dWeT beLi uBaT

Monday, September 6, 2010

raMadHan tErakHiR dAn Imam BaRu...

Ramadhan da hampir ke penghujung....dalam 10 malam yg terakhir ini,aqu hanya sempat melakukan 2x qiam sahaja...bila masuk malam ke3..kesihatan xmengizinkan...demam,selsema,batuk n sakit kepala...malam ke4,aqu da mle dpt 'cuti'....bertemukah aqu dgn malam lailatulqadar itu...?

sebenarnya aqu berkobar-kobar mahu ke masjid akhir2 ini,lg2 bila masjid kami didatangi imam yg baru...saat pertama kali mendengar beliau mengimami solat utk pertama kalinya,hati ni bagai terusik..seluruh seisi rumah bagai tergamam...terawih pertama yg diimami beliau penuh dgn airmata...dan bermula la kisah seorang imam yg baru...

kagum kami mendengar suara yg merdu itu mengalunkan bacaan ayt al-Quran,sebak hati para makmum saat mendengar tasbih dr bibirnya,terusik hati setiap dr kami bila mendengar bait2 zikir...dan dari sehari ke sehari jemaah semakin ramai hadir ke masjid dek kerana terusik hati dengan alunannya...seperti jg aqu....

kata nenek:
 'barisan saf sudah semakin bertambah...qiam bagaikan solat terawih...dan setiap dr makmum sentiasa terusik dgn kata2nya...setiap dr solat yg diimaminya pasti ada rs insaf terbit dr hati...dia bagaikan kurniaan di 10 malam terakhir Ramadhan....betapa ruginya org2 yg xdpt dtg...'


dan aqu sudah tentu terasa hati kerana tidak dapat menjadi salah seorg makmum ketika beliau mengimami qiam qu...

namun dalam 2 mggu kedatangan beliau,rupa2nya ada yg tidak menyenanginya...dan suatu hari atuk bercerita..
 'imam baru kita tu da dpt panggilan dr majlis agama...'
 'panggilan tentang apa?'soal nenek..
 'ada yg tidak menyenangi beliau rupa2nya.org tersebut menghantar komen mengatakan beliau memberi khutbah dgn kuat,berzikir dgn panjang...'
  'sy xnmpak pn apa kesalahan imam kita tu..malah,kerana dia,jemaah semakin ramai...itu yg sepatutnya kita nilaikan.tambah pula kalau khutbahnya dibaca dgn perlahan,siapa yg nak mendengar?kalau zikirnya pendek,mana rasa insaf kita?'

aqu diam..
atuk memandang nenek..
nenek menggeleng tidak setuju..kesal...

 'tapi kata imam kita tu..dia tidak mahu tahu siapa yg memberi komen sebegitu,tp dia menerima seandainya org yg memberi komen itu lbh bijak dlm memberi khutbah,maka dia persilakan..dan jika org itu mampu mnyentuh hati dgn zikir yg pendek,dia turut mengalu-alukan org tersebut utk sama2 bekerja kerana Allah...dan dia jg memberitahu..Allah mengirimkan dia utk menjadi imam dan mnyampaikan kebaikan kpda masyarakat,maka dia akn ttp melakukan kerjanya tnpa terjejas sdikit pn dgn komen2 sebegitu...'

 'Alhamdulillah...'ucap aqu dan nenek.serentak.

aqu hairan..dalam kita mengejar fadhilat 10 malam terakhir...mencari malam lailatulqadar..masih ada lg insan yg punya sifat iri hati...aqu sendiri bagai merindu alunan zikir imam tersebut...menunggu cuti qu selesai..tp entah masih ada kesempatankah utk aqu menginsafi diri dgrn rintihan zikirnya...dgn alunan doanya...

~hanya padaMu aqu memohon..~

::..mood:airmata..::

No comments: