korang g sambut new year ke?
pe lagi aktiviti korang masa sambut new year?
aqu ade satu pengalaman time dok study dulu...masa aqu second year,aqu sibuk ikut membe usrah join aktiviti amar makruf nahi mungkar...masa aqu join tu,time wat sambutan merdeka kat KLCC...huhu,ramai gile orang dok tunggu nak tengok bunga api walaupun time tu baru pukul 7 malam!
kitorang plak dok berkumpul kat masjid KLCC tu,daripada time maghrib sampai ke pukul 12,aktivitinya adalah forum,ceramah,n nasyid.tepat pukul 12,kami berzikir ramai2...kemudian baru la kitorang g wat aktiviti malam...
hurm...
sedih bila tengok orang yang datang semata-mata untuk tengok bunga api...lebih2 lagi budak2 remaja...ramai yang kami dekati adalah di kalangan usia 18-25 tahun,usia yang baru nak mencari erti hidup serta arah tuju...
dan lebih ramai antara mereka adalah yang memiliki ibu bapa yang sentiasa sibuk...
'akak,mak ayah saya pun balik lambat,macamana dorang nak marah saya kalau saya balik lambat?'
'duduk kat rumah pun bukannya ada orang,lebih baik keluar n lepak dengan kawan2'
'mak ayah saya pun x ambil berat fasal saya,dengan sape lagi saya nak berkongsi kalau bukan dengan kawan2?'
itu mungkin bait2 yang kecewa..datang dari hati seorang anak,tapi sayang...xdiketahui oleh ibu bapa....
dan dalam diam,aqu bersyukur...ibu bapaku tidak begitu...
tapi...
selamatkah tahun baru kali ini daripada gejala bebas?
selamatkah tahun baru kali ini daripada aktiviti maksiat?
pagi tadi,waktu aqu balik keje,lalu kat kaki lima kedai..botl2 carlsberg yang xpernah aqu nampak selama ni,tiba2 bergelimpangan kat kaki lima tu...ape yang korang fikir?
hari ini 01/01/2011...
mari kita tunggu tempoh 8 @ 9 bulan dari sekarang...
adakah statistik kes buang bayi semakin meningkat?@ semakin menurun?
adakah bilangan pelajar di sekolah harapan tu semakin bertambah?
dan apakah tindakan kita selaku masyarakat prihatin?
kita di zaman kini,mungkin lebih mengingati tahun baru berbanding awal Muharam...
lebih mengingati nama2 artis berbanding nama2 nabi...
lebih menghafal lagu2 berbanding ayat2 suci @ zikir ringkas...
lebih menghayati drama2 tv daripada kisah2 sejarah nabi...
tapi,tahukah kita,disaat kita leka mengingati dunia...Rasulullah terlalu mengingati kita ketika nyawanya berada dihujung...
'ummati...ummati...ummati....'
~secebis peringatan untuk diri sendiri juga...~
No comments:
Post a Comment