dWeT beLi uBaT

Wednesday, July 27, 2011

hAntArAn...dAn PeRKahWiNaN....

assalamualaikum...
hari ni mood menulis entry adalah tentang kawin...walaupun aqu masih single,xbermakna aqu diharamkan untuk menulis tentang tajuk ini...lagipun,ia adalah sebahagian dari hidup kita kan?
mungkin bukan sekarang,tapi suatu hari nanti kita akan melaluinya juga...

hantaran?
apakah yang korang faham tentang hantaran...?
nilai hantaran?
atau apakah pilihan korang dalam menyediakan hantaran kepada pasangan....?

kisah perkahwinan kadangkala menjadi satu ketakutan buat kaum Adam bila mana merasakan jodoh sudah tiba,tapi berdepan dengan pelbagai kekangan...

sebelum melangkah ke alam perkahwinan...pernah x korang bertanya kepada diri ; kenapa aku berkahwin? dan apakah jawapan yang kalian dapat?
kita pada hari ini adalah golongan manusia yang suka meniru...meniru perkara-perkara yang lagha...perkara-perkara yang membazir dan mengetepikan hal-hal yang lebih penting dari itu...

apakah hantaran yang terbaik untuk pasangan?kalau ditanya pada mereka yang up to date,mesti lah jawapannya Ipad2,DSLR,Blackberry dan segala kegilaan gajet remaja hari ini...berlumba-lumba untuk memiliki apa yang orang lain miliki,lalu,segala ikutan ini akan menjadi ikutan kepada anak yang bakal lahir kelak...adakah ini institusi keluarga yang akan kita bina.....??

faham ke korang tentang pemberian setiap hantaran?contohnya al-Quran sebagai hantaran adakah setiap pasangan menghargai pemberian al-Quran tersebut?sejauh mana kalian menggunakan al-Quran dalam membina rumahtangga kalian?
persoalan paling penting adalah adakah kalian membina institusi keluarga berdasarkan landasan yang diberi dan ditunjukkan di dalam al-Quran?

bak kata Ustaz Azhar Idrus,meminta biar berpada-pada,biar padan dengan apa yang diminta...
begitu juga dengan hantaran,fahami tujuan memberi hantaran...
kalau tidak mampu,sediakan saja sekadar yang perlu,dan kadang-kadang tidak perlu pun barang yang berjenama menghiasi bekas hantaran...hulurkan hadiah perkahwinan seikhlas hati....

menyorot catatan Mak Uda dalam majalah Anis keluaran Ogos 2011,katanya ; kahwin bukan sekadar baju pengantin dan pelamin glamor!
malah,tanpa baju pengantin dan pelamin atau nilai hantaran yang berganda sekalipun,kita masih boleh melaksanakan perkahwinan dengan sesempurna mungkin....!

pastikan setiap perkahwinan itu nawaitunya adalah untuk mencari redha Allah....dan semoga itu menjadi titik tolak ke arah pembangunan baitul muslim....semoga perkahwinan yang dibina lebih berkat dan dipayungi rahmat Allah....

wallahua'lam...

~aqu hanya insan kerdil...~

No comments: