dWeT beLi uBaT

Saturday, August 13, 2011

Iqra'...baCaLah...baCa je...?

Hari ni aqu kije malam...Alhamdulillah,pagi tadi ada kelapangan pegi Karangkraf dan ambil sedikit ilmu.Tapi,kalau ambil dan xpraktis,mungkin xke mana jugak kan...?Aqu harap aqu akan istiqomah dengan apa yang aqu dapat,kena rajin-rajin baca buku,rajin-rajin wat homework.

Hurm...
Mengeluh?Huhu,xde la...

Hari ni aqu nak cerita dengan korang tentang al-Quran.
Sebelum aqu cerita,mari kita sama-sama refleks dengan beberapa soalan ;

-Bila kali terakhir kita baca Quran?
-Di mana al-Quran tu berada sekarang?
-Bila kali terakhir kita mendengar bacaan al-Quran?
-Adakah kita faham bila kita membaca al-Quran?
-Setakat mana kita mengamalkan al-Quran dalam menjadikannya panduan hidup?

Macamana?
Boleh jawab semua soalan?Soalan tu bukan untuk korang je...sebaliknya untuk aqu juga,sebab tu aqu guna perkataan ''kita''....

Sebenarnya,aqu baru je belajar bahasa al-Quran...bila mula kelas,terasa diri sangat kerdil....Bila ustaz tanya,aqu mula berfikir betapa banyaknya perkara yang telah aqu pinggirkan sedangkan itulah yang akan membantu aqu kelak.

Apabila bacaan di dalam solat itu salah,maka rosaklah seluruh solat itu....

Adakah selama ini kita yakin bahawa bacaan kita betul dan difahami setiap maknanya?
Adakah kita berusaha untuk mempelajari dan memperbetulkannya?
Ini adalah titik tolak aqu untuk memperbetulkannya...Kalian?
Sebenarnya bila kita mula belajar,kita akan menyedari betapa banyaknya perkara yang kita xtahu.Dan bila itu berlaku,maka ambillah inisiatif untuk belajar,belajar dan terus belajar.

Mengenali al-Quran sebagai mukjizat teragung,akan membuatkan hati kita menjadi lebih tenang,malah,kata Ustaz Ahmad Tarmizi Ali ;

Allah mengangkat darjat orang-orang yang bersama dengan al-Quran sebagai 'ahli'Nya...

Apa lagi yang kita kejarkan...?
Allah sendiri yang menghadiahkan kita dengan darjat sebegitu,maka berbanggalah untuk bersama dengan al-Quran.

Ramai orang bijak pandai mengambil iktibar dari al-Quran,belajar dan mentafsirkannya kepada kehidupan seharian.Apalagi yang kita nantikan?
Berbanggalah wahai umat Muhammad apabila al-Quran diturunkan kepada kalian sebagai panduan yang lengkap tanpa perlu diragui isi dan kebenarannya,maka belajarlah dan fahamilah ia.

Membaca satu ayat dalam al-Quran pun sudah berapa kali pahala Allah berikan,jika kita belajar memperbetulkan bacaan,kemudian memahami isi kandungannya,berapa kali ganda lagi pahala akan kita kutip?
Tak mahukah kita mengejarnya?

Apakah hukum membaca al-Quran?
Sunat,tapi bila membaca al-Fatihah di dalam solat,maka wajib hukumnya.Nak @ xnak,kita harus pelajari sebutan dan tajwid yang betul.

Solat mampu mencegah kita daripada melakukan perkara mungkar,tapi apa yang terjadi sekarang,ramai yang solat,tapi ramai juga yang melakukan maksiat.Kenapa?
Terfikirkah kita apakah kerana solat yang tidak sempurna itu,maka ia tidak membendung kita dari melakukan perkara maksiat?
Mari sama-sama perbetulkan sebutan huruf dan kenali sifat-sifat huruf.Semoga bacaan yang kita baca akan menambahkan lagi kekhusyukan dalam solat.Semoga solat itu mencegah kita dari melakukan maksiat.

Mari refleks balik...
Renung kembali apa yang kita lakukan kepada al-Quran di rumah.

bila kita menjaga agama Allah,maka Allah akan menjaga kita...

~aqu yang khilaf dan kerdil~
atikah : 130811

1 comment:

the tempo of life said...

baca dan hayati dan amalkan. itu penting :D