dWeT beLi uBaT

Monday, October 18, 2010

cEriTa sUsU iBu...(ePisOd i)

soalan pertama,sudahkah anda berkahwin?
atau ada yang masih single tapi mempunyai sedara mara yang baru melahirkan anak?
dulu2 aqu ade tulis fasal kisah bayi tercekik susu n kat dalam entry tu aqu de bagi cara2 untuk elak bayi tercekik susu..korang leh review kat situ la ea... tapi arini aqu nak citer sisi lain tentang susu ibu...

aqu nak ajar tentang susu ibu...faham betul2 ea...susu ibu..bukan susu lembu,jauh sekali susu kambing...heheh
korang tau ape kebaikan susu ibu?kebaikan untuk bayi..kebaikan untuk ibu juga...?

okeh,aqu start dengan kebaikan untuk bayi...
1. kalau korang nak tau,permulaan susu yang keluar adalah dipanggil kolostrum...kolostrum ni berwarna kekuningan n sekali pandang cam susu basi,tapi bila fikir logik,mana ade susu basi keluar dari payudara...betul x?kolostrum ni mempunyai banyak kebaikan untuk bayi iaitu...

           -kaya dengan sel darah putih untuk melindungi bayi dari mendapat jangkitan
           -mengandungi banyak antibodi untuk sistem imunisasi bayi dan melindungi bayi dari mendapat
            jangkitan serta alahan...
           -faktor pertumbuhan untuk kematangan usus dan mencegah alahan...
           -merupakan sejenis laksatif untuk mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (kuning)

kalau korang nak tau,kolostrum ni hanya akan ada untuk 3hari pertama kelahiran sahaja...so,sebagai ibu,usahalah sebaik mungkin untuk memberi lebih banyak kolostrum kepada anak anda..

2. kebaikan lain ialah,susu ibu mengandungi semua protein yang diperlukan oleh bayi terutama untuk proses tumbesaran dan perkembangan otak bayi...so,korang jangan nak mengada-ngada bagi susu formula kat anak korang...

3. susu ibu juga senang dihadam kerana mengandungi enzim penting untuk proses penghadaman..kalau korang nak tau,susu formula yang orang selalu bagi kat baby tu sebenarnya x elok untuk dorang sebab susu tu xdapat dihadam sepenuhnya...ada lebihan susu @ dalam erti kata lain keladak akan berkumpul kat dalam perut bayi tu...

4. selain itu juga,susu ibu ni sebenarnya berubah mengikut keperluan bayi...so,xyah risau la anak korang tu cukup nutrien ke x walapun dorang menyusu sampai umur 2 tahun...k?

sekarang aqu nak bagitau fasal kebaikan susu ibu untuk ibu pulak...
1. proses penyusuan akan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak...

2. ia juga melindungi kesihatan ibu

3. membantu mengecutkan rahin dan mengurangkan pendarahan...semasa bayi menyusu,proses sucking tu akan menyebabkan ibu rasa sakit..actually,rasa sakit tu adalah disebabkan oleh proses pengecutan rahim yang berlaku serentak dengan sucking process tersebut...

4. mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari..biasanya kanser payudara common kepada wanita yang tidak berkahwin @ tidak mempunyai anak...

5. mempercepatkan proses pengurangan berat badan selepas bersalin..sape kate korang akan jadi gemuk lepas bersalin?doktor yang bagi ceramah kat aqu tadi da ade anak 2,badan cam anak dara..rahsianya?dia menyusukan anak dia secara esklusif selama 6 bulan...nah,da ade cara mudah n jimat..kenapa nak bersusah payah jaga badan dengan jamu @ pegi gym..?

6. penyusuan secara penuh juga boleh menjarakkan kehamilan tapi dengan 3 syarat...
             i- ibu menyusukan anak secara esklusif
             ii- ibu belum datang haid selepas tempoh kelahiran
             iii- umur bayi kurang dari 6 bulan...
dengan 3 syarat ni,korang leh rancang kehamilan tu dengan jayanya..=)


okeh,faham dengan kebaikan susu ibu?

selepas korang tau apa kebaikannya,korang kena la praktiskan penyusuan susu ibu ni...tapi macamana?
kebanyakan ibu muda susah untuk komited dengan memberi susu kepada anak mereka,alasannya terlalu banyak dan yang paling common adalah
    *susu xde..
    *sakit..
    *anak xpandai menyusu..
tu alasan yang xmasuk akal sebenarnya...

pada permulaan kelahiran,memang susah untuk produce susu..tetapi korang harus fikirkan tentang anak korang yang lapar tu...,kena cool,relaks...baru lah leh produce susu...yang penting adalah korang kena confident!fikir untuk beri yang terbaik untuk anak korang...

korang jangan risau tentang berapa amaun susu yang anak korang dapat..yang penting adalah korang mnyusukan anak korang dengan kerap kerana itu juga salah satu faktor untuk meransang susu...

mari lihat cara lekapan yang betul antara mulut bayi dengan puting payudara...
~tengok bentuk mulut bayi tersebut...~

mulut baby haruslah menutupi bahagian hitam puting payudara supaya bayi dapat meransang pengeluaran susu dengan optimum...ciri2 lain pelekapan yang betul ialah...
  - pipi bayi kelihatan kembung..
  - dagu bayi melekat pada payudara..
  - hidung bayi di atas puting payudara..
kite tengok pic lain plak...
~tgk bentuk mulut baby,pipi dan kedudukan hidungnya...~

sekarang faham?
wat masa ni aqu citer dulu tentang kebaikan susu ibu dan cara pelekapan yang betul...
next time aqu sambung lagi...tunggu cerita susu ibu episod 2 ok..?

~anak yg mnyusu lebih lama biasanya lebih dengar cakap~

1 comment:

m i a said...

huwaa..nice sharing dear..