dWeT beLi uBaT

Friday, December 31, 2010

tErsEpiT anTarA dUa...

huhu...
ini bukan kisah nak pilih bakal suami,jauh sekali nak pilih bakal pakwe...
tapi ni melibatkan soal nyawa..hidup dan mati...

hurm..sukarnya bila tersepit begini...
walaupun bukan aqu yang memilih,tapi aqu turut sama merasa tempiasnya....

makcik aqu tanye pendapat aqu tentang kesihatan anak die...
antara nak wat kimoterapi @ wat transplant?

aqu?
aqu pilih untuk wat transplant...sebab aqu xnak anak die terus-terusan wat kimoterapi...
tapi kalau pilih wat transplant...kena berdepan dengan risiko yang besar jugak...

oh...
susahnye...
kimo?transplant?kimo?transplant?

~tersepit...~

jOm bErkEnaLaN..

huhu...tengah2 dok blogwalking,jumpe lak page incik ni...so,aqu pun men'join'kan diri sendiri la kt sini....meh le kite berkenalan!

segmen ni terbuka untuk new blogger @ yang da lame b'blogging...nama pun nak berkenalan kan?
bila join segmen ni,korang kena wat entry fasal jom berkenalan...okey?


then,paste banner jom berkenalan kat blog korang (dalam entry @ kat sidebar)


then,jawab 7 soalan berikut....:
1.apakah status anda?
~huhu..saya single..masih lagi kepunyaan mak ayah...belum bertemu jodoh lagi...isk2~

2.ceritakan tentang diri anda
~saya bekerja sebagai seorang misi...huhu..baru je 3 bulan kije...lahir di kelantan n membesar di pahang,now kije @ kL~

3.ceritakan tentang blog anda
~blog yang bese2 je...sekadar berkongsi rasa dan pandangan..~

4.apa pandangan anda tentang dunia blog?
~macam sedang berjalan ke serata dunia!sebab leh tau macam2...~

5.nasihat kepada rakan2 yang baru nak wat blog
~meh2 join da club...heheh...lebih ramai,lebih bagus...~

6.keunikan dalam blog saya?
~huhu...simple2 aje....lihat dan nilai sendiri la....~

7.sampai bila akan menulis dalam dunia blog dan impian dalam dunia blog?
~depends on time and chance...as long as i can..n impiannya?mahu berkenalan dengan lebih ramai blogger!~

then...jangan lupa tag pada 4 orang kawan korang (ingatkan dorang skali tau!)
aqu nak tag kat....>>> cik mia , cik balqis , mr.han kacak? n cik epa
after that,link kan entry korang ke komen incik loqkimagri

tarikh tutp? 03 januari 2011...cepat tau!


mAsiH mEncAri jOdOh??

hurm....
ni entry yg entah keberapa aqu citer tentang jodoh....dan entah kenapa juga aqu masih nak bercerita tentang jodoh yang belum tiba ni....

lumrah....?
fitrah....?

ya,mungkin ini lumrah bagi sebuah kehidupan....lumrah yang menetapkan bahawa hidup memerlukan pasangan...
dan ini juga adalah fitrah...fitrah hati...bila mana seorang perempuan itu memerlukan lelaki dalam hidupnya,begitu juga sebaliknya....

tapi...
jalan cerita memiliki dan bertemu dengan jodoh ini adalah rahsia yang penuh dengan kejutan dan perkara yang xterduga...
ramai kawan2 bertanya kat aqu...

'nape xkawin lagi?'
'ko xnak kawin ke?'
'ko memilih sangat ea?'
'ko tunggu anak raja pinang ko ke?'

aduh....
semuanya memang xde jawapan....last2 aqu senyum je....bibir mengukir senyum,sedang hati menangis dan terasa pedih....

apakah jawapan bagi soalan yang ghaib sebegitu?
sungguh!
aqu memang xtau....

ini cerita tentang ketentuan Allah...maka aqu biarkan Allah melakukan semuanya...aqu cuma ingin menyibukkan diri sendiri...dan pada korang2 yang macam aqu...jom belek kat sini...semoga kita dilorongkan dengan petunjuk dari Allah...


~mungkin juga ini kaffarah bagi dosa lalu....wallua'lam~

kEnaPa wAniTA pErLukAn LelAki.....

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?


Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.


Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.


Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.


Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampuhidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.


Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.


Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.


Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.


Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, December 25, 2010

kAiN pAsaNg...sUtErA waNgi...

kat sini aqu nak promote skit kain pasang...ni bukan aqu yang jual...tapi aqu tolong jual je...huhu..cam sm je ea?
ah...xkisah la...yang penting aqu promote..sebenarnye aqu memang tolong pun,aqu tolong pakcik aqu jual kain pasang...

ni kain2 jenis lembut...sutera wangi...sebab?memang wangi le kain ni...harga?korang tengok dulu ea..then ade la tulis harga kat situ nanti....ok?

 ~ni pattern 1~
actually warna kain ni terang n nampak cam berkilat skit,tapi sebab kamera nset xde flash,tu yg jadi camni

~pic yang ni cantik skit la...~
ni rupanya bila aqu da bukak kain tu,corak penuh la...
kod : SW1
harga : RM 65 (tak termasuk kos pos)

~ni pattern ke 2~
memang nice warnanya..

~ni bukaan penuh..kaki kain kat sebelah kiri...aqu lupe nak rotate pic...~
huhu
kod : SW2
harga : RM 65 (tidak termasuk kos pos)

~yang ni pun cantik..warna hijau...~

~kat sebelah kiri tu kaki kain...~
kod : SW3
harga : RM65 (tidak termasuk kos pos)

~yang ni pun cantik..~
warna nampak cam season skit,tapi cantik sebab nampak esklusif sebab nampak shining

~macam bese la,kat sebelah kiri tu kaki kain..~
kod : SW4
harga : RM65 (tidak termasuk kos pos)

~ni pattern terbaru jugak...~

~kaki kain kat sebelah kiri ea...~
huhu..
kod : SW5
harga : RM65(tidak termasuk kos pos)

semua kain2 ni adalah kain2 pattern terbaru,kain lembut,xperlu gosok,dan sangat sejuk...pendek kate,memang puas hati kalau pakai... 
kalau nak order,leh mesej kat no fon aqu atau emel je....

nanti aqu akan bagi no akaun k...
bila dah bank in duit,mesej kat aqu masa dan jumlah bayaran...
then,aqu akan reply mesej dan urusan pos akan dilakukan secepat mungkin sebaik sahaja aqu da terima bayaran tu...

jangan lupa sertakan kod kain...sementara stok masih ada...!
emel : gurlinred87@yahoo.com
no.fon : 013-6367175 / 017-9670522 (tika)


Monday, December 13, 2010

kEnaPa bOhSia?

haish,xfaham aqu!
da lame da aqu perati tengok bende nih...asyik2 post yang selalu up fasal entry aqu 'kat mana nak cari bohsia' tu..memang orang ske cari bohsia ker?

huhu..bohsia tu golongan jenis camne ea?
aqu pun xde la faham sangat sebenarnye coz aqu xbercampur sangat ngan golongan yang ske menyongsangkan diri sendiri ni...

tapi...
kenapa pilih bohsia?
ape ada dengan bohsia?
ish..ish..ish...

cuba la cari yang baik2 skit...yang sopan2 skit..yang leh dibuat kawan n yang leh mendatangkan pahala untuk kedua2 pihak...kan ke bagus tu...betul x?

tapi tu la,aqu je kot yang pikir camtu..orang lain mungkin xpikir camtu...

hurm...

~sedang tunggu orang ajak g tengok wayang...~
ade x?

hehe..

maHu jaLaN2 tApi kE mAnA eA...?

sungguh boring bila hidup hanya pergi dan balik kerja...pastu plak bila time balik umah,xde sesape plak kat umah..haish!lagi la xtau nak buat ape...

aqu ingat nak request cuti la dalam seminggu dua ni..dan sekarang aqu tengah dok pikir nak g mana la ea....?
huhu...buntu sekejap...

aqu nak g pangkor..tapi last year da g dah..so,xnak la g lagi..kalau boleh aqu nak g kat tempat2 yang senang nak dapat transport coz aqu nak bercuti ala2 mengembara gitu...huhu..mesti best kan?

mana nak g ea?

pantai?
pulau?
taman?erks...!
bukit?
hutan?
gunung?


oh...
mana nak pilih ni?
korang de suggestion?

~rasa serabut di key eLL..huhu~

Sunday, December 12, 2010

aQu dAn bEkAm...

semalam balik keje je,terus jenjalan g jomheboh kat bukit jalil...g berdua ngan roomate masa kat hostel dulu...huhu..windu..da lame xkuar sesame...

maka,kami pun pergilah mencuci mata...roomate aqu ni jenis kelakar skit...n kekadang tu die berani skit la daripada aqu...huhu..time orang nak promote servis kete free tu,dan2 tu gak die yang explain balik kat orang yang promote tu..aqu rasa mamat tu da nek malu da ngan die...hahah...

bile da nak abis pusing tu,tetibe terjumpe lak ngan pusat rawatan cinta..ingatkan nak merawat orang2 yang putus cinta,huhu..rupanya wat rawatan resdung,bekam n refleksologi....aqu n membe nih memang le ade resdung,so kitorang pun decide le nak wat rawatan kat situ,tapi aqu pilih untuk wat bekam..saje nak test...

aqu pilih untuk amik 3 titik,2 kat bahu n 1 kat kepala...coz aqu ade migrain gak...mula2 tu die suruh aqu baring ikut keselesaan..baring le aqu ni...then die test bekas bekam tu kat bahu n kepala,tapi kat kepala tu xlekat sangat..terpaksa la die potong rambut aqu!huhu...

bila da betul2 nak start bekam tu,die suruh aqu selawat..sambil2 tu die pun start le mencucuk kat kawasan yang aqu pilih tu...aqu ingatkan die wat ngan jarum,rupa2nya dengan pisau!bila da balik umh,tengok balik dalam cermin,ade kesan2 cam torehan kecik2...pedih siot..!!


camni la gayanya bila die dah lekatkan bekas tu kat titik yang kite nak...tapi aqu wat 2 je kat atas bahu...memang kuat le die pam darah tu...

yang nak dijadikan citer,bukan titik kat bahu..tapi kat kepala...bekas tu susah betul nak kedap kat kepala aqu...baru seminit die vacuum kan bekas tu kat situ,then bekas tu jatuh...!

abis berdarah!
meleleh-leleh darah tu ke rambut,muka,n atas alas tu...fresh blood lak tu..!aqu nak jerit panggil makcik tu pun xleh coz darah da nak masuk dalam mulut!...
arghhh!!
xsempat nak snap pic coz membe aqu xmasuk dalam bilik tu...huhu....

banyak gile kot darah aqu kuadari kepala tu...aqu rasa cam air terjun je....

bile makcik tu masuk,terkejut die tengok aqu..mana xnye,kepala da bermandi darah,darah meleleh sampai ke lantai...
'banyaknye darah awak ni dik....'katanya...aqu diam jer...

'xpenah acik tengok jadi macam ni,awak ni baru pertama kali...ish3...da macam orang accident je gayanya....'

hahah..aqu pun da rasa camtu,bile da siap,acik tu siap lap2 muka aqu lagi ngan wet tissue...tapi yang xtahan bile die lap kat kawasan bekam tu ngan wet tissue,rasa nak jerit je...pedih!!


camni le jadinye lepas selesai bekam...tapi yang kat bahu aqu ni,bengkaknye semacam jer...

~pic aqu godek dari pokcik google...~

berbekamlah untuk kesihatan...eheh..!

Friday, December 10, 2010

dAn biLa hAti mEnaNgiS laGi...

aqu rasa macam da patah semangat...entah kenapa kadang2 dugaan tu payah nak ditempuh tapi senang untuk diucapkan...

terasa sangat sunyi dalam dunia yang biasa aqu lalui...kenapa?
sedangkan dah berkali aqu lalui hidup seorang diri...
kenapa ujian kali ni terasa amat berat wahai Tuhanku...?


kerana itukah Engkau menciptakan Adam sebagai pasangan kepada Hawa?
lantaran kerana sunyinya hati?


ya Allah...
lorongkan aqu kepada jalan kebaikan dengan mengingatiMu
dikala kesunyian ini melanda...
benamkan ingatanku kepadaMu
disaat hati ini menangis lagi...


kabulkan permintaanku ini ya Allah...
andai masa lalu itu penyebab aqu jadi begini,
luputkanlah ingatanku terhadap segalanya yang berlalu...


sungguh ya Allah!
hatiku sepi...
hatiku menangis lagi...
tapi ku bersyukur kerana dalam kesepian ini
aqu mengingatiMu...
dan bukan yang lain...


~La Tahzan...!~


**nur atikah binti shaari**
101210

Thursday, December 9, 2010

sAy nO tO..pOListEriN..

ini entry sebelum pegi keje...huhu...setelah 2 hari bertungkus lumus menidurkan diri dan kebosanan kat umah,akhirnya aqu keje gak arini,walaupun agak xsyok keje petang...xpe la,ikhlaskan niat....nak g lawat orang sakit....

masa awal2 start keje dulu,suke sangat makan tapau..beli kat kedai n bawa balik makan kat umah...tapi sekarang kalau nak tapau bawa balik umah,kena tengok dulu kedai tu guna polisterin @ guna bekas plastik...
kenapa?


sebab polisterin ni mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita..konsepnya sama macam melamin..ala,pinggan melamin tu..xtau ke?huhu
polisterin ni mengandungi bahan karsinogen yang mana bahan karsinogen ni adalah salah satu penyebab kepada terjadinya kanser...
dari mana plak datangnya karsinogen ni?
karsinogen ni datangnya dari bekas polisterin tersebut...iaitu bahan2 yang digunakan untuk membuat polisterin tu la...dan nama bahan karsinogen itu ialah stirena..

ape plak bahayanya stirena ni?
stirena ni boleh menyebabkan perubahan genetik yang boleh merosakkan sistem pembiakan...selain tu jugak,ia boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan mendapat gangguan haid...uish,bahaya tu...

polisterin ni bukan setakat membahayakan manusia je..malah membahayakan alam sekitar juga kerana adanya tirena dan benzena yang memerlukan masa yang lama untuk dimusnahkan secara semulajadi...hurm...kalau susah nak dimusnahkan,memang bahaya la tu..xkan plak kite nak bakar polisterin ni plak kan?of cos la lagi bahaya....

so..apa nak buat untuk mangatakan tidak kepada polisterin ni?
~makan je kat kedai tu tanpa tapau...huhuh
~bawa bekas makanan sendiri..suruh je orang tu tapaukan dalam bekas kite sendiri...
~cari kedai yang xde polisterin...erm..pakai kertas pembungkus pun okey la...


~makan dalam pinggan kertas...~

biLa hAti diUji...

jalan2 pagi yang menyedihkan....menginsafkan....dan membuat aqu merasa betapa perlunya untuk aqu bersyukur pada setiap saat yang datang...

setiap dari kita xkan pernah lari dari dihimpit musibah..,xkiralah walau sebesar mana pun musibah  yang datang,ia pasti akan datang dan kita pasti akan menghadapinya...bezanya bagaimana setiap dari kita menghadapi semua itu?

pengalaman semasa di nursing,bukannya semua dari kami sihat..bila dah masuk ke 2nd year,salah seorang dri kami dah mula mengesan penyakit yang dihidapi....xmudah berdepan dengan keadaan sebegini lebih2 lagi dalam keadaan yang masih muda...dia disahkan menghidap Infective Endocarditis dan Systemic Lupus Erythematosus..

dia terpaksa bergantung kepada antibiotik sepanjang 5 tahun @ mungkin ke akhir hayat..?
dia terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit kerana sendi2nya sentiasa sakit...
stok ubatnya bertimbun2 memandangkan dia mempunyai banyak komplikasi lain...
dan sekarang dia dalam kuarantin kerana baru selesai menjalani terapi iodin...dia terpaksa meminum iodin demi kelangsungan kesihatannya walaupun mungkin kesan dari iodin itu tidak membantu menambahkan kesihatannya...mungkin....

berdepan dengan orang2 yang rapat dengan diri sendiri dan kemudian ditimpa musibah sebegini,adalah lebih menginsafkan bila mengingatkan diri sendiri yang sempurna tanpa penyakit sebegitu..tetapi kadangkala lebih lemah dari dia....

bila tadi aqu berblogwalking...menjengah blog sayap exodus hati seolah terpanggil untuk membaca catatan seorang lelaki yang menghidap kanser..walaupun diduga begitu,tapi dia masih tabah meneruskan hidupnya... malah mungkin lebih berjaya dari kita yang sihat ini...mas afzal tuan empunya diri...

mungkin korang akan lebih insaf bila membaca catatannya..dan sesungguhnya,bersyukurlah dengan setiap dugaan Allah..ianya bukan untuk mematahkan semangat kita,sebaliknya menambahkan kekuatan dan keyakinan kita terhadap Allah....


~insafi diri...perbaiki akhlak...~

sEnYumaN kEsYukUraN....

subhanallah....
astaghfirullah....

Firman Allah

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, iaitu:

“Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur,
maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”.









rahmat dan kasih sayang Allah SWT sangat luas dan janganlah kita berburuk sangka pada-Nya.

~untuk kita yang sempurna fizikal ni..banyak2kan bersyukur....~

rEvieW fiLeM aKu tAk bOdOh...

arini aqu cuti...mula2 bangun pagi tadi,plan asal nak g tengok wayang dari pagi sampai petang...tapi sibuk dok online je pagi tadi,last2 petang baru aqu kua...huhu...nasib baik xjanji ngan sesape...

pilihan hati aqu time tu nak tengok ngangkung...tapi xde jodoh la pulak...xpe la..aqu amik pilihan kedua iaitu citer aku xbodoh...ni jadi pilihan kedua sebab aqu xdapat ape2 respon dari membe2 aqu coz dorang xg tengok citer ni lagi...xpe la,aqu tengok dulu...


citer ni memang best,lagi2 bila aqu rasa perkaitannya memang rapat sangat dengan masyarakat kita...tentang didikan mak ayah kepada anak2 n aqu pun merasai apa yang dorang rasai...huhu...

xramai pun mak ayah yang tahu cara nak ambil hati anak-anak..kebanyakannya lebih suka menuding jari terhadap kesalahan anak masing2 tanpa usul periksa kenapa jadi begitu...

part yang lawan cakap mak ayah tu pada aqu memang normal bila anak2 memberontak,tapi ia xberakhir kat situ je sebab penyelesaiannya ade...scene paling sedih bila si ayah mengungkit tentang masanya yang bernilai RM500..

antara lain,ia juga mengangkat tentang nilai kekeluargaan dan didikan yang berbeza dari dua darjat...
iaitu Roy dan Jefri yang dibesarkan dalam keluarga berada,dan Sudin yang dibesarkan dalam keluarga miskin...


bagi aqu,memang perlu untuk menunjukkan rasa kasih sayang yang betul kepada anak2 lebih2 lagi zaman sekarang...pada yang xtengok lagi citer ni...g lah tengok,for sure airmata mengalir..kalau xmengalir sekalipun,memang bertakung le kat mata tu....siyes best n aqu x tipu!

selain nilai kekeluargaan...nilai persahabatan juga diterapkan dalam filem ni...iaitu antara Roy dan Sudin

~sahabat baik~

antara adegan lain yang dapat dilihat...

~anak gaduh ngan ayah...~

~sudin gaduh ngan ayah dia...~

~hahah..yang ni pun xleh bla...makan nanas banyak2...~

untuk review yang lebih berserta dengan sinopsis..korang baca kat blog brother hans nih....

~anyway,belajar something new about family...~

Father And Mother I Love You

*5 star*

Wednesday, December 8, 2010

amaLaN sUnaT buLaN muHarAm...

bersyukur kita ditemukan Allah dengan muharram...bermksud kia melangkah setahun lagi ...juga...Amat tepat bagi kita Umat Islam membina Azam baru diwaktu ini....bukanya menunggu selepas krismas nanti


Insyaallah...marilah kita memulakan kehidupan ditahun baru Islam ini dengan lebih bersemangat..dan menambah Amalan Amalan...supaya lebih baik dari tahun tahun yg lepas...



Antara Amalan YG Disunatkan bagi Bulan Muharram ini


A. PUASA SUNAT dari 1 - 9 MUHARRAM.

B. PUASA SUNAT 10 MUHARRAM BERSETA AMALAN SEPERTI BERIKUT :
1. Melapang masa/belanja anak isteri. (Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.)
2. Memuliakan fakir miskin.
3. Menahan Marah.
4. Menunjukkan orang sesat.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
6. Bersedekah.
7. Memelihara kehormatan diri.
8. Mandi Sunat. (Tidak sakit (berat) pada tahun itu. Niat” Sahaja aku mandi sunat hari Asyura krn Al-lah Taala.”)
9. Bercelak. (Tidak akan sakit mata pada tahun itu )
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 x
11. Solat sunat 4 rakaat.
12. Membaca Has biallahhu wa nik mal wa keel, nik-mal maula wa nikmannaseer”.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
14. Puasa. Niat—”Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

Marilah kita sama sama amalkan..insyaallah

~mulakan dengan baik,moga ia berakhir dengan baik juga...~

cEriTa keJe maLaM..

dua hari lepas aqu keje malam..da second nite pun...masa mula2 masuk keje,bese la g tengok2 patient dulu..g kenal2 patient...tapi masa lalu kat bed 5,aqu nak intai patient bed 6 xdapat coz doktor tengah wat round..so aqu KIV je lah dulu...

bila TL da wat assignment,aqu dapat le patient bed 6 tu...huhu..misteri kot budak tu coz aqu xg tengok die lagi...
bile ajer aqu g tengok budak tu,hurm..amek kau!berat die 2x ganda berat aqu...aduhai...kepala otak aqu berputar ligat camne la aqu nak mandikan budak ni esok pagi....umur baru je sepuluh tahun,tapi badan cam orang umur 20 lebih..

mak ayah die kecik je...huhu..
ayah die dok bercerita ngan aqu...'saya pun xtau la macamana nurse nak mandikan anak saya ni nanti,jangan kata nak angkat,nak tolak die pun saya sendiri xlarat...'
aqu?senyum2 je la...'xpe lah encik..nanti kami buat ramai2...harap2 dapat la...'

sambil2 tu sempat gak aqu kaunseling ayah dia...huhuh..yela,nak kaunseling budak tu,xdapat la coz budak tu sedated jer..memang xsedar la...
'encik,nanti tolong la nasihatkan dia supaya dia jaga pemakanannya,risiko untuk dapat penyakit agak tinggi bila dia mengalami obesiti..'
ayahnya dok angguk2 je setuju...memang betul pun kan?

budak tu ada penyakit obstructive sleep apnea syndrom...penyakit ni menyebabkan dia sukar bernafas semasa dia tidur...dan kadang2 dia xbernafas pun masa dia tidur!
dan selalunya dia tidur sambil duduk,sebab bila dia baring,dia xdapat bernafas....kesian budak tu...
meh kite roll tentang penyakit ni...

~pic antara normal breathing dan sleep apnea~

kalau korang tengok kat pic sleep apnea tu,sleep apnea sebenarnya terjadi disebabkan ada blockage di saluran pernafasan yang menyebabkan seseorang tu xdapat bernafas.Blockage tu pulak mungkin di bahagian hidung @ mana2 yang melibatkan saluran pernafasan yang lain...

okey,sekarang tengok pulak kesan2 sleep apnea...


~nampak x?~
sesetengah penghidap OSA(obstructive sleep apnea) ni akan mengalami masalah pernafasan,dengkur yang teruk semasa tidur,@ tidak bernafas semasa tidur...selalunya xde la sampai xbernafas dalam jangkamasa yang lama,tu da lain jadinye...huhu

untuk ibu2,perhatikan anak2 anda ea?

~jaga kesihatan..jaga pemakanan....~

cEriTa Tok Guru Nik Aziz...

semalam baru je angin pasal minyak dan air...arini panas pasal isu Tok Guru Nik Aziz..tapi,bukannnye aqu marahkan Tok Guru..aqu marahkan orang2 yang ske wat citer n cari publisiti murahan...siyes! dorang ni cam pe pun aqu xtau la...

kalau hal2 pembangkang tu ade je yang menyibuk..orang amik cuti pun da bising2 cakap orang tu da nak sampai ke penghujung...geram betul aqu nak publishkan blog makhluk perosak tu....haish!

jangan berbaik sangka sangat dengan diri sendiri...ko ingat umur ko tu leh cecah sama umur ngan Tok Guru ke?
ntah2 esok lusa ko da 'kiok',sape tau??
xfaham le aqu ngan orang camni...

time hala ke pembangkang,pandai le cari fasal,lagi2 hal remeh temeh...bila hala ke kerajaan,sama gak ko mengutuknye...ape jenis manusia la si sengal ni....

lagi satu yang aqu xpuas hati,aqu ade ping entry kat satu blog...pastu admin blog tu delete n bagitau entry aqu tu sensitif...tibe2 satu hari aqu ternampak entry sensitif kat situ,apsal yang tu boleh plak...?entry hina2 orang lak tu...

eh,ape kate aqu publish je blog makhluk tu...pasni korang komen la die plak...blog si sengal
aduhai...geram seh...!ni cerita sebenar tentang Tok Guru...cerita Tok Guru Nik Aziz

~Tok Guru makan nasi pun bersila atas lantai kayu..korang?agaknye xdapat sudu n garfu,xcecah atas kerusi belum tentu nak makan kot...?

~lantak korang la!korang jawab sendiri...!~

Tuesday, December 7, 2010

cEriTa sUaMi iStEri...

ni soalan untuk perempuan...
nape korang nak cari suami?

soalan untuk lelaki plak...
nape korang nak cari isteri?

da pikir ke belum?
xfikir lagi ea..?untuk yang perempuan,tengok kenapa lelaki nak cari isteri...
untuk lelaki plak,tengok kenapa perempuan nak cari suami....
tapi...jaga2 ye wahai perempuan....

A man wants a WIFE because she can make his life :
W WONDERFUL
I INTERESTING
F FASCINATING
E EXTRAORDINARY

But a woman should be careful in finding a HUSBAND because he might be :
H HOPELESS
U UNACCOUNTABLE
S SENSELESS
B BORING
A AUTHORITATIVE
N NUISANCE
D DISCRIMINATIVE


Why does a man want to have a WIFE ? Because :
W Washing
I Ironing
F Food
E Entertainment



Why does a woman want to have a HUSBAND ? Because :
H Housing
U Understanding
S Sharing
B Buying
A and
N Never
D Demanding

Monday, December 6, 2010

iSu aiR..kEnaPa bUkaN miNyaK?

sekarang ni asyik ujan je...air mencurah-curah jatuh dari langit...huhuh...bese la tu,da sampai musim hujan.maka hujan la yang turun...nasib baik hujan yang turun,kalau api yang turun?sape nak jawab?sorang pun xberani nak keluar umah..yang dok kat umah pun belum tentu lagi selamat...

sekarang heboh pasal demo air...agak2 korang nape dorang wat demo ea?aqu ni orang atas pagar,mana2 pihak pun aqu kondem gak..hahahs..suke ati je...

sekarang aqu bukan nak kondem orang yang wat demo..tapi aqu nak kondem orang yang kondem dorang yang wat demo nih...orang tu wat demo nak bantah kenaikan air pun ko nak sibuk,apehal?
jeles ea coz korang xdapat nak menuntut benda yang sama?masalah betul la dorang ni...

pada aqu..xde masalah pun dorang nak wat demo tu..kenapa?sebab tu kan memang ape yang dorang nak perjuangkan bila dorang diberi mandat untuk memerintah negeri tersebut...so,mestilah dorang nak pertahankan...go on je la...as long as xmencederakan orang lain...

tapi ade gak mulut2 yang bising,kenapa wat demo air je?kenapa xwat demo minyak gak?

@
 
aqu kekadang geram ngan mulut2 bising nih..besenya yang pandai cakap,memang xpandai wat ape2...dorang cakap ikut sedap mulut je...bile kita bagi peluang suruh buat,tau plak xpandai...haish,geram plak aqu nak luku kepala dorang ni...

bila citer fasal yang pandai cakap tapi xpandai buat ni,teringat plak aqu kat pengerusi PIBG kt skolah ayah aqu...die ni memang ske cakap banyak..seje kondem orang cam bagus je...nak dijadikan citer,ade satu hari die kondem ayah aqu...die cakap ayah aqu ni punca ramai budak gagal n sekolah xmaju pun,padahalnya da banyak kot jasa ayah aqu kat situ....

ayah aqu ni plak jenisnye memnag sempoi n cool je...lepas pengerusi PIBG tu cakap macam tu,die bangun n mintak maaf...then dia citer semua yang dia dah buat untuk sekolah tu...tapi paling aqu suke,part ending tu...
kalau tuan pengerusi rasa xpuas hati dengan pencapaian sekolah,saya mintak kerjasama supaya tuan pengerusi memberikan cadangan yang baik untuk kemajuan sekolah memandangkan kami semua ni xpernah dengar apa2 pun cadangan dari tuan pengerusi....

seminggu lepas tu,pengerusi PIBG tu letak jawatan....

hah!amik kau!lain kali kalau nak kondem orang,tengok dulu diri sendiri...jangan ikut sedap mulut je...nanti diri sendiri gak yang dapat malu...kan da susah!padan muka...!hahahah....

sape tadi yang suruh wat demo untuk minyak tu?ko g lah wat sendiri!asyik suruh orang jer...kalau orang xwat,ko kondem,orang wat pun ko kondem gak...pastu kalau demo yang dorang wat tu berjaya,ko gak yang merasa,bodoh!xtau dek untung....!

~aqu?ikut mana yang baik..~

Sunday, December 5, 2010

cEriTa tEnTaNg jAri..

meh kita tengok macamana jari jemari ini bercerita....

~tangkap bola!!!~

~meh main piano...~

~ikut arahan saya ea....~

~ee....yah...adoi..cam xlarat je nih...~

~kayuh laju2...~

~ish..ish..rebut bola...~

~tulis nama elok2 ea...biar terang skit....~

huhu...tu je cerita jari jemari untuk hari ini....anyway,dorang nih memang kreatif...masa aqu tengok pic2 ni,aqu sebenarnya dok perhatikan mana jari telunjuk,jari manis,jari hantu,n jari kelingking....huhuh...

kiSaH yaNg bEruLaNg...

aqu terasa sangat penat bila aqu bersendirian...penat kerana dalam waktu bersendiri tu aqu lebih banyak berfikir...dan selalunya aqu xkan lepas dari berfikir tentang cinta...

kadang2 berkali-kali aqu cuba untuk menidakkan segala2 yang aqu fikir tu...tapi naluri hati tu sangat2 lemah untuk menepis ujian tu...lagipun aqu hanya manusia biasa...

aqu baru je balik dari blogwalking...huhu...baca entry blogger2 lain...berfikir...dan relatekan dengan hidup aqu sendiri....sebenarnya ade sesetengah dari kisah hidup kita sentiasa berulang2...datang dan pergi tanpa henti...pernah x terfikir kenapa?

kenapa perlu datang berulang kali?
contohnya aqu...kenapa mesti merasa ditipu berulang kali...?dan kenapa aqu harus mengulangi kembali apa yang berisiko terjadi?

kenapa Allah memberi dugaan yang sama?

jawapannya...
-ia adalah peringatan yang xpernah hilang...

bila mana Allah berhenti menduga dan menguji kita,maka perhatianNya dah semakin berkurang...nak ke macam tu?apa makna pula bila perhatian dah berkurang?maka tentulah saja laluan untuk ke syurga itu semakin sukar...

bersyukurlah bila diuji...kerana sesungguhnya semakin kuat ujian yang kita terima menunjukkan Allah semakin sayang terhadap kita,tambah pula bila kita redha terhadap ketentuanNya...
bersabar dan redhalah atas segala yang ditentukan....

~back to the basic..~

Thursday, December 2, 2010

pEnCariAn sEoRaNg bLogGeR...

hurm...blog dan blogging...sejauh mana korang ni aktif ea?n kenapa korang berblogging?

aqu mula start bloging 3bulan lepas...time tu aqu sedang menganggur...huhu,banyak giler masa lapang,tu sebab aqu pun start nak bloging...nak share bende2 baru n nak belajar bende2 baru gak...tapi ye lah,kadang2 sejauh mana pun syoknya nak berbloging ni,komitmen terhadap kerja tu laagi penting..so,xdapat jugaklah kekadang tu aqu nak stay lame2 depan lappy nih...

kalau aqu keje petang,leh la aqu curi masa time pagi,dan begitulah sebaliknya...bukan senang nak mengatur masa,kadang2 memang da plan nak watpe,tapi perancangan kita ni kekadang gagal gak....

by the way,pe yang korang cari dari bloging nih...?
kepuasan?
kekayaan?-huhuhu...-
kenalan?
kengkawan?

whatever it is,sandarkan pada niat yang satu...moga2 niat yang baik tu mendatangkan pahala untuk kita...
bukannya susah pun nak kutip pahala kalau kita tahu caranya...tapi kekadang tu,kita selalu gak menyalahgunakan saluran tu..akhirnya pahala tu bertukar jadi dosa @ x mendatangkan apa2...rugi kan??

pencarian aqu sebagai blogger?
huhuh...wat masa sekarang aqu nak cari mesin jahit....nak menjahit la...sangat2 teringin nak jahit langsir...huhu...

~jangan marah...heheh~

mAaFkaN saYa...

salam buat kekasih,
maafkan saya kerana terpaksa memutuskan hubungan cinta kita...saya sendiri tidak sanggup untuk melakukannya...bahkan selalu memohon kepada Allah agar Dia menguatkan hati saya untuk melakukan ini semua....

maafkan saya wahai kekasih...
saya bukan kekasih yang baik...saya tahu saya telah berlaku curang,saya tahu saya telah banyak menipu kamu wahai kekasih...perkenalan selama ini sudah cukup untuk membuatkan saya merasa bersalah dengan kelakuan saya terhadap cinta kamu...

saya tidak mampu untuk menyerahkan tubuh saya kepadamu selagi kita belum bergelar suami isteri yang sah...saya tidak mampu...!maaf kerana saya mengecewakan kamu....
saya hanya mampu menyerahkan seluruh jiwa raga saya kepada Pencipta saya..maaf kerana menduakan kamu.

saya tahu,saya bukan seorang yang baik kerana kerapkali menepis tangan kamu dari menyentuh setiap inci tubuh saya.Sentuhan itu hanyalah untuk yang layak saja...dan saya minta maaf lagi kerana ia bukan kamu...

saya menipu kamu..saya tahu dan saya akui itu..sebenarnya setiap kali kita merancang untuk bertemu,saya sering mengelak,kerana saya sebenarnya lebih senang bertemu dengan Allah dan bukannya kamu.maafkan saya kekasih.

saya benar2 rasa bersalah..tolonglah lepaskan rasa bersalah itu dengan menerima bahawa hubungan ini telah pun putus sebaik saja kamu membaca ayat yang terakhir...

semoga kamu bertemu dengan yang serasi dengan jiwamu...kerana aku lebih menyintai Allah berbanding kamu...

salam maaf..
kekasih

Wednesday, December 1, 2010

6 yaNg Allah sEmbUnYikAN...

6 perkara ALLAH sembunyikan
by Islam Bersatulah on Wednesday, November 24, 2010 at 3:44pm
SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:



"WAHAI TUHANKU"

* ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?

* LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"

* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,

* MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD




"WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD, DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU"




* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERKATA

"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"

* LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD



"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL...."



* KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.

* KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD ;

* "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA ATAU SEPERTIGA, ATAU SEPEREMPATNYA?"

* KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD




"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."

MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU ;




* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU)

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI




SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI.
WALLAHUALAM
KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MULIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA.....

kiSaH baS sEkOLaH...

korang tau bas sekolah?huhu...kalau korang bijak,ape warna bas sekolah?heheh...
okeh..aqu nak citer fasal bas sekolah...tapi bas sekolah ni bukan kat Malaysia la..kat sebuah negara maju...xciter pun leh teka negara mana...mana la lagi kalau bukan nun kat matahari terbit tu...

k la,moh le kite cuci mata tengok bas sekolah..ni cerita bergambar ea...hahaha...

~ini pandangan luar je...nampak cam bas bese je...yela,nama pun bas...xkan rupa cam lori plak kan?~


~okeh,meh masuk dalam bas meh...tengok ape yang ade...~



~kalau bas skolah kat Malaysia camni,confirm xde orang nak turun dari bas...~

tapi pernah x kite terfikir macamana plak rupa bas kat negara miskin?ade rupa bas ker...?
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!

~india~
ade rupa bas ke...?

~malaysia : bersyukur dengan pe yang kita ada...~

bArAn yaNg xBerTEmPat....

hurm....
susah betul bila nak faham orang dan nak memahamkan orang ni....kekadang aqu pun macam tu la,kekadang rasa cam da faham orang tu,tapi rupanya x...

ni kisah seseorang yang aqu kenal...sangat2 panas baran...tapi malangnya,panas barannya tu xbertempat...marah fasal hal2 remeh yang pada aqu xlogik langsung nak marah...kalau fasal tu je aqu xkisah sangat,xde la aqu terbukak mulut nak maki orang....tapi last2 aqu terlepas cakap gak...dapat la bodoh sebijik...mana xnye...dek kerana die panas hati ngan membe die,last2 die da xnak sambung keje jadi cikgu,nak jadi pe pasni?aqu pun xtau..tapi die nampaknye rela menggadai semua tu....

aduhai....ni la die bila ikutkan perasaan marah,abis tergadai segala2nya...xpk panjang...!kalau xde adik beradik xpe la..ni berduyun lagi adik yang tengah sekolah,mak ayah plak keje xtentu gaji...ko plak elok2 jadi cikgu,nak berhenti....nak tambah beban orang tua lagi ke?

                                                            ~ape motif pic nih?huhu....~

aqu nak maki depan2..tapi bila pikir balik,orang camtu memang da xleh pakai da...maki @ nasihat camne pun,memang da xnak dengar da...tambah plak ngan kepala batu cam die...lantak ngkau la kak...bukannye budak2 pun lgi....

secara jujurnya,korang macam tu gak ke?

dan secara jujurnya jugak,aqu dulu macam tu...pastu bila da terkena kat batang hidung sendiri,baru la berubah..huhu..tapi tu dulu la,time aqu skolah menengah..then,bila aqu da masuk nursing,aqu rasa angin tu da sejuk skit...tapi bila aqu marah,aqu memang xkan bercakap ngan orang...sebab aqu akan nangis...tu kelemahan aqu...

dulu,aqu pernah marah membe aqu masa de sorang dak laki cam wat gangguan seks kat die,aqu slow talk ngan membe aqu suruh jangan layan,tapi bile die stil mesej ngan dak laki tu..memang aqu marah gile sampai xleh nak cakap pape..bila die suruh aqu terus terang,aqu lak yang beria nangis,tapi die wat muka rileks je...dan sebab geram gak aqu cakap,'jangan mintak tolong ngan aqu kalau satu hari nanti die rogol kau!'
huish,giler x ayat aqu?hahaha
tapi kelakar gak la coz aqu cakap sambil nangis...

~marah itu sifat syaitan...~