dWeT beLi uBaT

Tuesday, July 19, 2011

dUhAi iBu : KisAh sUsU iBu LaGi....

Sebelum korang baca entry ni,untuk rujukan korang leh baca entry aqu yang lepas-lepas fasal cerita susu ibu episod 1 dan juga cerita susu ibu episod 2 , semoga korang akan dapat sedikit info yang sebelum ni korang xtahu...

korang tu merujuk pada sape...?
aish,tu pun nak tanya?yang penting sekali adalah kepada orang yang bakal bergelar ibu,bakal bergelar bapa,yang xberapa penting adalah perempuan yang single...huhu...

banyak info dalam tu yang aqu bagi tentang kepentingan susu ibu,macamana nak menyusukan bayi dengan betul serta macamana nak produce susu ibu...

sekarang aqu nak menambah sisi lain tentang susu ibu...iaitu macamana ibu-ibu nak simpan EBM               (expressed breast milk)

lepas ibu-ibu menyusukan bayi,lazimnya akan ada lebihan susu keluar,biasanya ni terjadi kepada ibu yang mampu untuk produce banyak susu ibu.Ibu boleh simpan susu ni dalam bekas-bekas kecil


sebelum ibu melakukan penyimpanan,ibu kena cuci dulu puting payudara selepas menyusukan bayi,kemudian baru lakukan perahan ke dalam bekas-bekas kecil ni...

apa yang penting adalah,ibu kena label masa dan tarikh perahan pada bekas ni...
kenapa?ini kerana susu akan bertahan selama 6 bulan apabila disimpan di dalam ruang freezer.Jadi,bila ibu nak menggunakan susu tu,ibu boleh mengambil susu yang dah diperah lebih awal.

Sebagai contoh,jika ada 3 bekas simpanan EBM dengan tarikh 2 Julai,5 Julai, dan 8 Julai,maka ibu harus mengambil susu pada tarikh 2 Julai terlebih dahulu.

Seterusnya,bagaimana nak menggunakan susu daripada freezer?Dan apa yang perlu dilakukan...?
Apabila ibu nak menggunakan susu dari ruang freezer,ibu perlu turunkan susu dari ruang freezer ke general compartment iaitu ruang bawah.Biarkan EBM cair perlahan-lahan kemudian baru boleh gunakan susu tersebut.

Untuk info juga,susu yang diletak di ruang general compartment ini akan bertahan dalam jangka masa seminggu sahaja,jadi,kalau xnak guna,better simpan je kat freezer.Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran EBM.

Selain itu,jika susu dibiarkan dalam suhu bilik,ia hanya boleh bertahan dalam masa 4 jam sahaja,harus diingatkan kepada ibu-ibu supaya menyimpan susu dengan kadar segera ke dalam freezer.

Antara kebimbangan lain yang dihadapi oleh ibu juga adalah apabila mereka mula bekerja.Bagaimana cara untuk menyimpan susu mereka?
EBM juga boleh disimpan di dalam bekas yang tahan sejuk.Bagaimana caranya?beli ice pack dan letak di dalam bekas tahan sejuk ( ice cooler )

~ice pack~

~ice cooler~

kemudian,ibu boleh menyusun bekas-bekas berisi EBM di ruang tengah ice pack tersebut.

Masihkah ada alasan untuk memberi yang terbaik kepada bayi anda..?Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada pembaca..

salam sayang....,
~micitika~

No comments: