dWeT beLi uBaT

Sunday, October 3, 2010

spLiT bAnaNa...?

huhu...aqu sebok dok nak tau ape kebendenye la split banana tu...dok tanya2 membe,xde pun yang tau.agaknya dorang pun cam aqu,xpernah makan split banana tu...sampai lah satu ketika,Allah menemukan aqu dengan seseorang yang pernah makan makanan itu.hahaha...

~sedap ker?~

dan rupa2nya bukan split banana..tapi banana split...!hahaha,adeii..sengal betul.

okeh,dan cerita terbaru..semalam aqu melepakkan diri kat depan tv,men game kat laptop sambil dengar berita.
aqu jumpa lagi satu split...nak tau pe?itu lah namanya split personality...ini bukan makanan okey!ini adalah salah satu penyakit mental..



apa itu split personality?
~split personality adalah keadaan di mana seseorang individu itu memiliki dua personaliti @ mgkin lebih..

ape plak dua personaliti @ lebih tu?
~meh aqu bagitau ape itu..
**keadaannya adalah begini : dalam satu2 masa,seseorang itu dilihat berpewatakan menarik,baik,rajin dan bertanggungjawab.tapi,dalam masa yang lain dia boleh berubah menjadi seorang yang sombong,pemarah dan kejam.
**faham?

kebanyakan dari kita hanya mempunyai satu personaliti sahaja,dan individu yang memiliki split personality ini lazimnya sukar untuk diramal.dan untuk pengetahuan juga,dalam berita semalam dilaporkan lebih 2juta rakyat Malaysia mengalami split personality.

ntah2 salah sorang drpd dorang ade je dekat2 ngn korang kot?huhu

okeh..
aqu tau dalam otak korang tu da bermain-main da gambaran wajah seseorang..hahaha...betul x?
sape lg kalau bukan dalang kepada pembunuhan Sosilawati.


sekarang kita amik tau apa plak simptom @ tanda2 mereka yg mempunyai split personality ini..
~kebiasaannya mereka mengalami kemurungan (depression)
~mood yg berubah2..(sekejap ok,sekejap x ok)
~mengalami gangguan dalam tabiat tido (insomnia,sleepwalking...)

**sumber dari mental health
time aqu study dulu,lecturer aqu de bagi soalan personaliti dan setiap jawapan itu menentukan personaliti masing2.hasilnya,lebih kurang 97% student mempunyai satu personaliti dan aqu termasuk dalam 2% lagi.
hahaha...

tapi,kecelaruan identiti ini adalah merbahaya apabila penghidapnya tidak mampu untuk menangani personalitinya dengan baik dan aqu adalah penghidap yang berjaya menanganinya dengan baik...heheh..

bagaimanapun,cuba kenali personaliti anda dengan baik,jalani hidup dengan cool dan tangani stress dengan bijak.

~anda adalah apa yang anda mahukan~


uNtuKmU waNiTa....2 taBiat kE nEraKa...

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemudengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untukkaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.

Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.


Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
maka suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.


ha?
pe lagi?
renung2kan dan selamat beramal...heheh
wanita ni memang macam tu,mulutnya memang selalu terlepas...patut la umi aqu lempang aqu masa aqu kecik dulu...
nasihat ni bukan untuk korang je...untuk mengingatkan aqu juga...lepas baca ni,jangan lupa untuk sebarkan...
~sampaikan lah walau 1 ayat..~

~berfikir sebelum bercakap dan bercakap bila perlu....~

cUba TeSt OtaK aNdA...

Kalau tak pas nie, ada something wrong ngan otak korang.

Short Neurological Test

1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- If you already found the C, now find the 6 below.

99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
69999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999

3 – Now find the N below. It’s a little more difficult.

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you’re far from having a close relationship with Alzheimer.

Congratulations!

__________________________________________________ _____________________________
part 2
eonvrye that can raed this rsaie your hnad.

To my ’selected’ strange-minded friends:
If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with ‘yes’ in the subject line.

Only great minds can read this
This is weird, but interesting!

If you can raed this, you have a sgtrane mnid too

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it

Saturday, October 2, 2010

pEngaJaRan kEs Sosilawati...

ade satu hari,ketika aqu tgh rajin2 dok belek paper dan masa tu kes pembunuhan Sosilawati masih lagi hangat dan panas,aqu terbaca satu artikel tentang undang2 Islam...

pada fikiran aqu,sepatutnya kita da laksanakan undang2 tu bertahun2 yg lepas dan sekarang aqu nak tanya korang plak,pe pendapat korang?

aqu membelek-belek Harakah dan terjumpa artikel tentang qisas.korang tau ke ape itu qisas?
meh aqu bgtau ape itu qisas..
~qisas sama macam hukum hudud..qisas dijelaskan sebagai kesalahan yg dikenakan hukuman balas

tau ke macamana hukuman balas tu?
~maksudnya macam ni :
*kalau seseorang tu bunuh orang,maka hukumannya pun bunuh jg..(nyawa dibalas nyawa)
*lain2 cth adalah kalau aqu lukakan tgn kiri korang,maka,korang pun akn lukakan tgn kiri aqu jg...faham?

okey,sekarang kite tgk kesalahan2 yg wajib dikenakan hukuman qisas
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178) 

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

 bagaimanapun,kalau keluarga si mangsa memaafkan kesalahan di atas,terutamanya kesalahan bunuh.maka,wajib ke atas pembunuh untuk membayar denda @ gantirugi kepada keluarga mangsa dan ini dipanggil hukuman diyat.


ape lagi kesalahan yang boleh dikenakan hukuman diyat?
a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178) 

okeh,korang faham x?
n pe pendapat korang tentang hukuman macam ni?
xde yang lebih baik dan indah melainkan Islam,dan dengan hukuman mcm ni,org akan pk byk kali utk wat semua jenayah tu..betul x?

 sekurang-kurangnya langkah ni adalah untuk menegakkan keadilan kepada si mati.
kalau korang nak tau hukuman lain,korang leh tengok sini


~merenung kebesaran Allah...Allahuakbar~


sAy nO tO....??

korang da baca entry aqu fasal sebarkan ni x?dalam tu aqu citer tentang klik yang mnyebarkan dosa...kali ni aqu nak citer fasal klik juga...tapi klik yang mendatangkan kesalahan,cuma xde la sampai dapat dosa....



ini tentang klik2 mr nuffnang...
korang ingat pe yang korang klik tu bermakna ke?atau pe yang korang mintak (mntak untuk diklik) tu berbaloi baloi macam iklan encik biru?

aqu nak kongsi ngn korang satu entry dari follower aqu... cik mia
kalau korang nak tau,korang leh baca entry ini k?
cuba amik iktibar untuk x mengklik sesuka hati pada mr nuffnang...yakin dan percaya lah dengan rezeki dari Allah...

bak kate pepatah,kalau ada rezeki..memang xkemana...sama macam aqu la..awal2 letak nuffnang ads tu,aqu men klik je nuffnang kat blog orang..tp aqu xmerayu la suh klik nuffnang aqu balik coz aqu bukan jenis camtu...aqu lebih percaya pada apa yang aqu wat dan aqu tahu kalau Allah mahu memberi rezeki,Dia akan bagi pada bila2 masa je,kalau Dia nak amik balik rezeki tu,Dia akan tarik bila2 masa juga k...

okeh,selamat membaca entry dari cik mia...
n utk cik mia,thanks for the info...=)

~what u give,u'll get it back~

laGi cEriTa tEnTaNg baYi....

manusia ni kalau xbersikap kejam,memang xsah...ingat lagi kes adik humaira yang dipijak tu?
hurm...
ini lak cerita kat luar negara...
bila si ibu sebok nak berparti dan dia xnak anak dia kacau dia,korang tau pe dia wat?
dia g lekatkan anak dia kat dinding!
bodoh punya mak!

si mak tu boleh g snap2 gambar anak dia kena lekat lg tu...aqu pun xtau nak cakap pe...kalau aqu cakap pn,bukannya dia dengar,better aqu diam n harap2 kat Malaysia ni xde da kes2 menyeksa bayi atau pun kanak2...

korang review la cerita bayi dilekat kat dinding ni..n tengok camne si mak tu lekatkan anak dia...
kalau bende camni ada kat Malaysia,aqu rasa bukan setakat kursus kawin je korang kena g...tapi kursus keibubapaan gak....

tapi heran gak ea,orang dulu2 xg kursus kawin pun leh kekal sampai hujung nyawa perkahwinan tu,xde plak kes cerai berai yang mencanak-canak...
orang sekarang sebok g kursus kawin,tapi...?hurm,bak kata Nabil..lu pikir la sendiri...

~nak fikir : kat wad mana la aqu akan bertugas nanti??~

kiSaH baYi tErcEkik Susu laGi....

aritu tercekik susu masa dalam jagaan kat nuseri,ni plak tercekik susu masa dalam jagaan bapa.Aritu pambantu nurseri sibuk memasak,arini si ayah tertidur...

belek2 kat metro dan korang bacalah bayi tercekik susu dan fikir2lah tidur penting atau anak yang penting.

ni aqu nak kongsi serba sedikit dengan korang perihal bayi..
kenapa bayi mudah tercekik susu?
kalau orang dewasa yang da matang organ2nya pun leh tercekik,ni plak budak2 yang organ2nya xberfungsi sepenuhnya lagi.betul n logik tak?

cara menyusu dengan betul...
~bila nak menyusukan bayi,pastikan kedudukan kepala bayi adalah lebih tinggi dari badannya.
~ini untuk pastikan aliran susu tu masuk dengan mudah


selepas bayi menyusu,korang kena sendawakan dia...
~macamana nak tau dia da sendawa?korang akan dengar bunyi 'burp'...ala,yang macam korang sendawa tu la,tp bayi pnye sendawa ni sopan skit,hahaha....
~macamana plak nak sendawakan dia?
okeh,pertama,lepas siap bagi susu kat dia...tepuk2 kat belakang dia...jangan tepuk kuat2 plak,kang terus xde aqu xtanggungjawab k...huhu
yg kedua,tegakkan bayi dan usap belakang dia...bila da bunyi 'burp' tu tandanya dia da sendawa la...

kenapa kena sendawakan bayi?
~simple!untuk elak bayi tercekik la...

amaran!
bayi ni masih x excellent lagi dalam bab pemakanan,so,jangan sesekali menyusu dengan sambil lewa...

lepas bayi ni da sendawa,baru korang leh baringkan dia dan pastikan dia baring dalam keadaan mengiring ke kiri...sebab gaster dikedudukan kiri..

dan untuk tambahan,aqu bagi cara mnyusu dengan betul..yang ni untuk brestfeeding,tapi konsepnya sama je kalau nak bg susu botol.


okeh,itu panduan untuk bagi susu dengan betul.

~jaga anak anda dengan baik dan susukan mereka dengan betul~


Rita Rudaini dan Aidil Zafuan...

banyaknya dugaan....!
sesungguhnya dugaan tu akan selalu ada dan bezanya dapat x kita melauinya dengan lapang dada?
korang tau apa beza sebelum kawin dan selepas kawin?

sebelum kawin
~cakaplah ape pun,nak berenang kat lautan api?lautan ais?semua sanggup nak wat konon2 untuk membuktikan itulah cinta sejati...

selepas kawin
~kalau suruh berenang dalam kolam renang pun die leh jawab 'buang tebiat ke ape?'

betul ke x?hahaha....tanya orang yang da kawin la..aqu xkawin lg...

ini kisah Rita dan Aidil...(kalau korang nak baca lebih lanjut,korang leh baca kat kisah Rita dan Aidil okeh?)
permulaan kisah dorang pun da xsedap didengar,apatah lagi nak dibaca...pada pendapat aqu,dengan usia Rita yang da matang macam tu,sepatutnya dia boleh berfikir dengan lebih bijak untuk menangani semua masalah ni.

tapi,bila da start dengan kawin lari camtu,da wat family si lelaki terasa hati,amatlah susah untuk diperbetulkannya.bukan xleh nak betulkan,tapi ambil masa yang agak lama dan pada aqu,Rita sepatutnya lebih bersabar lagi,ambil seberapa banyak peluang untuk buktikan yang dia adalah pilihan yang baik yang Aidil da wat.

lebih lagi bila da ada anak ni,sepatutnya hubungan tu boleh pulih dengan cepat.sebenarnya family aqu pun pernah kena macam ni dan aqu tau memang susah untuk terima hakikat tu.sebab apa?sebab sakit hati,terasa hati...lebih2 lagi bila mengenangkan hati ibu yang sedih xdapat tengok anak dia bernikah di depan mata.

kalau korang,pe yang korang rasa?

hebat ke cinta tu kalau apa yang korang wat dulu xdapat dipertahankan sampai hujung nyawa?hebat ke?
kalau korang rasa tindakan korang kawin lari adalah tindakan yang bijak,so,pertahankan lah hubungan tu.

untuk Rita,
untuk korang yang da kawin lari...
usaha lah supaya korang boleh berbaik dengan keluarga mertua..
yang penting adalah jangan sesekali bercerita apa yang dorang da wat kat korang,
tapi fikir apa yang korang da wat kat dorang...

Allah Maha Pengasih dan Penyayang,
insyaallah,kalau korang ikhlas n niat korang baik...Allah akan tolong...

~tanya diri sendiri,jangan tanya orang lain~

~jangan tengok pada jari yang menunjuk,tapi tengok pada jari yang menghala ke arah kita~

Friday, October 1, 2010

LaGi fAkTa yaNg kOraNg kEna tAhu...

Tahukah Anda!!!

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.

tApi aYah....

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga" dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah, saya sudah bersedia".
Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?".
Budak itu menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini". Ayahnya membalas "Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak".
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"
Ayahnya menjawab, "Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..".
Dengan nada sedih, budak itu bertanya, "Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?".
Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, "Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati" .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.

Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, "Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?".
Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, "Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya" ..
Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, "Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu" .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, " Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?".

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, "Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini." Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.

Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi "Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya". Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. "Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik". Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk " Jalan Ke Syurga" yang saya sedang pegang ini. Bila "malaikat kecil" itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.

Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka. Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana "malaikat kecil" itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..
Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda.

Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3; ".pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

~aqu telah sebarkannya pada kalian...dan aqu berharap kalian akan menyebarkannya juga..~