dWeT beLi uBaT

Saturday, October 30, 2010

fAkTa yaNg bEtuL2 fAkTA....

Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud “Lembah Besar”

Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk
ruang iklan.

0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.

Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota
London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.

Bolivia ada dua ibu negara.

Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km

Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan

Orang Francis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia

Ada sebuah tempat di Francis yang bernama “Y”

Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.

Ketinggian Eifel Tower di Perancis sentiasa berubah mengikut suhu. Adakalanya sehingga 6 inci.

Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.

Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia

Belanda telah melaksanakan kempen menentang sikap sumpah menyumpah.
Stesen Keretapinya mula meletakkan tanda “Ketinggalan Keretapi? Menyumpah tidak membantu”

Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.

King George I di England tidak boleh berbahasa Enggeris. Beliau dibesarkan di Jerman.

Mesin pengeluaran wang (ATM) mula-mula di cipta di England pada 1965

Buku panduan talipon di negara Iceland kadangkala turut memuatkan pekerjaan seseorang. Ini adalah kerana terlalu banyak penduduknya yang memiliki nama yang sama.

Sehingga tahun 1997, lebih banyak babi dari manusia di Denmark.

Sweden mempuyai kadar kelahiran paling sedikit (1 dlm 100)

Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar.

Lithuania adalah negara yg punyai paling banyak orang bunuh diri.

Kod talipon untuk Russia ialah ‘ 007 ‘

Harga bagi burger McDonald’s Extra Value di Russia sama dengan purata sebulan gaji pekerja Russia

Orang Russia menjawab talipon dengan menyebut ‘saya mendengar’

Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia

1 dari 5 doktor di seluruh dunia adalah orang Russia

Keretapi yg bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya di naiki oleh 7000 penumpang setiap perjalanan.

Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.

Setiap perokok di China menghisap 1,800 batang rokok setiap tahun.

Lebih banyak orang China yang berbahasa Enggeris dari org Amerika.

Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498

Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 108 ekar.

Di Jepun, tembikai berbentuk empat segi.

98% mayat di Jepun dibakar.

Nombor ‘four’ di Jepun dianggap nombor sial kerana sebutannya dalam bahasa Jepun sama dengan perkataan ‘mati’

Ada tempat di Jepun dinamakan ‘O’

Pada kurun ke 16, orang Philipina menggunakan ‘yo-yo’ sebagai senjata perang.

Nama tempat terpanjang di dunia ialah’Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakpikimaungahoronukupokai-
iwhenuakitanatahu’ iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.

Pulau terbesar di dunia ialah Greenland.

Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang.

Jika anda letak ikan emas di bilik gelap, ianya akan kelihatan berwarna putih.

Siput boleh tidur sehingga 3 tahun.

Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa.

Seekor kuda punya lebih 18 tulang dari seorang manusia.

Tikus tak boleh muntah. Sebab itu racun tikus amat berkesan membunuhnya.

Kucing boleh dengar bunyi ultrasound

Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat

Beruang dewasa boleh berlari sepantas kuda.

Air kencing kucing bercahaya dalam gelap

Rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di Papua New Guniea, sayapnya lebih kurang 11 inci.

Mamalia terkecil di dunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen.

Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.

Deria rasa rama-rama di kakinya.

Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya

Tapak Sulaiman tak ada otak

95 % dari badan obor-obor adalah air.

Jantung ikan paus biru hanya berdenyut 9 kali seminit.

Panjang lidah sesumpah dua kali panjang dari badannya.

Lidah buaya melekat pada lelangit di mulutnya.

Ikan jerung boleh mengesan satu bahagian darah dari 100 juta bahagian air.

Tapak Sulaiman boleh pusing perutnya keluar.

Cacing pita akan makan diri sendiri kalau tak jumpa makanan.

Lintah ada empat hidung

Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh lihat warna biru.

Penguin adalah satu-satunya burung yang boleh berenang tapi tak boleh terbang.

Ngauman singa boleh didengar sehingga jarak 5 batu

Kanggaru dan burung emu tak boleh berjalan ke belakang.

Kucing ada lebih 100 nada vokal (bunyi), anjing ada sepuluh saja.

Tikus mondok boleh menggali lubang sedalam 91 meter ( 300 kaki ) dalam tempoh satu malam.

Serangga mengatasi jumlah manusia dgn nisbah 100,000,000 serangga -seorang manusia

Sesumpah boleh menggerakkan mata mereka ke arah yg bertentangan pada satu masa.

Seekor lembu sepanjang hayatnya memberikan sebanyak 200,000 gelas susu.

Bila ikan jerung menggigit, matanya bertukar hitam dan giginya terkeluar.

Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang

Serangga terbesar yang pernah ada di bumi ialah pepatung yg mempunyai sayap sepanjang 3 kaki.

Unta mengunyah makanan dalam bentuk no 8.

Ikan Paus Biru adalah binatang terbesar di dunia, panjangnya 100 kaki dan seberat 150 tan. Dinasor terbesar di dunia hanya seberat 110 tan.

Kucing, unta dan zirafah berjalan dengan cara kaki kanan, kaki kanan, kaki kiri, kaki kiri.

Seekor singa di hutan biasanya membunuh lebih dari 20 mangsa setiap tahun.

Lebah madu ada bulu pada matanya.

Untuk sampai ke sungai atau tasik dimana belut menghabiskan sebahagian besar hidupnya, ia berenang sehingga 4,827 km tanpa henti.

Adalah menyalahi undang-undang membela binatang di Iceland.

Siput mengawan hanya sekali dalam hidupnya.

Taik ayam keseluruhan hidupnya boleh menghasilkan electrik dan menyalakan mentol lampu 100 watt selama 5 jam.

Kalajengking boleh bertahan 200 kali lebih dari manusia jika terkena radiasi bom nuklear.

Ulat bulu ada purata 248 otot di kepalanya

Anda mungkin boleh mendahului(di depan) seekor lembu ketika menaiki tangga tetapi tak boleh mendahuluinya ketika menuruni tangga… Jangan tanya kenapa, Cuba fikir kenapa??????

Kanggaroo tak boleh melompat melainkan ekornya menyentuh tanah dulu.

Ikan lumba-lumba tidak bernafas secara automatik, sebaliknya mereka perlu memberitahu diri sendiri supaya bernafas.

Kucing boleh tidur sehingga 16-18 jam sehari.

Babi boleh menghasilkan banyak produk, antaranya butang, gelas,berus cat, krayon, kapur dan lain-lain.

Permaisuri anai-anai boleh hidup sehingga 50 tahun dan melahirkan anak sebanyak 30,000 sehari.

Makanan yg paling disukai oleh lipas ialah gam di belakang stem.

Ikan tuna berenang pada kelajuan 14 km sejam dan menurut saintis seekor ikan tuna yang berusia 15 tahun biasanya telah berenang sejauh 1,609,000 km.

Seekor badak yang dewasa boleh menelan separuh badan buaya yang sebesar 12 kaki panjang.

Daripada 4000 spesis mamalia di dunia, 900 darinya adalah spesis kelawar.

Anai-anai teransang dengan muzik. Jika anda memasang muzik, anai-anai akan memakan rumah anda 2 kali lebih pantas.

Nama Kanggaroo asalnya ialah bila beberapa orang pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat, lantas mereka bertanya pada orang asli di sana apa nama binatang tu,
Orang asli menjawab ‘Kanguru’ (yang bermaksud ‘tak tahu’)

jOm sHariNg...

kalai sharing tu maksudnya caring..kalau xshare tu maksudnya xcaring la ea?tapi xkisah lah kan,kekadang caring tu leh wat melalui cara lain jugak...erm...contohnya cam taking care..?boleh ke camtu?heheh...

dalam beberapa hari ni aqu rasa aqu cam boneka...tau ke boneka tu pe?xtau?bukak kamus balik...ish!
arini aqu plan nak g kursus kawin..(g je lah walaupun calonnya xde...heheh)sepatutnya aqu g ngn membe aqu...tapi die xjadi g plak coz nak g Melaka,celebrate b'day abang dia..aqu wat xtau je..malas nak pikir panjang, coz nanti aqu sakit ati...

orang memang camtu kan?
kalau die susah,die datang la cari kita,time2 tu gak dia tetiba muncul...
kalau time senang,tengah asyik masyuk bercinta,berhepi n bersuka ria...time tu la kita ni dicampaknya entah ke mana2....

sebab tu dalam hidup aqu,aqu mengajar diri sendiri supaya tak bergantung kepada orang lain....jangan sesekali mintak tolong orang walau terdesak macamana sekalipun,cuba untuk wat sendiri semua tu...kalau nak mintak tolong sekalipun,mintaklah bila da rasa memang xleh nak wat...

3tahun aqu study kat kL...semua tempat yang aqu tahu adalah disebabkan aqu jalan sendiri,cari sendiri...ingat senang ke nak kua sensorang kat kL ni...?uish,dalam kepala otak aqu ni macam2 bayangan ade...kena bunuh,kena tikam,kena ragut...adeh..!cuak tau...

tapi setiap kali nak keluar,aqu selalu doa agar trlindung dari bahaya..pada sape lagi nak berharap kalau bukan kepada Allah...

k la,xmau citer panjang...aqu nak share info ni ngan korang...aqu jumpa masa tengah dok blogwalking tadi....
korang tengok la kat blog cik awynn ni ea...ni info yg berguna....

~kongsi satu rasa dengan satu hati~

Friday, October 29, 2010

15 aNugeRah Allah pAda WaniTa dAn tIdak pAda LeLAki...

pernah x antara kita menyesal dilahirkan sebagai wanita?kalau pernah,cuba korang fikir balik penyesalan korang dengan membaca entry aqu ni...peringatan itu penting bukan?aqu mengingatkan korang supaya korang boleh mengingatkan orang lain dan seterusnya..sekurang2nya kita bangga dan bersyukur dilahirkan sebagai wanita....

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

~proud to be muslim and proud to be woman...~

Thursday, October 28, 2010

LihAtLaH ciPtAaN Allah...



ape yg korang fikir masa tengok video nih?
untuk yang perempuan dan bakal bergelar ibu,fikir2 sendiri..kalau anak korang nak cari the fresh and most beneficial milk,kenapa korang xnak bagi?
n pada yang dah menyusukan anak,tapi xcukup esklusif...berilah yang terbaik pada anak korang...susukan anak secara esklusif selama 6 bulan tanpa campuran susu lain @ makanan tambahan....

~Allah memberi yang terbaik utk hambanya..hargailah...~

kEkAsiH yAnG cUrAnG....

~create cerita cara korang...~

Wednesday, October 27, 2010

kEnaPa hAti tiDaK baHaGia...?

 pernah terfikir kenapa tak bahagia?
kenapa ea...?


1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.

by Aziran Mat Nor

~kalau ada salah satu daripada ni dalam diri koragn (n aqu skali) meh la kita pakat2 ubah supaya kita dapat bahagiakan hati....its must be so sweet rite?~

Tuesday, October 26, 2010

kiSaH bUdAk2,sEks dAn aGaMA....

ape nak cite?
semalam aqu cite fasal membe aqu kena gangguan seksual...rupa2nya bersambung lagi citer tu arini...tapi bukan kisah membe aqu...kisah budak2...
erm...budak tu maksudnya dalam lingkungan umur bape ea?

mengikut apa yang aqu belajar,bayi berusia 1 hingga 40 hari...kanak2 berusia dari 40 hari hingga 12 tahun...13 tahun hingga 20 tahun adalah remaja,betul ke? (yg selebihnya xleh sambung coz umur aqu dalam lingkungan tu..heheh)...

ramai membe aqu dok kalut nak belek paper arini nak baca fasal budak umur 12 tahun yang kejenya suka melakukan seks...!hello..!12 tahun k...!baru je abis UPSR!

budak ni dikatakan kerap ditemui di kawasan flat yang dipercayai bukan penduduk dari kawasan tersebut...
dan budak ni plak selalu berasmaradana di bumbung flat tersebut...siap ade tikar n selimut lagi tu...adoyaiii...
nak dijadikan cite,semasa tengah dok melayan 3 lelaki kat bumbung flat tu,ade penduduk yang sergah aktiviti xsenonoh dorang...bila lari da melintang pukang,budak perempuan ni jatuh dari bumbung flat tersebut dan mati....

best ke wat seks?
n paling penting,best ke kalau mati dalam keadaan macam tu?

otak aqu berputar-putar...
mana family budak tu?
tu memang habit die ke wat seks?
macamana latar belakang family dia?

nak salahkan budak tu 100% memang xboleh,coz setiap perkara harus diselidik dari rumah...pembelajaran pertama anak2 bermula dari rumah...dan selebihnya adalah pengaruh luar...tapi,memang amat kesian la kat budak tu,kecik2 pandai wat seks,siap layan sampai 3 orang lagi...soal agama entah ke mana la jawabnya...

tapi sejujurnya,even ko budak2 @ ko tu da tua,kalau ko belum akad nikah..jangan memandai-mandai nak wat seks!
kalau ko da nikah sekalipun,just wat ngan wife je..ngan orang lain xleh k...


itu kisah budak dan seks...
kisah budak dan agama?
sape tengok akademi al-quran yang lepas tu?ade peserta nama Muhammad..korang ingat x?best kan suara dia?
aqu ske betul dengar dia mengaji...perghh..berdiri bulu roma aqu...

okeh..ni cite terbaru,kisah budak umur 11 tahun jadi qari terbaik peringkat Asia...korang bacalah kat blog ni ea...
Qari tErbaiK AsiA...

Monday, October 25, 2010

hAri yaNg bEngAnG...?

bermula dari awal pagi,segala2nya berjalan lancar tanpa ada ape2 rasa sakit ati...heheh..punye la baik intro aqu arini....
korang watpe arini?membuta di hari isnin?

aqu xsabar nak tunggu hari ni coz nak berkenalan dengan preceptor aqu...n namanya Suzilawati...secara luarannya dia nampak okey..n yang selebihnya aqu malas nak komen coz aqu xsuka nak kondem orang awal2...
lagipun,aqu jenis menerima seadanya...

time dok berkenal-kenalan ni lah aqu terpandang sesuatu yang xmenyenangkan....kalau boleh aqu nak blame dua2 coz pada aqu,kalau ko wat xtau,orang xkan layan...betul ke x?
aqu terpandang sorang mamat ni dok usha membe baik aqu...cara die usha membe aqu macam die ngah wat gangguan seksual....


aqu jeles??!!!
oh,please...tu alasan paling bodoh..!
bukan aqu je yang nampak,ramai kot yang nampak cara dia pandang membe aqu tu,siap senior staf pun nampak!
kalau ikutkan hati panas aqu,memang aqu nak lempang mamat tu,pastu nak simbah air panas kat muka dia...
siyes!aqu memang akan buat gak nanti...tadi aqu xleh nak wat coz ade ramai sister n staf...

ape yang korang tau tentang gangguan seksual?
pernah ke korang tau tentang gangguan seksual?
ape korang nak wat kalau korang kena gangguan seksual?

info ni aqu dapat dari women's aid organisation

~ape itu gangguan seksual?
*ia merupakan perlakuan yang tidak diminta,diundang @ ditawarkan...

~ape pula bentuk gangguan seksual?
*LiSaN...
**contohnya : jenaka,gurauan,bunyi,komen yang tidak menyenangkan...

*iSyArAt...
**jelir lidah,menjilat bibir,membuat isyarat (tangan @ bahasa) yg berbentuk lucah @ menggoda...

*vIsUaL...
**menunjukkan bahan2 porno,melukis @ mempamer lakaran berbentuk seksual..

*pSiKoLogiKaL..
**undangan sosial yang tidak diingini,kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji @ intimasi fizikal

*fiZiKaL...
**cubitan,tepukan,pelukan,raba...

~kalau korang jadi mangsa,apa korang nak buat?
1.slow talk dgn orang tu supaya dia berhenti dari melakukan semua tu..
2.kalau xjalan gak cara tu,korang bagitau kat seseorang yang lain kat tempat keje korang untuk menyelesaikan masalah ni...
3.lebih bagus kalau korang leh tulis balik ape yang terjadi..iaitu,bila,apa yang dia wat,n korang leh bagi surat tu kepada saksi,
4.kalau xjadi juga,wat repot polis je..lagi senang...

hurm...kadang2 aqu rasa aqu ni over skit bab2 camni,aqu tau mamat tu just main mata ngan membe aqu,tapi kalau membe aqu tu xmenyenangi tindakan dia,maksudnya tu da jadi gangguan seksual...

~mungkin aqu salah menilai,dan mungkin Allah lebih tahu...n kalau aqu salah,ini adalah iktibar....~

Sunday, October 24, 2010

uNtUkmU LeLaKi...kEpaDaMu wAniTa...

ni entry terakhir untuk malam ni...peringatan untuk korang,maka peringatan untuk aqu juga...
kerana hati kita sama..fitrahnye tetap berasal dari kebaikan....

untukmu lelaki..kepadamu wanita...

Hayatilah……..


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana
menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan
lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.



Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.
Se*****-***** perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary',
bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.
Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidini Ali.

Renung-renungkan......

~mahu bina baitulmuslim...~

kEnaPa kiTa bErTeMu dEngAn OrAng Yg sALah?

pernah korang terfikirkan kenapa kita jumpa orang yang salah?
aqu selalu pikir camtu...kenapa aqu jumpa dengan lelaki yang ske seks...kenapa aqu jumpe lelaki yang menipu..kenapa..kenapa...dan kenapa....?



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat,
dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat;
dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,
dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
(Al-Quran, Surah Al-Nur: Ayat 26)

Rahsia:
- sekiranya anda pernah berdosa besar, dan berkeinginan pula didampingi oleh
pasangan yang soleh atau solehah
- maka, perbaiki diri anda dahulu dengan tidak mengulangi akhlak buruk yang
lepas dan berterusan membuat amal-amal baik, pasti Allah akan hadirkan
untuk anda pasangan yang soleh atau solehah idaman hati menjadi
pendamping anda untuk hidup bersama di dunia ini.

SEBAB 1.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya apabila kita bertemu jodoh yangg sebenar,
kita masih ada rasa syukur pada ketentuan ALLAH.
SEBAB 2.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita dapat menjadi seorang penilai yang baik.
SEBAB 3.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan
pertolongan ALLAH.
SEBAB 4.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA.
SEBAB 5.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG,
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita,
dan dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kehidupan kita pada masa depan...
SEBAB 6.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk
mengalaminya.
SEBAB 7.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
SEBAB 8.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita lebih faham bahawa…
CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
SEBAB 9.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita…
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL

~korang macamana?~

mAksUd bUnYi hOn...

sape ade kete angkat kaki?..heheh...nak mampos angkat kaki?!kurang ajar namanya tu...heheh....meh semak apakah maksud bunyi2 hon yang dilakukan oleh para pemilik kereta....
agak2 korang tau ke maksudnya....?hahaha...ni aqu amik dari satu forum...

****************

Ini kisah bunyi hon, aku x suka tekan hon sbb aku tak suka di hon. Tapi rupanya hon ni ada maknanya tersendiri yang tak terfikir dek aku. Dalam lawak ada logiknya tuh. Lepas ni kalau tekan hon jgn sembarangan hon. Kredit kepada penulis asal lawak ni.

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
Percaya atau tidak…
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe

1. 1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”
2. 2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3. 3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
4. 1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
5. 2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… ***** XDER OTAK KE”
6. 4 X atau lebih HON PENDEK – pemandu tu cakap ;
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”
Apek jual tilam daa..

~korang tekan hon yang macamana?~

Saturday, October 23, 2010

bAcA @ kOrAng aKaN mEnYesaL....

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak...

kEnaPa jAdi bEgiNi?

semalam aqu menulis tentang kisah cari jodoh dan hari ni aqu da lepaskan segala-galanya pergi...cukup!

tadi g tengok muvie...huhu..best gile cite tadi...aqu da lupa tajuknye..heheh..tapi citernya fasal couple yang dipertemukan oleh sahabat masing2..n sahabat dorang ni plak da berkawin serta ade sorang baby...cite ni komedi romantik...n memang sangat kelakar sebab dorang ni masing2 xkawin...tapi terpaksa menjadi penjaga kepada anak membe dorang ni lepas membe tu meninggal...dorang xleh nak menolak coz da tertulis dalam wasiat membe tu...

macam2 hal jadi!
tukar pampers pun asyik saling suruh je...
nak jaga apatah lagi...

susah ke jadi parents?
susah ke mendidik anak?
aduhai....

zaman dulu mungkin xsesusah zaman sekarang dalam bab mendidik anak...kenapa?kerana pengaruh itu terlalu kurang...zaman sekarang?cakap la ape pun,keluar rumah @ dok terperuk dalam rumah,masing2 ada risikonya....

kalau keluar rumah,jauh dari pandangan...banyak lah yang cuba nak mempengaruhi...tambah lagi bila jumpa kawan2...
kalau xkeluar rumah,tapi ada kemudahan internet plak...kalau guna dengan baik,mungkin xpe...tapi kalau disalahguna?nauzubillah....

dalam paper arini,kakak bunuh adik...alasan?berebut nak tengok citer kat tivi...alasan tu cam xlogik dan xsesuai dengan tindakan,tapi sejauh mana kita memahami naluri anak2?

dulu...
bila cikgu rotan student...its a normal things....
sekarang...?
bila cikgu rotan student...cikgu kena saman...
tapi kalau anak jadi benak,bodoh,xguna,xcerdik....salahkan sape?
cikgu jugak.....
xfaham betul aqu....

dulu...
kalau gaduh..men lempang @ tarik rambut je...
sekarang....?
bunuh...sikit2 bunuh..sikit2 bunuh...
senang citer..
bile da mati,xde la sakit kepala...
camtu ke?

kenapa jadi macam tu?
salah ibubapa yang mendidik?
@ cabaran dunia sekarang?

kalau korang nak tau..
refleks balik pada hari pertama anak dilahirkan...macamana mereka disusukan...dengan apa mereka disusukan..n sebab tu aqu wat entry tentang susu ibu...setiap apa yang Allah suruh,ada hikmahnya...

~anak orang,minum susu orang la...anak lembu minum susu lembu la...
tapi kalau anak orang minum susu lembu...?


Friday, October 22, 2010

kiSaH cARi jOdOh...

dulu2..iaitu bulan lepas..aqu ade tulis entry dengan tajuk yang hampir sama..korang da baca?kalau belum,korang leh baca entry aqu cari jodoh sampai stress ni nanti ea...

kali ni aqu citer fasal jodoh kawan2 aqu...sesekali aqu terpikir..kenapa jodoh aqu sangat susah?sangat lambat untuk aqu bertemu dengan bakal suami?kenapa?

korang ada jawapan?
kadang2 persoalan begitu membuatkan aqu kembali merujuk diri sendiri...apa kekurangan aqu sebagai seorang perempuan??

jujurnya,aqu sangat benci dengan masa lapang...kerana ini akan buat aqu lebih banyak termenung dan berfikir tentang perkara2 sebegini...aqu lebih rela menyibukkan diri,sekurang2nya aqu mengelak dari bertemu lelaki... mengelak dari mempunyai hubungan yang membuatkan aqu tertekan..this is not me..!

sesekali bila xterbendung dek perasaan sendiri,aqu akan menangis...dengan harapan airmata itu akan menghapuskan segala kekusutan aqu...berbanggalah kalau korang ada seseorang disisi untuk berkongsi suka duka....kerana aqu tiada itu semua...sedih aqu hanya seorang diri...

aqu xde tempat untuk mengadu...
aqu sangat benci bila airmata mengalir..sangat xsuka bila aqu menahan perasaan...

next year,aqu dapat rasa yang aqu akan makin jauh dengan membe2 aqu...kebanyakannya akan berkahwin...
aqu?menjadi tetamu wajib?tergamam!

Allah ada sebab kan bila Dia melakukan semua ni?
aqu hanya mampu berharap..hati yang banyak diuji itu akan lebih kuat...
hati yang selalu sunyi itu akan selalu merindui Dia...
hati yang pedih ini akan selalu tabah....

aqu selalu relate apa yang aqu rasa dengan semua kenyataan-kenyataan melalui entry aqu ini.. jawapan kepada semua persoalan


~hati pedih...!~

tEkA LeMbu....


Ajoi seorang penternak jaya yang membela beribu ekor lembu. Ladangnya sangat luas tetapi berada di kawasan terpencil. Tiba-tiba sebuah BMW baru meluncur arahnya. Pemandu, seorang pemuda yang berpakaian tuxedo,kasut Gucci, kacamata hitam Ray Ban dan bertali leher YSL, menjenguk kepalanya dari tingkap kereta dan bertanya Ajoi, “Jika saya mengatakan dengan tepat berapa banyak lembu yang ada dalam kawanan anda, mahukah anda memberi saya seekor?”

Ajoi selamba shj memandang lelaki itu, lalu melihat ribuan lembunya dan dengan tenang menjawab, “Ok!”

Pemuda itu parking keretanya, mengeluarkan IBM ThinkPad yang menyambung ke telefon, kemudian ia melayar ke website NASA dan menggunakan sistem satelit, zoom in daerah tersebut, dan kemudian membuka database dan Excel spreadsheet dengan formula kompleks. Dia menghantar e-mel melalui Blackberry dan selepas beberapa minit, mendapatkan tekaan. Akhirnya, ia print laporan 130 helai pada printer mininya kemudian berkata kepada Ajoi, “anda mempunyai tepat 2586 lembu”.

“Humm tepat sekali! Ambilah salah seekor lembu” kata Ajoi.

Pemuda itu memilih seekor lembu yang agak kecil dan memasukkan ke dalam but keretanya.

Kemudian Ajoi berkata: “Jika saya boleh mengatakan dengan tepat apa pekerjaan anda, adakah anda akan memberikan lembu saya balik?”

“OK, mengapa tidak” jawab pemuda yang smart gila itu.

“Nampaknya , anda adalah jururunding (consultant) ” kata Ajoi.

“Itu betul” kata pemuda itu, “tapi bagaimana anda tahu?”

“Tidak perlu meneka,” jawab Ajoi. “Anda muncul di sini walaupun tidak ada yang memanggil anda. Anda ingin dibayar untuk jawapan yang sudah saya ketahui, dan anda ingin dibayar untuk sebuah pertanyaan yang tidak pernah saya tanyakan. Dan anda tidak tahu apa-apa tentang perniagaan saya … Sekarang bagi balik lembu saya.! ”

Wednesday, October 20, 2010

cEriTa sUsU iBu...(ePisOd ii)

dalam entry lepas iaitu cerita susu ibu Episod i aqu citer fasal kebaikan susu ibu dan cara pelekapan bayi yang betul...bila da tau reason kenapa perlu menyusu dan tau macamana nak bagi susu,kita tengok apa pula masalah yang mungkin timbul...

persoalan pertama,
bayi kurang menyusu...
~kenapa cakap bayi kurang menyusu?sebab dia selalu nangis?sebab dia kerap merengek untuk menyusu?
okey,kita go through pada teknik penyusuan...lihat balik bagaimana bayi menyusu...


-mulutnya terbuka luas dan menutupi bahagian hitam payudara...
-kedudukan bayi adalah selesa,iaitu in line dan perut bayi bertemu perut ibu..
-bayi menghadap ibu
-tiada bunyi suckling daripada bayi...(kalau ada bunyi,maknanya pelekapan tu xbetul dan bayi xdapat menyusu dengan optimum)
-selepas bayi menyusu,lihat pada puting payudara,sekiranya puting kelihatan membulat dan terkeluar,maka attachment bayi adalah betul..sekiranya puting ibu flat,attachment bayi adalah tidak betul...

~bila masalah dikenalpasti berpunca daripada teknik penyusuan,maka perbetulkan lagi teknik tersebut...
~hakikatnya,pada permulaan kelahiran bayi,iaitu pada hari pertama bayi lahir,keluaran susu agak kurang,tetapi itu hanya pada pandangan kasar sahaja kerana jumlah itu mencukupi untuk mengenyangkan perut bayi yang sebesar biji guli!
~jadi,jangan bimbang xtentu fasal okeh?!

*bagaimanapun,harus diingatkan bahawa kadang2 baby tu nangis bkn sbb lapar pun,tapi mungkin dia xselesa..so,kalau teknik menyusu da betul,baby da kenyang,check la pampers dia plak...okey?

susu tak keluar!!
ish!macamana plak susu xkeluar ni...?heheh...u will get what u have think..kalau asyik cakap xde susu je..memang la susu xkeluar...
~ade 1 kes di mana seorang ibu xmenyusukan baby dia selama beberapa bulan,then tiba2 dia ubah fikiran untuk menyusukan baby dia,kalau nak diikutkan,sepatutnya da xde susu da...tapi ape yg terjadi?
she able to breastfeed her baby very well!

~meh aqu ajar cara2 untuk keluarkan susu...
-sebenarnya,susu akan dihasilkan apabila ada kehendak/keperluan...ape yang melambangkan keperluan tu?
of cos la baby tu...ni hipotesisnya k..semakin kerap ibu menyusukan bayi,semakin banyak susu dihasilkan...
faham?

-macamana nak keluarkan susu kalau baby xhisap?
*ibu kena pandai untuk stimulate @ merangsang payudara,kena lakukan urutan supaya susu boleh keluar...
korang layan dulu video ni...

da tengok?leh dapat tangkap tak macamana nak wat?
xtau?
okey,ni keypointnya...
~posisikan ibu jari kat atas puting dan tarik ke belakang,4 jari lain mengampu bawah payudara..
~kemudian tarik ibu jari hingga ke bahagian tompok hitam dan tolak payudara ke belakang (ke chest wall)
~lastly,tekan bahagian hitam,pastu release..ulang je step tu sampai susu keluar...
~jangan lupa untuk tekan diseluruh bahagian hitam,jang tekan di tempat yang sama je...


okeh,faham?
kalau xfaham,nampak gayanya kena jumpa face to face la dengan aqu....heheh
aqu ready je nak kongsi ilmu ni...
kalau de pape,leh tinggalkan komen kt aqu...

okey la..tu dulu untuk entry kali ni...kalau ade apa2 persoalan,leh la tanya...insyaallah aqu akan jawab...

~bagi yg terbaik untuk anak2...~

Tuesday, October 19, 2010

al-Quran seBaGAi HanTaraN....

Korang da kawen?atau masih single?atau da bercita-cita nak berkawen?bukan senang ea nk mendirikan rumahtangga ni...tapi suka untuk aqu tanya apa hantaran korang untuk pernikahan nanti?
setahu aqu,hantaran yang wajib ialah telekung,kain pasang dan al-quran..yang lain2 adalah tambahan sahaja...tapi,tau ke korang ape fungsi al-quran tu?sebagai hantaran semata-mata?@ sebagai peringatan buat kalian?
kisah ni aqu amik dari forum yang aqu terjah tadi...lepas korang baca,baru aqu nak wat entry susulan...tapi,korang fahamkan dulu la ea cite nih...

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...


“Sini pun cantik juga. Warna ungu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli Al-quran kemudian meletakkan di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orang yang memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-quran yang menjadi hantaran pernikahan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

tit.. tit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

~sedang belajar makna2 dalam al-quran...~

Monday, October 18, 2010

cEriTa sUsU iBu...(ePisOd i)

soalan pertama,sudahkah anda berkahwin?
atau ada yang masih single tapi mempunyai sedara mara yang baru melahirkan anak?
dulu2 aqu ade tulis fasal kisah bayi tercekik susu n kat dalam entry tu aqu de bagi cara2 untuk elak bayi tercekik susu..korang leh review kat situ la ea... tapi arini aqu nak citer sisi lain tentang susu ibu...

aqu nak ajar tentang susu ibu...faham betul2 ea...susu ibu..bukan susu lembu,jauh sekali susu kambing...heheh
korang tau ape kebaikan susu ibu?kebaikan untuk bayi..kebaikan untuk ibu juga...?

okeh,aqu start dengan kebaikan untuk bayi...
1. kalau korang nak tau,permulaan susu yang keluar adalah dipanggil kolostrum...kolostrum ni berwarna kekuningan n sekali pandang cam susu basi,tapi bila fikir logik,mana ade susu basi keluar dari payudara...betul x?kolostrum ni mempunyai banyak kebaikan untuk bayi iaitu...

           -kaya dengan sel darah putih untuk melindungi bayi dari mendapat jangkitan
           -mengandungi banyak antibodi untuk sistem imunisasi bayi dan melindungi bayi dari mendapat
            jangkitan serta alahan...
           -faktor pertumbuhan untuk kematangan usus dan mencegah alahan...
           -merupakan sejenis laksatif untuk mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (kuning)

kalau korang nak tau,kolostrum ni hanya akan ada untuk 3hari pertama kelahiran sahaja...so,sebagai ibu,usahalah sebaik mungkin untuk memberi lebih banyak kolostrum kepada anak anda..

2. kebaikan lain ialah,susu ibu mengandungi semua protein yang diperlukan oleh bayi terutama untuk proses tumbesaran dan perkembangan otak bayi...so,korang jangan nak mengada-ngada bagi susu formula kat anak korang...

3. susu ibu juga senang dihadam kerana mengandungi enzim penting untuk proses penghadaman..kalau korang nak tau,susu formula yang orang selalu bagi kat baby tu sebenarnya x elok untuk dorang sebab susu tu xdapat dihadam sepenuhnya...ada lebihan susu @ dalam erti kata lain keladak akan berkumpul kat dalam perut bayi tu...

4. selain itu juga,susu ibu ni sebenarnya berubah mengikut keperluan bayi...so,xyah risau la anak korang tu cukup nutrien ke x walapun dorang menyusu sampai umur 2 tahun...k?

sekarang aqu nak bagitau fasal kebaikan susu ibu untuk ibu pulak...
1. proses penyusuan akan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak...

2. ia juga melindungi kesihatan ibu

3. membantu mengecutkan rahin dan mengurangkan pendarahan...semasa bayi menyusu,proses sucking tu akan menyebabkan ibu rasa sakit..actually,rasa sakit tu adalah disebabkan oleh proses pengecutan rahim yang berlaku serentak dengan sucking process tersebut...

4. mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari..biasanya kanser payudara common kepada wanita yang tidak berkahwin @ tidak mempunyai anak...

5. mempercepatkan proses pengurangan berat badan selepas bersalin..sape kate korang akan jadi gemuk lepas bersalin?doktor yang bagi ceramah kat aqu tadi da ade anak 2,badan cam anak dara..rahsianya?dia menyusukan anak dia secara esklusif selama 6 bulan...nah,da ade cara mudah n jimat..kenapa nak bersusah payah jaga badan dengan jamu @ pegi gym..?

6. penyusuan secara penuh juga boleh menjarakkan kehamilan tapi dengan 3 syarat...
             i- ibu menyusukan anak secara esklusif
             ii- ibu belum datang haid selepas tempoh kelahiran
             iii- umur bayi kurang dari 6 bulan...
dengan 3 syarat ni,korang leh rancang kehamilan tu dengan jayanya..=)


okeh,faham dengan kebaikan susu ibu?

selepas korang tau apa kebaikannya,korang kena la praktiskan penyusuan susu ibu ni...tapi macamana?
kebanyakan ibu muda susah untuk komited dengan memberi susu kepada anak mereka,alasannya terlalu banyak dan yang paling common adalah
    *susu xde..
    *sakit..
    *anak xpandai menyusu..
tu alasan yang xmasuk akal sebenarnya...

pada permulaan kelahiran,memang susah untuk produce susu..tetapi korang harus fikirkan tentang anak korang yang lapar tu...,kena cool,relaks...baru lah leh produce susu...yang penting adalah korang kena confident!fikir untuk beri yang terbaik untuk anak korang...

korang jangan risau tentang berapa amaun susu yang anak korang dapat..yang penting adalah korang mnyusukan anak korang dengan kerap kerana itu juga salah satu faktor untuk meransang susu...

mari lihat cara lekapan yang betul antara mulut bayi dengan puting payudara...
~tengok bentuk mulut bayi tersebut...~

mulut baby haruslah menutupi bahagian hitam puting payudara supaya bayi dapat meransang pengeluaran susu dengan optimum...ciri2 lain pelekapan yang betul ialah...
  - pipi bayi kelihatan kembung..
  - dagu bayi melekat pada payudara..
  - hidung bayi di atas puting payudara..
kite tengok pic lain plak...
~tgk bentuk mulut baby,pipi dan kedudukan hidungnya...~

sekarang faham?
wat masa ni aqu citer dulu tentang kebaikan susu ibu dan cara pelekapan yang betul...
next time aqu sambung lagi...tunggu cerita susu ibu episod 2 ok..?

~anak yg mnyusu lebih lama biasanya lebih dengar cakap~

jOm mAkaN eSkriM....

CORNETTO!!!!
uish..sedap tu kalau de orang belanje...hehehe...sape nak belanje aqu angkat duit...!heheh...
aqu tau korang tau eskrim jenama wall's ni..cornetto..n korang mesti tau kan contest yang hot sekarang ni?pe lagi tunjukkan cinta korang dengan join contest cornetto show your love...

romantik sungguh g dating makan eskrim cornetto nih...
kalau nasib baik,leh menang iPad..wow!!!
xnak ke..?eh,tuah ayam nampak di kaki..tuah korang xde sape pun tau...pe salahnya try kan?
klu nk tau nnt klik kt banner nuffnang anytime cornetto tu muncul k...
atau korang leh klik link ini...cornetto show ur love

Sunday, October 17, 2010

cEriTa bAjEt yaNg bELum aBis...

dalam sehari dua ni,semua orang sibuk dok ulas fasal bajet n ade je yang membentang bajet dalam blog masing2...kecuali aqu..heheh..aqu malas nak wat pembentangan,aqu cuma nak wat ulasan n mencari isi2 tersirat jer...

kalau korang nak baca bajet 2011,korang leh view kat anastasyea atau bleh gak g terjah kat blog aizatshafiq
mana2 la korang suka...aqu suka bab cuti 90 hari untuk tempoh cuti bersalin..baguslah tu coz keje aqu sebagai nurse adalah untuk memastikan ibu2 memberi totally breastfeding untuk bayi yang baru lahir sehingga umur 6 bulan sekurang-kurangnya dan 2 tahun sebaik-baiknya....

so,dengan cuti 90 hari ni,dapatlah ibu2 memberi penyusuan penuh kepada bayi mereka....kalau korang nak tau juga,this is the time when the mother can build an attitude for their baby...dan sebenarnya cara menyusu mempengaruhi sikap bayi korang bila dorang da besar nanti..macamana?nanti la aqu wat entry lain...ok?

okeh,itu satu yang aqu suka fasal bajet 2011...


yang aqu xsuka plak...fasal menara warisan yang 100 tingkat tu...aqu xnampak pun apa kepentingannya,untuk apa n siapa yang dapat benefitnya?
aqu cuma membayangkan kalaulah duit yang nak dilaburkan untuk pembinaan bangunan tu digunakan untuk memberi bonus kepada rakyat kan bagus....?
atau mungkin guna duit tu untuk tujuan pembangunan kesihatan...?

hurm...
malas nak pikir banyak..
lagi malas nak cakap banyak...
coz xde orang dengar pun...
cuba korang baca blog ini ea...

ape sebenarnya tujuan wat bajet?
bagi aqu,bajet ni rancangan kewangan yang kite wat untuk menambahkan hasil pendapatan kite tu...
bukannya untuk membazir...!
lagipun bukan kita je ada dan hidup untuk hari ni..tapi kita kena fikir sape lagi yang akan hidup untuk hari yang akan datang...?

aqu komen 2 isu ni je sbb ni je 2 perkara yang aqu dok dengar setiap  hari selepas bajet dibentangkan...

so,rancang kewangan dengan baik supaya dapat melahirkan manusia yang berakhlak baik..hahaha..sape2 yang faham,diam2kan ajer...

~aqu yang terkial-kial...~


cEriTa maLaM pErTamA...

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke kotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT
~hahaha...penah kena?@penah wat kat kengkawan korang?~



keSeNgaLan...

~hahaha....sengal la sape yg wat nih...camne nak tido ni???~

~punye la sygkan pokok tu..huhu~

 ~adeii...cam xde guna je wat jejantas...~






Saturday, October 16, 2010

LogO yAnG kEbeTuLan...












Friday, October 15, 2010

eSoK aQu kOnVo!!!

aduhaiii....
benar2 lemah rasanya...btllah aqu kurang sihat skit sehari dua ni..badan aqu lemah,banyak angin,perut jadi sebu n senak...actually kalau tanya orang tua2,dorang mesti cakap,'tu nanti nak jadi gastrik la tu...'
aqu pun rasa camtu...kira cam tu tanda2 awl la yg menunjukkan bahawa aqu ni makan da xtentu masa...

pagi tadi dengar talk sampai boring...adehh...petang plak raptai untuk hari konvokesyen esok!!!
hehehe...xsabar rasanya!
kitorang dok praktis bangun duduk je tadi...ade la dekat 50x ulang tatacara tu...pastu praktis naik turun stage n masuk dewan...rs cam jauh giler berjalan..mana taknye,kena ulang banyak kali kot...

tapi xpe lah..demi hari yang bersejarah...dapat plak Tunku Zara yang bagi...heheh...
eh,korang doakan aqu ea..ne tau kot aqu tersadung kaki sendiri esok,xpasal2 aqu melutut kat situ...
heheh

k la,aqu nak tido dlu...nnt aqu upload pic konvo aqu ea...(kalau ader...)hahahah,bengong!

~hidup hanya sekali,make it perfect once and again...~


Thursday, October 14, 2010

bUaT yaNg bAiK....

korang semua pe kabar?harap2 korang lebih sihat dari aqu...
adeii...aqu kepenatan arini,bukan setakat kepenatan...kemengantukan pun ade...penat la kije ofis hour ni...heheh..
badan jadi lemah sangat...ni baru 2minggu dok berulang g keje dari kul 8 sampai kul 5,tapi sebenarnya xbertolak kul 8 pun..kul 6.15pg tau!penat der....heheh..tapi aqu kuatkan semangat nak tulis entry..bukan aqu xde back up entry,tapi bila menulis menggunakan ayat sendiri dan penceritaan setiap hari,rasa lagi puas plak...

arini sehari suntuk dok exam...exam teori..exam praktikal...tapi best!yang xbest ade 1 jer...aqu adalah salah sorang yang tercalon untuk resit paper tu...damn!
aqu xsuka perkataan resit @ ulangan...coz aqu selalu berusaha untuk wat yang terbaik dalam ape pun keje aqu...walaupun sebenarnya aqu xde la rajin sgt nak study...hahaha

tp tadi terpaksa la aqu resit...n aqu rasa berbaloi gak aqu resit paper tu,sebab aqu dapat full mark untuk CPR adult...!!hahaha...
bersungguh2 aqu compress dada patung tu,last2 aqu semput..leh plak akak examiner tu gelakkan aqu..

saat aqu dok bersenang lenang tengok citer chinta tadi,ex-roomate aqu mesej..dia sedih,kawan baik dia wat citer lagi fasal dia...haish,kawan baik tu...aqu pun xtau nak cakap ape..tapi aqu sudi nak menjadi pendengar yang setia...
korang ade citer nak citer kat aqu?aqu leh dengar...


korang percaya buat baik dibalas baik,n buat jahat dibalas jahat?
aqu percaya kalau kita wat baik,kita akan dibalas baik...tp kalau wat jahat,aqu rs xyah la sampai nak balas dengan kejahatan...tu hal dia dengan Allah...pada aqu,benda jahat yang orang wat kat kita,just leave it...xguna pn nak ingat...tapi pahit tu tetap ade..aqu tau...aqu pernah rasa....

tapi,satu je yang aqu nak ingatkan kat korang...bila korang wat baik,jangan sesekali mengharapkan balasan untuk itu...percaya dan yakinlah dengan Allah...ape yg kita harap dari hal2 baik yang kita wat tu mungkin kita xkan dapat benda yang sama....

contohnya macam aqu...time aqu study dulu...aqu ni memang jadi favourite membe2 aqu untuk dorang ajak teman g mana2...n aqu sentiasa ready je untuk temankan dorang...tapi,bila time aqu mintak dorang temankan aqu,xde sorang pun nak temankan aqu....masa tu aqu rasa cam pe yg aqu wat dulu xberbaloi...

tapi sebenarnya,Allah xbalas dengan cara yang sama...itu korang kena tau...n satu lagi,belajar untuk menerima bahawa xsemua orang akan selalu ada untuk kita...tapi,kita harus bersedia untuk semua orang...get it?

untuk jadi baik,jangan sesekali ungkit kebaikan kita terhadap orang..tapi kena selalu ingat kebaikan orang terhadap kita...
jangan sesekali ingat kejahatan orang kepada kita..tapi kena selalu ingat kejahatan kita terhadap orang lain....
susah nak wat tu..betul x?
tanya la diri korang sendiri...

~temenung sendiri..lately ade sesuatu yang menggangu...~

rAhSia wAniTa...

aritu aqu citer fasal rahsia lelaki...skarang aqu citer fasal rahsia wanita plak...

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.




Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

~korang pe cer...?~