dWeT beLi uBaT

Thursday, August 18, 2011

seHelai BaJu buAt meNYapU sI aiRmATa....

ini adalah entry ringkas...
tapi aqu harap ia padat dan memberi makna...

dikesempatan ini,aqu cuma nak merayu kepada korang-korang semua yang prihatin
tolonglah kami dalam membantu anak-anak yatim 
dengan menderma sehelai baju kepada mereka,
sekarang ni kami kekurangan baju melayu untuk kanak-kanak lelaki yang berusia lingkungan 15-18 tahun
anggaran saiz adalah M dan L....

masa da semakin suntuk da,
ni adalah peluang keemasan untuk korang beri sedikit kegembiraan kepada mereka ni
walaupun sehelai baju,tapi ia cukup untuk buat mereka gembira dan rasa dihargai...
semua jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya....
aku menyeru sangat-sangat...
kalau korang xcukup modal nak beli sepasang baju melayu,
korang leh share ngan kawan-kawan untuk beli walau sepasang sekalipun

korang leh refer kat blog sehelaibaju.com atau kat page fb sehelai baju
atau kalau korang nak tanya pape,leh je pm aqu kat fb

aqu merayu sangat-sangat...
semoga Aidilfitri ini memberi kegembiraan buat mereka


Saturday, August 13, 2011

Iqra'...baCaLah...baCa je...?

Hari ni aqu kije malam...Alhamdulillah,pagi tadi ada kelapangan pegi Karangkraf dan ambil sedikit ilmu.Tapi,kalau ambil dan xpraktis,mungkin xke mana jugak kan...?Aqu harap aqu akan istiqomah dengan apa yang aqu dapat,kena rajin-rajin baca buku,rajin-rajin wat homework.

Hurm...
Mengeluh?Huhu,xde la...

Hari ni aqu nak cerita dengan korang tentang al-Quran.
Sebelum aqu cerita,mari kita sama-sama refleks dengan beberapa soalan ;

-Bila kali terakhir kita baca Quran?
-Di mana al-Quran tu berada sekarang?
-Bila kali terakhir kita mendengar bacaan al-Quran?
-Adakah kita faham bila kita membaca al-Quran?
-Setakat mana kita mengamalkan al-Quran dalam menjadikannya panduan hidup?

Macamana?
Boleh jawab semua soalan?Soalan tu bukan untuk korang je...sebaliknya untuk aqu juga,sebab tu aqu guna perkataan ''kita''....

Sebenarnya,aqu baru je belajar bahasa al-Quran...bila mula kelas,terasa diri sangat kerdil....Bila ustaz tanya,aqu mula berfikir betapa banyaknya perkara yang telah aqu pinggirkan sedangkan itulah yang akan membantu aqu kelak.

Apabila bacaan di dalam solat itu salah,maka rosaklah seluruh solat itu....

Adakah selama ini kita yakin bahawa bacaan kita betul dan difahami setiap maknanya?
Adakah kita berusaha untuk mempelajari dan memperbetulkannya?
Ini adalah titik tolak aqu untuk memperbetulkannya...Kalian?
Sebenarnya bila kita mula belajar,kita akan menyedari betapa banyaknya perkara yang kita xtahu.Dan bila itu berlaku,maka ambillah inisiatif untuk belajar,belajar dan terus belajar.

Mengenali al-Quran sebagai mukjizat teragung,akan membuatkan hati kita menjadi lebih tenang,malah,kata Ustaz Ahmad Tarmizi Ali ;

Allah mengangkat darjat orang-orang yang bersama dengan al-Quran sebagai 'ahli'Nya...

Apa lagi yang kita kejarkan...?
Allah sendiri yang menghadiahkan kita dengan darjat sebegitu,maka berbanggalah untuk bersama dengan al-Quran.

Ramai orang bijak pandai mengambil iktibar dari al-Quran,belajar dan mentafsirkannya kepada kehidupan seharian.Apalagi yang kita nantikan?
Berbanggalah wahai umat Muhammad apabila al-Quran diturunkan kepada kalian sebagai panduan yang lengkap tanpa perlu diragui isi dan kebenarannya,maka belajarlah dan fahamilah ia.

Membaca satu ayat dalam al-Quran pun sudah berapa kali pahala Allah berikan,jika kita belajar memperbetulkan bacaan,kemudian memahami isi kandungannya,berapa kali ganda lagi pahala akan kita kutip?
Tak mahukah kita mengejarnya?

Apakah hukum membaca al-Quran?
Sunat,tapi bila membaca al-Fatihah di dalam solat,maka wajib hukumnya.Nak @ xnak,kita harus pelajari sebutan dan tajwid yang betul.

Solat mampu mencegah kita daripada melakukan perkara mungkar,tapi apa yang terjadi sekarang,ramai yang solat,tapi ramai juga yang melakukan maksiat.Kenapa?
Terfikirkah kita apakah kerana solat yang tidak sempurna itu,maka ia tidak membendung kita dari melakukan perkara maksiat?
Mari sama-sama perbetulkan sebutan huruf dan kenali sifat-sifat huruf.Semoga bacaan yang kita baca akan menambahkan lagi kekhusyukan dalam solat.Semoga solat itu mencegah kita dari melakukan maksiat.

Mari refleks balik...
Renung kembali apa yang kita lakukan kepada al-Quran di rumah.

bila kita menjaga agama Allah,maka Allah akan menjaga kita...

~aqu yang khilaf dan kerdil~
atikah : 130811

Sunday, August 7, 2011

hiDuP beRsYariAt @ hiDuP beRaDaT?

assalamualaikum....
apa khabar kesihatan korang?

apa khabar dengan iman korang?
ada turun naik,ada pasang surut....tu normal,yang xnormalnya bila dah turun,xmau nak usaha bagi naik balik...xtau la nak kata apa....

2,3 hari ada rasa pahit menelusuri hidup aqu,berdepan dengan perempuan yang..haish!ntah pape la nak cite fasal die,malas rasanya nak burukkan orang,lebih baik aqu tengok n nilai diri aqu balik...tu je la penyelesaiannya.

cuma kat sini aqu nak naikkan cerita tentang hidup yang sedang kita jalani,cara yang macamana yang korang pilih?

aqu buka satu kisah benar,aqu ditanya oleh seorang hamba Allah,sama ada aqu dah bertunang ke belum.dan jawapan aqu,dari segi syariat Islam,aqu da sah bergelar tunangan orang,tapi dari segi adat belum ada majlis menyarung cincin.

hamba Allah tu pelik...
confuse...!
kemudian,secara ringkasnya,aqu hantarkan dia video ni....


korang dengar dan telitikan baik-baik.bila korang dengar dan faham,korang akan nilaikan balik korang hidup atas landasan apa sekarang.

hidup bersyariat atau hidup beradat?
apa yang korang pilih?
aqu memilih hidup bersyariat,sebagaimana yang korang tahu bahawa Islam ini mudah,maka permudahkanlah urusan korang...tapi,jangan sesekali korang mempermudahkan Islam @ dalam erti kata lain,mempermainkan Islam.

aqu hanya pilih satu dari urusan yang hidup berlandaskan syariat.
namun,dalam xsedar,kita semakin jauh dalam merealisasikan hidup bersyariat ni...
kenapa?
di manakah salahnya?

kita semakin lama,semakin dipengaruhi oleh anasir luar yang membiasakan diri kita untuk hidup beradat,yang paling biasa adalah melalui institusi perkahwinan,bermula dari pertunangan,perkahwinan,kemudian bila dapat anak,nak wat majlis cukur jambul.tu pun kena ada tema,nak cukur jambul je pun...kena wat tema pahlawan,puteri,dan macam-macam lagi la.

belum masuk persediaan majlis,buaian berapa lapis,pelamin ( ade gak nih ),baju cantik-cantik untuk anak...
apa sebenarnya yang korang cari dalam majlis ni?
kemegahan?
keberkatan?
kesederhanaan?

mari refleks balik semua yang terjadi....

lihat kehidupan kita seharian,dimanakah aplikasinya bila kita mengatakan kita hidup bersyariat?
makan?
-menggunakan tangan atau sudu?
-duduk di meja atau bersila?
-diam @ bicara semasa makan?

pakaian?
-dari sumber yang mana?
-tertutupkah aurat dalam erti kata sebenar?
-adakah mengikut piawaian yang dilandaskan Islam?

anak-anak
-bagaimana didikan korang?
-apa yang korang dahulukan dalam kehidupan mereka?

oh,banyak lagi yang boleh disenaraikan...setiap langkah yang kita lakukan adalah kerana kita ni seorang Islam,maka landasannya juga harus ke situ....
setiap apa yang Allah suruh dan tegah itu ada sebabnya...ada alasannya,dan kebanyakannya adalah untuk kebaikan dan ketinggian maruah diri kita sebagai Islam...


mari diam sejenak,berfikir,muhasabah,dan refleks ke belakang.....
wahai umi,wahai ayah....jikalau sayangkan anakmu ini....
dahulukanlah agamaku....


~wallahua'lam~
berubahlah dari xtahu kepada tahu
da bila tahu,sebar-sebarkanlah...

Tuesday, August 2, 2011

beRseDiaKaH uNtUk KaHwiN....??

Sudah sediakah, anda untuk berkahwin ???

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.
Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!

Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi
Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

Artikel Cinta ini telah dikongsikan oleh Forum Tentang Cinta.