Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
maksudnya kat sini,kalau korang solat,tapi korang tetap wat jahat @ wat perkara2 keji n mungkar..maka sebenarnya solat yang korang wat tu hanya akan menambahkan kemarahan Allah,dan menyebabkan kita jauh dari Allah...
apa plak kesan bila kita jauh dari Allah?
bila da jauh dari Allah,maka hilanglah keberkatan dalam hidup...ustaz yang bagi ceramah kat aqu time kursus kawin dulu pernah cakap,kalau kita wat perkara maksiat,maka amalan kita selama 40 hari tak akan diterima Allah...so,fikir2kan sebelum terasa nak wat maksiat tu...
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
apa yang aqu kongsikan ni adalah peringatan bersama...dan sampaikanlah walau satu ayat...sesungguhnya kita ni hamba yang lalai,maka amatlah diharuskan untuk kita memberi peringatan sesama kita....
~muhasabah diri...~
2 comments:
good info. sama-samalah kita perbaiki diri..thanks! follow ur blog dear
@.cik yaya.
yup...sm2 kita perbaiki diri...
Post a Comment