dWeT beLi uBaT

Sunday, August 7, 2011

hiDuP beRsYariAt @ hiDuP beRaDaT?

assalamualaikum....
apa khabar kesihatan korang?

apa khabar dengan iman korang?
ada turun naik,ada pasang surut....tu normal,yang xnormalnya bila dah turun,xmau nak usaha bagi naik balik...xtau la nak kata apa....

2,3 hari ada rasa pahit menelusuri hidup aqu,berdepan dengan perempuan yang..haish!ntah pape la nak cite fasal die,malas rasanya nak burukkan orang,lebih baik aqu tengok n nilai diri aqu balik...tu je la penyelesaiannya.

cuma kat sini aqu nak naikkan cerita tentang hidup yang sedang kita jalani,cara yang macamana yang korang pilih?

aqu buka satu kisah benar,aqu ditanya oleh seorang hamba Allah,sama ada aqu dah bertunang ke belum.dan jawapan aqu,dari segi syariat Islam,aqu da sah bergelar tunangan orang,tapi dari segi adat belum ada majlis menyarung cincin.

hamba Allah tu pelik...
confuse...!
kemudian,secara ringkasnya,aqu hantarkan dia video ni....


korang dengar dan telitikan baik-baik.bila korang dengar dan faham,korang akan nilaikan balik korang hidup atas landasan apa sekarang.

hidup bersyariat atau hidup beradat?
apa yang korang pilih?
aqu memilih hidup bersyariat,sebagaimana yang korang tahu bahawa Islam ini mudah,maka permudahkanlah urusan korang...tapi,jangan sesekali korang mempermudahkan Islam @ dalam erti kata lain,mempermainkan Islam.

aqu hanya pilih satu dari urusan yang hidup berlandaskan syariat.
namun,dalam xsedar,kita semakin jauh dalam merealisasikan hidup bersyariat ni...
kenapa?
di manakah salahnya?

kita semakin lama,semakin dipengaruhi oleh anasir luar yang membiasakan diri kita untuk hidup beradat,yang paling biasa adalah melalui institusi perkahwinan,bermula dari pertunangan,perkahwinan,kemudian bila dapat anak,nak wat majlis cukur jambul.tu pun kena ada tema,nak cukur jambul je pun...kena wat tema pahlawan,puteri,dan macam-macam lagi la.

belum masuk persediaan majlis,buaian berapa lapis,pelamin ( ade gak nih ),baju cantik-cantik untuk anak...
apa sebenarnya yang korang cari dalam majlis ni?
kemegahan?
keberkatan?
kesederhanaan?

mari refleks balik semua yang terjadi....

lihat kehidupan kita seharian,dimanakah aplikasinya bila kita mengatakan kita hidup bersyariat?
makan?
-menggunakan tangan atau sudu?
-duduk di meja atau bersila?
-diam @ bicara semasa makan?

pakaian?
-dari sumber yang mana?
-tertutupkah aurat dalam erti kata sebenar?
-adakah mengikut piawaian yang dilandaskan Islam?

anak-anak
-bagaimana didikan korang?
-apa yang korang dahulukan dalam kehidupan mereka?

oh,banyak lagi yang boleh disenaraikan...setiap langkah yang kita lakukan adalah kerana kita ni seorang Islam,maka landasannya juga harus ke situ....
setiap apa yang Allah suruh dan tegah itu ada sebabnya...ada alasannya,dan kebanyakannya adalah untuk kebaikan dan ketinggian maruah diri kita sebagai Islam...


mari diam sejenak,berfikir,muhasabah,dan refleks ke belakang.....
wahai umi,wahai ayah....jikalau sayangkan anakmu ini....
dahulukanlah agamaku....


~wallahua'lam~
berubahlah dari xtahu kepada tahu
da bila tahu,sebar-sebarkanlah...

1 comment:

Anonymous said...

hohoo