dWeT beLi uBaT

Thursday, October 7, 2010

hArGa rOkOk da nAiK...!

ha,harga rokok da naik..!
hahaha...
kalau tindakan ini berkesan untuk mngurangkan jumlah perokok tegar,maka ini juga akan mengurangkan jumlah pesakit dengan penyakit pernafasan seperti COPD,kanser paru2,serta lain2 penyakit lagi...(harap2nya begitu..)

harapan aqu tu xde la bermaksud untuk mengurangkan kerja aqu sebagai seorang jururawat..tapi bila jumlah perokok menurun,jumlah pesakit juga akan turut dipengaruhi..dan ini menunjukkan bahawa tahap kesihatan semakin baik...
betul x?

sangat bagus kalau si perokok berfikir begitu...kan?
okey la..aqu dengan baik hatinya nak berkongsi info dengan korang iaitu perokok tegar terutamanya tentang cara2 untuk berhenti merokok...


No. 1: Mengetahui kenapa anda hendak berhenti merokok
~ini penting coz ini adalah aim korang yang akan drive korang supaya korang akan wat apa yang korang aimkan tu...
~fikirlah demi kebaikan korang n orang2 tersayang...korang ingat iklan pandu cermat je ke kna igt org tersayang??

No. 2: Jangan pilih cara ‘Cold Turkey’
~Memang macam senang jer nak buang rokok dan beritahu yang korang berhenti merokok. tapi cara sebegini (cold turkey) bukan sesuatu yang mudah. Sesiapa yang mencuba untuk berhenti merokok tanpa terapi atau medikasi,95% akan relaspe atau kembali menjadi perokok.
~effect nya..merokok adalah satu ketagihan. Otak sudah terbiasa bergantung dengan kehadiran nikotin. Bila tiada nikotin, akan ada simptom ‘nicotine withdarawal’ .

No. 3: Cuba Terapi Penggantian Nikotin
~Bila korang berhenti merokok,’nicotine withdrawal’ atau ketiadaan nikotin menyebabkan korang rasa bengang,tertekan,tak senang duduk @ cepat marah. Keinginan untuk merokok mungkin agak keterlaluan..
~terapi penggantian nikotin boleh bantu korang mengurangkan keinginan tue.Kajian menyarankan supaya memilih gula getah nikotin,lozenges dan pelekat dalam membantu peluang untuk berhenti merokok dengan jayanya apabila menggunakan program seperti ini.

4: Bertanya mengenai preskripsi ubat
~kalau korang nak tau tentang ubat yang boleh membantu untuk kurangkan nikotin tu..tnya2lah ngn doktor tentang preskripsi ubat tersebut...
~terdapat ubat yang boleh mengurangkan keinginan dengan mengubah bahagian pada otak yang telah terjejas dengan nikotin.
~Perubahan ini juga menyebabkan seseorang tidak ingin untuk merokok. Ubatan lain juga boleh membantu masalah seperti tertekan dan sukar untuk menumpukan perhatian.

No. 5:Jangan lakukannya seorang
~kalau wat sorang2 mmg xjadi...korang kena harapkan bantuan org lain gk..kalau bkn utk sama2 berhenti sekalipun,bgtau kwn2 perokok korang yang korang bertekad utk berhenti dan mntak spya dorang faham situasi korang...
~selain tu..gabungan terapi perlakuan dengan terapi penggantian nikotin atau ubat-ubatan akan meningkatkan keazaman korang untuk berhenti merokok.


No. 6: menangani tekanan
~sesetengah org pilih utk merokok adlh disebabkan oleh utk merasa lebih relaks...ni kerana nikotin berfungsi utk memberi rasa tersebut..
~so,nasihat aqu kat korang,pilih cara relaks yg lain utk m'gntikan terapi rokok tu..cthnya...korang leh pilih utk g bersenam..tai chi..

No. 7: Jauhi alkohol dan penyebab lain
~Alkohol adalah penyebab yang utama yg blh mnyebabkan korang rs nk merokok,so,cuba kurangkan minum alkohol ms korang mula2 nak berhenti.
~selain tu korang kena pastikan sebab lain @ habit lain yg leh merangsang korang merokok...
Jika kopi adalah penyebab, tukar kepada teh untuk minggu seterusnya. Dan jika biasanya korang merokok selepas makan, cuba sesuatu yang lain seperti gosok gigi atau makan gula-gula getah.
~dalam erti kata lain adlh,putuskan rantaian yg mnyebabkan korang merokok...!

No. 8: Bersihkan rumah anda
~Apabila korang telah habiskan rokok terakhir korang, buang semua bekas abu rokok dan pemetik api. Basuh baju-naju yang berbau rokok dan bersihkan karpet,sofa dan lain-lain. Gunakan penyegar udara untuk menghilangkan bau rumah tu dengan bau yang lebih segar.

No. 9: Cuba dan cuba lagi
~biasa sgt la klu relapse atau kembali kepada tabiat asal iaitu merokok. Ramai perokok cuba beberapa kali sebelum betul-betul berhenti merokok.
~ketahui sebab2 knp korang ade perasaan utk kembali merokok...guna sebagai peluang untuk mengukuhkan sebab untuk berhenti merokok. Bila telah buat keputusan untuk mencuba semula, tandakan “tarikh berhenti” diantara bulan hadapan.

No. 10: Banyakkan bersenam
~Aktiviti fizikal boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.
~bila korang rs nak merokok,cepat2 capai kasut roda atau kasut sukan.
~senaman ringkas juga boleh membantu seperti bersiar-siar dengan binatang peliharaan ataupun mencabut rumput di halaman rumah. Pembakaran kalori berlebihan akan mengurangkan risiko penambahan berat badan apabila berhenti merokok.


No. 11: Makan buahan dan sayuran
~jgn korang pandai2 nak diet masa korang dalam proses berhenti merokok sbb nnt korang akn bertambah tertekan...
~tapi amalkan untuk makan buahan,sayuran dan produk rendah lemak. Kajian daripada University Duke mengatakan bahawa makanan ini akan menyebabkan rokok mempunyai rasa yang amat teruk.Ini juga membantu korang melawan keiniginan merokok.

No. 12: Pilih hadiah anda

~duit hasil yg korang xmerokok tu korang beli la hadiah utk diri sendiri..heheh...
~xpun,korang wat saving je...mn2 yg xkawin tu cepatlah skit kawinnye...btl x?


No. 13: Lakukan untuk kesihatan anda
~faedah kesihatan serta-merta akn dtg ble korang berhenti merokok...
~ia akan menurunkan tekanan darah dan nadi korang selepas 20 minutes. Dalam sehari, paras oksigen dan karbon monoksida dalam darah akan kembali normal dan risiko mendapat serangan penyakit jantung berkurangan. Faedah jangka masa panjang termasuklah mengurangkan risiko strok, kanser paru-paru dan lain-lain kanser..

~da pikir ke nak berhenti ke xnak?xyah pk la...berhenti je terus!ok...?~

No comments: