semangat untuk mereka melangsungkan hidup tanpa orang tersayang...

kalau korang ade rezeki lebih,korang boleh dermakan sehelai baju buat mereka...ukuran-ukuran saiz baju korang boleh tengok kat sini sehelaibaju.com , xsalahkan beri mereka sedikit kegembiraan?

kalau korang xmampu nak beli baju,korang masih ade pilihan untuk meraikan dorang...taja seorang pun sudah memadai...tajaan makan malam ni mungkin sesuatu yang memberi makna kepada mereka...

bersedekahlah dengan seikhlas hati....
jom!
sebarkan cinta dan kasih sayang beramai-ramai....moga mereka merasai kegembiraan dan kebahagiaan yang sama seperti kita =)

~spread this love...~

Sunday, July 24, 2011

mAti iTu pAsTi....!

assalamualaikum....
sihat ke korang sume...?
semalam ade yang pergi dijemput Ilahi....hari ni?xsiapa yang tahu....
semalam ade yang sedang bersuka-ria...dan hari ini terlantar lesu tanpa sebarang bicara...
semalam ade yang terkinja-kinja di pentas hiburan...dan hari ini dibungkus kapan...

ini tentang kisah semalam...
kisah seorang hamba Allah dijemput menghadapNya...selesai sudah urusan di dunia...tamat sudah derita xberpenghujung...
sedih...
pilu...
semua tu jadi satu bila aqu yang pernah merawat die...melihat die senyum berjalan-jalan di dalam wad...dan akhirnya aqu sendiri yang membungkusnya sebelum dibawa ke bilik mayat...

ralat....
dan kadang-kadang aqu terpinga-pinga...benarkah die telah pergi...???
aqu melihat dengan mata sendiri bagaimana die penat dan tersiksa melawan sakit dan barangkali merasai perpisahan antara jasad dan roh....

"seandanya Engkau mengetahui bahawa mati itu lebih baik untuknya,maka Kau ambillah nyawanya...seandainya Engkau mengetahui bahawa hidup itu lebih baik untuknya maka Kau sembuhkanlah dia...dan kami redha dengan ketentuanMu...."

-abang...maafkan papa...xdapat tunaikan permintaan abang....-

=mama,abang nak tido...abang da penat...=

hari ini,suaranya bagai terngiang-ngiang di telingaku....segala tindak-tanduknya terbayang-bayang dalam jaga dan tidur...

oh,adik...tenanglah disana...ibubapamu pasti merinduimu...
kakak mohon maaf atas khilaf selama menjagamu....

bagaimana dengan kalian?siapakah yang telah pergi dari hidup kalian hari ini...?
terkesankah kita dengan kematian?
apakah ia hanya sekadar satu kejadian biasa?
ingat,mati itu pasti...xkan tercepat apatah lagi terlewat walau sesaat....

merenung kematian itu sepatutnya membawa kita mendekati Allah s.w.t...membuang segala khilaf dalam sedar...dan memohon taubat dengan segera....
adakah kita sudah lakukannya....??

~arwah menghidap Burkitt's Lymphoma~
*peringatan untuk aqu juga*

Thursday, July 21, 2011

tOLonGLaH seSaMa KaMu....

arini hati pedih masa bangun tido...pedih yang macamana,xleh nak digambarkan...tapi setengah jam lepas tu da ok balik sebab aqu dok sibukkan diri baca post ibu-ibu yang seronok bercerita fasal breastfeeding....
aqu plak yang teruja lebih-lebih,padahalnye,anak pun xde....isk2...

abes baca post ibu-ibu,tertarik plak baca post dinar dan dirham walaupun sebenarnya xde la faham sangat pun macamana nak guna dalam masa sekarang...tapi sekurang-kurangnya aqu cuba gak untuk menaikkan kembali nilai matawang Islam ni....

bak kata salah sorang admin tu,lebih baik kita berusaha untuk keluar dari api neraka berbanding kita redha deuduk di dalamnya...kan lain tu maksudnya,betul x....?

aqu pun da join kutu set dirham negeri perak (SDNP) ni...bayar je RM25 seminggu,setiap khamis dia akan hantar barang kat peserta giliran...
aqu bagitau kat mak aqu,die suruh hati-hati takut kena tipu...aqu pun xde la percaya sangat,tapi kalau fikir balik,nape nak tipu...?die siap bagi no fon orang-orang yang join,dedahkan dia sape..tapi kalau die tipu jugak...xtau nak cakap pe la,itu die jawab sendiri dengan Allah...betul x?

aqu teringat tentang 1 ayat,'jika kalian membantu urusan Allah,maka Allah akan membantu urusan kamu...'...jadi aqu bergantung harap pada Allah atas urusan ini....

dua tiga hari lepas aqu promote red tuffah kali ni aqu nak promote hamba Allah ni pulak...die xde bisnes,tapi dia telah didioagnosis mengalami End Stage Renal Failure ataupun dikenali sebagai kegagalan buah pinggang...so sekarang dia nak cari dana supaya dia boleh menjalani pemindahan buah pinggang....

aqu tergerak hati nak tolong hamba Allah ni memandangkan usia dia masih muda,lagipun dia masih perlu membantu family die nanti...apa salahnya hulurkan sedikit sumbangan meringankan beban yang ditanggungnya.
untuk pengetahuan juga,kos menjalani haemodialisis pun menelan belanja yang banyak.

semoga Allah mempermudahkan urusan kalian...jom sama-sama membantu hafizudin tambah pulak Ramadhan makin dekat...


~yang baik datangnya dari Allah.....~

Wednesday, July 20, 2011

gAmE sUkaNeKA......

semput....
huhu..baru lepas men game nih...hehe..xde la...men-men je...

ooh...entry kali ni fasal game sukaneka...korang sume mesti pernah join sukaneka kan?jangan nak tipu aqu k..sebab aqu pun join gak game ni...

okeh...dalam entry ari sabtu aritu,aqu ade cite fasal plan ke kuala selangor dan cerita makan langsat...huhu...sekarang aqu nak masuk cite fasal sukanria yang aqu xkan lupakan....

tapi sebelum tu meh kite bekerjasama untuk senaraikan game yang aqu dan korang tau serta best untuk dilakukan....

1. KETAM BALL....
-ni bukan dragon ball ea...huhu...
-pada orang-orang yang xreti pegang chopstick,memang fail le men game ni...
-ape yang korang perlukan adalah chopstick n bola pingpong...
-dalam game ni,korang kena lari sambil sepit bola pingpong tu guna chopstick...xleh pegang ngan tangan...
  so,guess what?kalau orang cam aqu ni main...memang le setiap 2saat,bola pingpong tu terlucut dari kayu chopstick tu....hampeh tol....!

2.PERANG DINGIN
-ni game ngeri skit...huhu...
-aqu fobia kot men game nih,mana x nye,masa tengah main,kaki aqu kena tarik!lelaki plak tu yang tarik kaki nih...!sengal tol...
-okeh,macamana nak main?korang kena ada belon dan getah...tiup belon dan ikat dengan getah,pastu masukkan kaki korang dalam getah tu supaya belon tu ade kat betis korang....

~ni contohnye....~

-pastu korang dikehendaki berada dalam satu bulatan besar bersama-sama ngan musuh korang-maksudnye geng dari group lain la-
-masa dalam bulatan tu,korang kena pecahkan belon lawan dengan menggunakan kaki je...
-masa first kitorang main,dorang ni xdengar arahan,sume orang pecahkan belon lawan guna tangan,tu pasal kaki aqu kena tarik....!
-last2 kena ulang balik game sebab yang first game tu banyak orang wat salah

3.RANTAIAN KASIH
-okeh,next game plak...rantaian kasih...
-dalam game ni,korang kena sambung apa saja benda yang ade kat badan korang n ahli group korang...sape paling panjang,die la menang....
-tapi dengan syarat....iaitu,korang kena angkat sambungan tu tanpa pastikan sume tu putus,kalau x,automatiknye kalah la...
-group aqu sambung le semua yang kitorang ade,tali kasut,skaf,selendang,tudung...xcukup ngan semua tu,pegang la ahli masing-masing,supaya rantai korang lebih panjang dari orang lain.....

huhu,ape-ape pun memang best gak la join aktiviti nih...

sekarang turn korang plak share ngan aqu,game yang korang tau...

~semangat kesukanan...~

dUhAi iBu : KisAh sUsU iBu beRsAmbUng LaGi....

aqu ni memang suke tentang miracle,terutamanya yang datang dan dikurniakan dari Allah s.w.t.
Kenapa?
sebabnya ia terlalu hebat untuk difikirkan dan dihuraikan walau dari pelbagai aspek sekalipun...

contohnya dalam kejadian proses kehamilan,bayangkan dari penyatuan sperma dan ovum akhirnya membentuk segumpal daging dan tersenyawa lalu proses kelahiran berlaku.

bayangkan?
dari sekecil-kecil penyatuan itu akhirnya membentuk seorang manusia...
dan sekarang kita bercerita tentang pemberian Yang Maha Esa,iaitu susu ibu...
seringkali mendengar rungutan ibu-ibu tentang kekurangan penghasilan susu,tapi tahukah para ibu tentang cara untuk membanyakkan penghasilan susu....?

okeh,sekarang saya ingin kongsikan hasil bacaan saya kepada umum....ada antara isi kandungannya telah pun aqu nyatakan sebelum ni,so,ini adalah reinforcement supaya ibu dapat mengingat balik info-info tersebut....semoga mendapat manfaat....

Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:
  • Cekur Manis ----Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. 
  • Kacang Tanah ----- Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
  • Air Longan ---- Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) or longan segar yang jual kat pasar.. tp jgn bebyk karang sakit tekak plak.
  • Halba dan Jintan Hitam ---- Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
  • Bunga Melur ---- Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
  • Lobak Putih ---- Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. 
  • Pucuk Betik ---- Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Tuaman Daun Sirih ---- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
  • Jantung Pisang ---- Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
  • Makanan Tinggi CLA ---- Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
  • Kurma --- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
  • Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  8. Barli – air atau bubur barli.
  9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  13. Air horlicks
  14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  15. Teh hijau jepun
  16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  19. Ubat homeopati.
  20. Durian - jgn byk sgt.. takut bby tak tahan panas.. buat serawa pun boleh...
credit to : ainaz-azidah
diambil dari : kumpulan ibu menyusu

~gud luck mummy....~

#wOrdLesS WedNesDaY : 1



~apekah maksudnye....?~

Tuesday, July 19, 2011

dUhAi iBu : KisAh sUsU iBu LaGi....

Sebelum korang baca entry ni,untuk rujukan korang leh baca entry aqu yang lepas-lepas fasal cerita susu ibu episod 1 dan juga cerita susu ibu episod 2 , semoga korang akan dapat sedikit info yang sebelum ni korang xtahu...

korang tu merujuk pada sape...?
aish,tu pun nak tanya?yang penting sekali adalah kepada orang yang bakal bergelar ibu,bakal bergelar bapa,yang xberapa penting adalah perempuan yang single...huhu...

banyak info dalam tu yang aqu bagi tentang kepentingan susu ibu,macamana nak menyusukan bayi dengan betul serta macamana nak produce susu ibu...

sekarang aqu nak menambah sisi lain tentang susu ibu...iaitu macamana ibu-ibu nak simpan EBM               (expressed breast milk)

lepas ibu-ibu menyusukan bayi,lazimnya akan ada lebihan susu keluar,biasanya ni terjadi kepada ibu yang mampu untuk produce banyak susu ibu.Ibu boleh simpan susu ni dalam bekas-bekas kecil


sebelum ibu melakukan penyimpanan,ibu kena cuci dulu puting payudara selepas menyusukan bayi,kemudian baru lakukan perahan ke dalam bekas-bekas kecil ni...

apa yang penting adalah,ibu kena label masa dan tarikh perahan pada bekas ni...
kenapa?ini kerana susu akan bertahan selama 6 bulan apabila disimpan di dalam ruang freezer.Jadi,bila ibu nak menggunakan susu tu,ibu boleh mengambil susu yang dah diperah lebih awal.

Sebagai contoh,jika ada 3 bekas simpanan EBM dengan tarikh 2 Julai,5 Julai, dan 8 Julai,maka ibu harus mengambil susu pada tarikh 2 Julai terlebih dahulu.

Seterusnya,bagaimana nak menggunakan susu daripada freezer?Dan apa yang perlu dilakukan...?
Apabila ibu nak menggunakan susu dari ruang freezer,ibu perlu turunkan susu dari ruang freezer ke general compartment iaitu ruang bawah.Biarkan EBM cair perlahan-lahan kemudian baru boleh gunakan susu tersebut.

Untuk info juga,susu yang diletak di ruang general compartment ini akan bertahan dalam jangka masa seminggu sahaja,jadi,kalau xnak guna,better simpan je kat freezer.Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran EBM.

Selain itu,jika susu dibiarkan dalam suhu bilik,ia hanya boleh bertahan dalam masa 4 jam sahaja,harus diingatkan kepada ibu-ibu supaya menyimpan susu dengan kadar segera ke dalam freezer.

Antara kebimbangan lain yang dihadapi oleh ibu juga adalah apabila mereka mula bekerja.Bagaimana cara untuk menyimpan susu mereka?
EBM juga boleh disimpan di dalam bekas yang tahan sejuk.Bagaimana caranya?beli ice pack dan letak di dalam bekas tahan sejuk ( ice cooler )

~ice pack~

~ice cooler~

kemudian,ibu boleh menyusun bekas-bekas berisi EBM di ruang tengah ice pack tersebut.

Masihkah ada alasan untuk memberi yang terbaik kepada bayi anda..?Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada pembaca..

salam sayang....,
~micitika~

beZaNya LeLaKi dAn pEreMpuAn....

Majlis sudah bermula apabila Johan dan Su tiba. Su memandang tepat ke muka Johan dan bibirnya seakan-akan tidak bergerak apabila dia berkata,
“Cuba lihat pasangan di tepi tingkap itu,”
Johan memusing kepalanya bagi melihat pasangan yang dimaksudkan Su.
“Jangan lihat sekarang!”
Dia berbisik dengan garang. “Jangan buat mereka perasan”.
Su tidak faham mengapa Johan terpaksa memusingkan kepalanya dengan begitu ketara. Johan pula tidak percaya bahawa Su dapat melihat orang lain tanpa menggerakkan kepalanya.

Perbezaan Persepsi Antara Lelaki dan Perempuan
Wanita dapat merasai dengan cepat apabila orang lain berasa susah hati dan kecewa. Sebagai ibu dan penjaga rumah tangga, mereka memerlukan kebolehan yang dipanggil sebagai naluri untuk mengesan perubahan perasaan dan sikap yang berlaku pada orang lain. Namun, lelaki pula selalunya melihat tanda-tanda fizikal seperti air mata atau ditampar sebelum dia menyedari perasaan perempuan.
Seorang isteri boleh melihat sehelai rambut yang melekat pada baju suaminya pada jarak 20 kaki tetapi selalunya akan melanggar pintu garaj apabila memarkir kereta.
Ini adalah kerana mengagak jarak di antara belakang kereta dan dinding garaj adalah kemahiran spatial yang terletak di hemisfera kanan otak lelaki.
Wanita mempunyai perisian otak yang membolehkan mereka menerima sudut pandangan yang mampu mencapai 180 darjah menjadikan wanita mempunyai pandangan periferi yang luas tetapi lelaki hanya mempunyai penglihatan teropong.

Statistik daripada syarikat insurans menunjukkan kemungkinan pemandu wanita dilanggar dari tepi ketika di persimpangan jalan adalah lebih rendah berbanding pemandu lelaki. Penglihatan periferi yang lebih luas membolehkan mereka melihat kereta yang datang dari arah tepi. Kemungkinan wanita mengalami kemalangan di bahagian depan atau belakang lebih besar kerana kemahiran spatial mereka tidak begitu baik.
Pada tahun 1997, seramai 4132 pejalan kaki kanak-kanak terbunuh atau tercedera di jalan raya. Dan daripada jumlah itu, 2640 adalah kanak-kanak lelaki dan 1492 kanak-kanak perempuan. Ini adalah disebabkan kanak-kanak lelaki lebih mengambil risiko apabila menyeberang jalan ditambah dengan penglihatan periferi yang lemah.
Wanita juga mampu melihat semua isi kandung peti sejuk tanpa memusingkan kepala. Hormon estrogen mereka membolehkan mengenal pasti barang yang terdapat di dalam laci, almari ataupun yang berada di hujung bilik. Mereka mampu mengingati kedudukan benda tersebut secara rawak sama ada kedudukan mentega atau jem di dalam peti sejuk.
Kajian baru menunjukkan otak lelaki sebenarnya mencari perkataan M-E-N-T-E-G-A apabila mencari mentega di dalam peti sejuk. Apabila mentega itu menghadap tempat lain dan tulisan tidak kelihatan, lelaki terpaksa memusingkan kepala mereka ke kiri, kanan, atas dan bawah supaya mereka dapat mengimbas dan mencari barang-barang yang hilang.
Fakta yang lebih menarik, wanita jarang tertangkap apabila memerhatikan lelaki kerana sebab yang sama iaitu lelaki akan memandang wanita dengan memusingkan kepala tetapi wanita mampu memandang lelaki dengan ekor matanya sahaja.
Kajian bahasa badan menunjukkan komunikasi berhadapan dan isyarat tanpa bunyi memberi 60-80% kesan ke atas mesej itu. Manakala bunyi pula memberi kesan sebanyak 20-30% dan baki untuk 10% adalah kata-kata. Alat deria wanita berkemampuan menghantar maklumat dengan cepat daripada 1 hemisfera ke hemisfera yang lain menjadikan mereka lebih cekap memahami isyarat lisan, visual dan isyarat lain.
Oleh sebab itu lelaki tidak mampu berbohong secara berhadapan. Namun begitu, hampir semua wanita mampu berbohong dengan lelaki secara berhadapan dengan mudah kerana lelaki tidak mempunyai kepekaan mengesan perbezaan antara isyarat lisan, visual dan isyarat lainnya.
Kaum lelaki hanya menggunakan otak kiri bagi mendengar manakala wanita menggunakan kedua-dua belah otaknya. Otak wanita mampu mengasing, mengkategorikan bunyi dan seterusnya bertindak mengikut setiap bunyi yang mereka dengar. Inilah sebabnya perempuan dapat berbual dan pada masa yang sama dapat menonton televisyen dan mendengar radio. Faktor ini juga yang menjelaskan mengapa lelaki tidak dapat berbual dengan baik apabila terdengar bunyi suara televisyen atau radio dan terpaksa menutupnya.
Kanak-kanak lelaki sering dimarahi kerana tidak mendengar kata. Ini kerana saluran telinga mereka mengalami pembesaran ketika menjangkau usia akil baligh yang menyebabkan mereka ‘pekak’ buat sementara waktu. Jadi, apabila seorang guru memarahi murid perempuan yang tidak bertentangan mata dengannya, guru terus memarahi. Namun, apabila murid lelaki tidak memandang gurunya apabila dimarahi, secara automatik mereka tidak memberi perhatian dengan apa yang dikatakan kerana penglihatan teropong mereka lebih baik daripada pendengaran.
Sebagai demonstrasi ringkas, kira bilangan huruf  ’K’ yang terdapat dalam ayat berikut:
Kajian saintifik itu memakan masa bertahun-tahun dan memerlukan tenaga kerja yang ramai
Murid lelaki dapat memberikan jawapan yang lebih baik berbanding perempuan. Mereka dapat mencari kelima-lima huruf ‘K’ yang terdapat dalam ayat di atas kerana mereka mempunyai penglihatan teropong yang jelas berbanding pendengaran. Tetapi apabila ayat itu dibaca dengan kuat, murid perempuan dapat mengira huruf-huruf ‘K’ dengan lebih baik berbanding lelaki.

credit : psipum

~perbezaan yang sempurna....~

prOmO seSsiOn : ReD TuFfAh

hari in mau buat baik...
mau promote belog...
belog sape...?
hihihi...
rahsia,so,xleh le bagitau...

sape sini suke wat facial...?
nak dapatkan khidmat urutan badan...?
nak wat rambut...?

ala,kalau tanya kat ladies kat luar sana,sume pun jawab suke kan?
ade sesetengah orang die rasa nak sangat wat sume tu tapi banyak la pulak halangan yang datang...

contoh halangan-halangan tu macam....
malu...
takut kena bayar harga mahal...
xnak share ngan customer lelaki...
xtau kat mana tempatnya...
nak cari tempat orang Islam je...

okeh..
aqu nak suggestkan salon ni..

kat saloon ni,korang leh deal dulu harga...
kalau korang nak cuci muka,leh tanya dulu pakej pe yang ade,harga,ape yg dorang wat...
sume lah...
kalau setuju,baru la dorang wat rawatan tu...

kat red tuffah ni gak,customer besenya perempuan je...
dorang x amik pun customer lelaki...
kalau ade pun,just family dorang je...
so,korang leh wat rawatan dengan tenteram...
tambah plak dorang wat sume tu dalam bilik dan bertutup ngan langsir
xyah nak risau la...

kalau korang berminat,
korang leh tengok blog die...
n kat sini aqu bagi gak alamat die kat korang...

RED TUFFAH BEAUTY SALOON
No 35B, Jalan Pinang B 18/B,
Seksyen 18 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
(Sebelah McDonald Seksyen 18, Tingkat 1)
 
RED TUFFAH BEAUTY SALOON (BLOG) 
 
staf kat sana baik-baik n ramah-tamah...
so,enjoy....!

~mau belajar urut-mengurut....hihi...~

Monday, July 18, 2011

haCk...haCkeR...dAn....?

huh...
fenomena baru sekarang adalah hack..hack facebook orang...hack twitter...hack segala bagai yang boleh di hack lah....

ade bagus dan ade yang xbagus fasal mende-mende ni...
kalau orang tu hack untuk tahu cerita sebenar,maka baguslah coz dapat tahu sape yang beragenda jahat dan sebagainya....
tapi...kalau sesaje hack dan xde point untuk wat camtu...agak xsopan la....betul x?coz semua orang mahukan privacy sendiri....

adakala bagus jugak bila ade hackers ni...mana x nye,ia mengajar korang supaya berhati-hati dengan sebarangan orang...jangan percaya sangat dengan sesape yang tetibe muncul kat facebook korang tu...betul x?maklum je la,kekadang sesetengah manusia tu pantang kena add,terus je approve..kalau yang memilih pun approve yang hensem+kachak atau yang chantek+comeyl je....betul x...?

jangan nak tipu,coz aqu dulu pun macam tu jugak...huhu,sekarang da xde da...kalau boleh,da nak delete da membe-membe kat fB tu :p

oh...
korang nak tau cemana dorang ni cuba untuk pancing korang sebelum dorang hack akaun facebook korang...?
korang g lah baca kat blog mamat ni k....?

~wat akaun facebook banyak-banyak untuk peningkan hackers...~

Sunday, July 17, 2011

biLa hAti xLaGi....

salam petang...
bosan,penat..dan xtau nak watpe...ouh...!

cerita fasal semalam..makan langsat berkilo gak..huhu,mana xnye..salah info fasal peta.. damn sungguh!huhu...dorang suruh g hala ke kuala selangor..tapi sebenarnya tempat tu xsampai kuala selangor pun lagi...!

nasib baik la kitorang berhenti tanye kat satu kedai tu sebelum kitorang amik keputusan terus ke kuala selangor...
hurm...bak kate nenek aqu ; nasib baik tu selalu je ade...betul x?

semalam,jumpe ngan budak-budak batch aqu...rasa cam da xserasi cam dulu...maklum je,aqu ni da duduk kat wad lain,dorang duduk kat wad lain.bezanya? macam langit dan bumi....

ada banyak beza bila korang jumpe kawan baik dengan kawan biasa....kalau dengan kawan baik,xde la ralat sangat kot...kalau ngan kawan biasa,walaupun korang rapat ngan die suatu masa dulu...mesti rasa cam something wrong somewhere...camtu la yang aqu rasa...hurm...'-'!

hati...
xkan mungkin sama macam dulu....
ape yang pernah jadi suatu masa dulu,tentu je akan jadi pengajaran untuk kita supaya jedi lebih berhati-hati dan berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling serta perkara yang akan berlaku kelak..betul x?

atau aqu je yang bersikap paranoid xtentu fasal?~huhu.....~

aqu rasa sume @ mungkin kebanyakan orang pun rasa camtu,kalau xrasa macam tu maknanya die tu manusia yang jenis macamana ea...?aqu pun xtahu la...

dan...
bila hati xlagi seperti dulu,maka...
korang tentu akan amik banyak masa untuk kembali mengulang segala cerita-cerita manis dalam hidup korang dulu...
membazir masa x?

pada aqu...
ia akan membuatkan korang lebih rapat berbanding ape yang korang lalui dulu...kan?
tapi,perjalanan masa yang lama mungkin menuntut kesabaran yang tinggi....

dan saat ini,aqu hanya mampu untuk berdoa,moga-moga hati ini mampu jadi seperti dulu...kembali riang dan mendepani hidup dengan lebih tabah...

err...korang plak macamana ea...?

~teringat satu lagu....~

Saturday, July 16, 2011

haRi iNi pUnYa pLan....

assalamualaikum....
lame weh x update blog...huhu...sampai satu tahap aqu rasa cam nak tutup je blog ni...tapi kalau aqu bosan nanti,xkan lah aqu nak wat balik kan?so,tu yang diam cenggitu je....

hari ni ada farewell party kat Hotel Singgahsana,ni untuk perpisahan Prof Chan..xlama lagi die da nak berhenti kat PPUM...oh,xtau la nak bersyukur ke x...sebab?bersyukur mungkin sebab die xkan bising-bising n moody xtentu fasal...tapi,paling perit adalah kehilangan seorang prof yang memang berkaliber n dedicated sangat-sangat.
Aqu suke die sebab die xmacam doktor lain yang suke nak sogok patient ngan ubat yang segala bagai.

Die bukan orang macam tu,selagi patient boleh tahan,die akan suruh patient bertahan n hanya akan prescribe kan ubat kalau simptom tu masih x ok dalam masa 1 hari....
Kitorang mesti rindukan mulut bising tu....oh...-.-!

ape-ape pun kena la enjoy je time party nanti...
lupe!time party ni,ade ex patient BMT akan datang...!dan yang seronoknye,kembar aqu pun akan datang gak...!hahahaha....kena wat baik la pasni...xmo malukan twin sendiri...hehe....

lepas party,petang ni kena gerak g Jeram plak...walaupun hati xbape nak seronok,kena lah ikhlaskan jugak...
bukan pe,aqu jenis xske nak bersosial dengan orang yang aqu tahu memang xleh nak dipercayai...sebab aqu ni bukannye jenis yang pandai nak berpura-pura.

harap-harap masa berlalu dengan cepat....

ape aktiviti korang hari ni?
duduk rumah?tu yang paling aqu suke...duduk umah diam-diam,baca buku,surf internet....berfaedah gak tu...
oh,hari ni hari sabtu,kalau kua rumah,jangan lupa pakai baju kuning...!


~today is yellow day....~

Wednesday, July 6, 2011

#wOrdLesS WedNesDaY : 3


~idea....?~

#wOrdLesS WedNesDaY : 2



~so?ape yang korang fikir...?~

#wOrdLesS WedNesDaY : 1



~hohohoho.....~