ape itu hepatitis c?
-ia sebenarnya adalah satu jangkitan kepada hepar a.k.a hati yang disebabkan oleh virus hepatitis c (HCV)...
-bila dengar je virus,of cos la ia adalah yang paling merbahaya berbanding ngan bakteria.ini kerana virus sukar untuk dihapuskan secara total @ dalam erti kata lain secara keseluruhannya....
ape sign symptom pengidap hepatitis c?
-ada antaranya akan mengadu letih,hilang selera makan,sakit otot,demam yang berlarutan....
-penghidap hepatitis c juga akan mula menunjukkan gejala jaundis @ kekuningan pada badan serta bahagian mata
--> ini adalah disebabkan oleh fungsi hepar semakin merosot...
-lama-kelamaan hepar akan mengalami inflamasi dan akan menyebabkan kegagalan hepar...jadi,hepar xkan dapat menjalankan fungsinya secara total...
tapi...macamana plak hepatitis c ni boleh dijangkiti?
-virus hepatitis c boleh tersebar melalui perkongsian jarum
-transfusi darah (apabila penderma darah adalah seorang penghidap hepatitis c dan darahnya diterima oleh penerima yang normal)
-melalui kelahiran...iaitu apabila ibu menghidap hepatitis c dan anaknya akan turut dijangkiti hepatitis c
-ia juga boleh disebarkan melalui hubungan seks..
bila kita dah tahu bagaimana ia merebak,maka kita juga harus tahu bagaimana untuk mengelakkannya...
bagaimana untuk mencegah penyebaran virus hepatitis c?
-elakkan daripada berkongsi jarum dan berhati-hati dengan penggunaan jarum suntikan
-jangan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi,pisau cukur dan sebagainya...
-bagi pihak tertentu : mereka perlulah melakukan penyaringan terhadap bekalan darah yang diterima dalam usaha untuk mengurangkan risiko penyebaran virus hepatitis c.
(ni bese bagi orang yang keje kat blood bank la...)
walau macamana sekalipun...harus diingat,jangan dipinggirkan penghidap hepatitis c ini kerana korang masih lagi boleh bersalaman dan berpelukan dengan mereka :)
okeh,itu sahaja perkongsian tentang virus hepatitis c...
~untuk along : banyakkan bersabar~
jaga kesihatan yea...?
2 comments:
semoga sepupu tu tabah dan sabar hadapi dugaan Allah...
shafa...thanks...:)
dia terlalu tabah walaupun baru 11 tahun...
Post a Comment