dWeT beLi uBaT

Saturday, July 30, 2011

aYuH! pOsiTiFkaN diRi....!

baca tajuk pun semangat da berkobar-kobar,belum lagi wat action....huhu

Pagi tadi,on the way balik keje,aqu on Ikim fm,so,dengarlah tazkirah dari Prof Muhaya.Sape Prof Muhaya?Cari la sendiri,malas nak citer...Sepanjang perjalanan pulang tu aqu dengar je cara dia menerangkan,menasihati dan memberi pandangan.Sekarang aqu nak kongsikan dengan korang pulak...

Ada pendengar bertanya tentang bagaimana nak kekalkan keikhlasan dalam rumahtangga....
Maklum je la,lelaki memang susah nak menghargai wanita,lagi-lagi yang bergelar surirumah ni...dipandangnya sebelah mata je.
Jawab Prof Muhaya,ikhlas ni bukan lah sesuatu yang kita boleh tunjuk atau cakap (kalau da wat camtu,x ikhlas la namanya..)ikhlas ni ibaratnya apabila kita wat sesuatu,kita menyembunyikannya tanpa sesiapa pun tahu.Macamana kita menyembunyikan perbuatan jahat kita,macam tu jugaklah kita menyembunyikan ikhlas tu.

Mengikhlaskan diri dalam rumahtangga,terutamanya dengan suami,ibaratkanlah kita melakukan semua urusan tu seolah-olah suami tu da nak pergi a.k.a meninggal....
Memang le xmudah,sebab?
Sebabnya esok bangun pagi,"eh,ade lagi laki aqu ni...?"huhu...
Tapi,kalau tiba-tiba dia pergi,meraung la jawabnya...
Kata Prof Muhaya,bila kita mengibaratkannya begitu,maka lakukanlah tugas-tugas rumahtangga dengan sebaik mungkin,hiruplah kasih sayang yang ada antara suami isteri dan masa tu,x ada sebab untuk meminta ganjaran atas apa yang kita beri.

Alang-alang da menyentuh soal ganjaran atau mungkin balasan,kebanyakan orang mengharapkan mereka dihargai,xkisah lah dalam bentuk pujian atau diberi barang berharga ( jangan kate korang,aqu pun sama gak...)
Tapi,kata Prof Muhaya,dan suka untuk aqu sebutkan kata-katanya..Ibaratkan kita ni gelas yang berisi penuh,xperlu lagi ditambah isinya,dan jangan sesekali dibuang isinya.Gelas yang penuh tu ibarat maruah diri kita,maka bila da terisi penuh,apalagi yang diharapkan pada penghargaan?

Orang yang meminta dihargai adalah orang yang kurang maruah diri.Perghh,sentap plak kat situ,sape yang nak merendahkan harga diri mereka untuk sebuah penghargaan yang belum tentu kekal sampai bila-bila?hah!jawab le sendiri...

Prof Muhaya sendiri kerap menyebut,jangan fokus pada perkara yang sukar atau menyusahkan,tapi fokus untuk bersyukur dan menambah amal ibadah.Orang yang positif selalu berfikir tentang penyelesaian dan orang yang negatif selalu mencari alasan.Betul kan?

Hurm..
Merenung balik ke dalam diri,kadang-kadang aqu terfikir,adakala bila kita susah,Allah hanya mahu sedarkan kita bahawa kita ni masih insan yang lemah dan mahu kita kembali kepada fitrah asal,kerana itu Dia menurunkan ujian kepada hambaNya.

Kalau ada orang yang dulunya senang,kemudian ditimpa kesusahan,adakah dia mengingati Allah saat kesusahannya?Dan apabila dia senang,adakah dia akan terus mengingati Allah?
Adakah kita terfikir,apakah yang memberi keberkatan dalam hidup selain dari amalan yang ikhlas kerana Allah,akhlak yang baik dan sentiasa bersyukur?

Rezeki tidak akan datang bergolek,sebaliknya kita harus bangun dan mencarinya.
Rezeki tidak akan selalunya kekal,sebaliknya kita harus bersedia dengan segalanya.
Dan harus juga diingat,kita xkan selalu berada di atas,kadang-kadang kita harus berada di bawah supaya kita dapat menginsafi diri.

Jom!
Positifkan diri...
cas tenaga positif dengan keikhlasan,solat dan akhlak yang terpuji.

wallahua'lam....
~mahu jadi wanita yang tinggi maruahnya~
                                                                 

No comments: