dWeT beLi uBaT

Tuesday, August 10, 2010

nawaitu....

nawaitu....= niat....
hurmm.....
da berniat ke masing-masing untuk ramadhan yang akan bermula esok dan terawih yang da bermula malam ni??
pada yang da mula berpuasa hari ni,mulakan niat dengan seikhlas hati dan istiqamah moga2 niat pada hari yang terakhir puasa sama ikhlasnya dengan niat pada permulaan puasa...
pada yang xde rezeki nak puasa esok,jangan pula melupakan niat puasa,sebaliknya tambah la pada niat2 yang lain....
sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat....amalan-amalan yang mungkin dapat membantu menguatkan niat,menambahkan pahala,dan meningkatkan iman kita....

  • bangun sepertiga malam dan berdoa
  • bersuci,berwuduk dan berdoa
  • solat sunat Taubat,Tahajud dan Hajat
  • membaca al-Quran
  • bersahur dan niat puasa awal bulan
  • menjawab azan Subuh
  • berdoa selepas azan
  • solat sunat sebelum Subuh
  • solat Subuh berjemaah
  • membaca al-Quran
  • pergi bekerja sambil berzikir dan beristighfar
  • bekerja,belajar,berniaga dan sebagainya dengan niat kerana Allah
  • solat sunat Dhuha
  • menjawab azan Zuhur
  • berdoa selepas azan
  • solat sunat sebelum Zuhur
  • solat Zuhur berjemaah
  • solat sunat sebelum Zuhur
  • membaca al-Quran
  • meneruskan kerja sambil berzikir dan beristighfar
  • menjawab azan Asar
  • berdoa selepas azan
  • solat Asar berjemaah
  • membuat persiapan berbuka puasa
  • memberikan sedekah dan derma
  • segera berbuka dengan kurma dan air
  • solat maghrib berjemaah
  • solat sunat selepas Maghrib
  • membuat persiapan ke masjid @ surau
  • solat sunat Tahiyatul Masjid
  • menjawab azan Isyak
  • berdoa selepas azan
  • solat sunat sebelum Isyak
  • solat Isyak berjemaah
  • mendengar kuliah @ tazkirah agama
  • membaca buku ilmiah
semoga dengan sedikit perkongsian,kita dapat menambah pahala dan mendapat redha Allah s.w.t

No comments: