beRseDiaKaH uNtUk KaHwiN....??
Sudah sediakah, anda untuk berkahwin ???
Anda  mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi  masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan  percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk  melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan  pelbagai dugaan.
Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. 
Anda  harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua  perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah  bertahun-tahun bercinta.Tulisan di bawah ini bukan untuk  menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar  ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum  membuat keputusan mengakhiri zaman solo.
Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!
Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara  paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa  anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi  daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga  masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun  alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda  sehingga anda benar-benar yakin.
Harus sedia berkongsi
Anda  harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza  dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi  bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks,  kewangan dan juga emosi.
Sedia untuk sakit hati
Segala  tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan  mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng  masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus  sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.
Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah  selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul  untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika  anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan  agar hubungan emosi tetap terjalin.
Sedia untuk kompromi
Punya  agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan  pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang  mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi,  saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.
Sedia untuk berpisah
Di  dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk  menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian.  Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan  kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda  melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan  jika tidak seiringan.
Sedia menerima malu
Anda tentu mempunyai  kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun  sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda.  Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi  menjaga kehormatan masing-masing.
Soal anak
Selepas mendirikan  rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan.  Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan  dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah  kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih  baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau  tanpa anak sekalipun.
Artikel Cinta ini telah dikongsikan oleh  Forum Tentang Cinta.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2 comments:
alamak, fikir pasal kahwin ni. lambat lagi kot
Top 5 Casinos in India - Wooricasinos
Best Real money casinos ➡ We have the best casino sites and 다파벳 the 토토사이트 best welcome bonuses, real 메가 슬롯 money slots, 피망 포커 and 토토 사이트 best jackpots for Indian players ➜
Post a Comment