dWeT beLi uBaT

Monday, November 1, 2010

kEnaPa bErkAhWin?

 kenapa korang kawin?korang tau ke kenapa korang kawin?ni aqu kongsi ngan korang supaya kita: iaitu aqu n korang akan lebih faham kenapa kita berkahwin....





Adalah penting bagi lelaki yang menjadi ketua keluarga memahaminya. Ini bagi memastikan perkahwinan diterima disisi Allah swt.


Nabi saw bersabda:

"1. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya ,

Allah hanya menambah kehinaan padanya.

2. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya,

Allah hanya menambah kepapaan kepadanya.

3. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya,

Allah hanya menambah kerendahan padanya.

4. Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihara farajnya atau untuk menyambung silaturrahim,

Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut."

Hadis riwayat at-Thabrani



MUNGKIN MUSUH ANDA YANG PALING DEKAT


Firman Allah SWT

Hai orang-orang mu'min, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah al-Munafiqun 14



JANGAN JADI DAYUS

lelaki yang baik adalah lelaki yang tidak mengikut semua kemahuan isteri sehingga membuat perkara yang dilarang. Begitu juga sanggup mempertahankan rumah tangga walaupun pasangan tersebut menyebabkan runtuhnya iman dan akhlaknya.


Nabi saw bersabda:

" 3 golongan yang tidak masuk syurga 1. Penderhaka ibu bapa 2. lelaki yang dayus 3. wanita yang menyerupai lelaki."

JADILAH LELAKI YANG LEBIH BAIK DARI WANITA

Lelaki perlu lebih bersedia untuk memimpin perkahwinan lebih dari wanita. Beliau perlu melayan sebaiknya kepada isteri seperti Rasulullah saw melayan para isterinya.

Nabi saw bersabda:

" Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik adalah orang paling baik kepada isterinya, akulah orang yang paling baik kepada isterinya."

Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim


~ini adalah peringatan sebelum,semasa dan selepas kawin...~

1 comment:

~ L.Y.A.N.A~ said...

salam.. bagus entry ni.. :)