dWeT beLi uBaT

Sunday, October 10, 2010

maLaiKaT mAuT mELiHaT kiTa 70x sEhaRi...

korang tgh watpe tu?
aqu tgh berfikir pe yg aqu nak tulis utk korang...bila aqu ada banyak sangat benda yg nak dikongsi,kadang2 satu ape pn aqu xleh nak tulis..coz aqu rs nnt aqu berserabut n entry aqu akn bercampu campur...

hari ni 10.10.10
sheikh muzaffar da selamat bernikah dengan dr.halina...korang pe cer...?
maksud aqu yg xkawin cam aqu la...mesti keje korang g attend majlis perkahwinan orang je kan?
maklumlah..ramai yg nak kawin time tarikh 10.10.10 nih....
okeh..aqu xnak citer sal kawin..aqu nak citer fasal malaikat maut...

SEDIH…kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.


3 comments:

m i a said...

huhu...thanks dear..utk entry ni..sgt nice..

tika said...

@mia
mengingatkan org lain utk mengingatkan sy jg...

Miss AnisSensuous said...

Sangat menakutkan..