dWeT beLi uBaT

Friday, May 11, 2012

ANNOUNCEMENT....!


SERUAN UNTUK THERMAL BLANKET

Assalamualaikum….

Aqu nak buat pengumuman…!

Sesiapa yang nak buat amal jariah,silalah baca hingga ke hujung ayat dan huruf ea :D

I’m calling for 60 pcs thermal blanket to be distributed for those person in Rumah Penjagaan Orang Tua Al-Ikhlas. Cewah..! Speaking plak….huhu,

Kalau ada yang bermurah hati nak derma,boleh berbuat demikian dengan membeli thermal blanket tu dan emel kepada azila79aziz@gmail.com untuk mintak alamat supaya anda semua boleh hantar thermal blanket tu kepada beliau.

Warna apa pun tak kisah.
Erm,kenapa thermal blanket?

Thermal blanket ni untuk kegunaan orang-orang tua,blanket ni boleh buatkan mereka rasa warm. Tambah-tambah lagi kalau anda beri dengan penuh ikhlas dan kasih sayang…

Macamana rupa thermal blanket?


Okey,da tau da macamana rupa thermal blanket? Oh,jangan lupa,sebar-sebarkan ya….

Ingat,sebahagian dari rezeki kita adalah hak mereka juga kerana keseluruhan rezeki kita adalah milik Allah :)

Friday, November 18, 2011

maSaNyA teRLaLu deKaT....

aqu xtahu ape rasa sekarang...tapi sakit kepala memang menyucuk-nyucuk setiap lapis dalam otak ni....mungkin juga neuron-neuron sedang berlanggar sesama sendiri saat ini....

apa rasa jadi kakak?
kakak kepada 8 orang adik....
apa rasa menjaga mereka semua tanpa sesiapa di sisi....?

penat...
aqu benar-benar penat.... :(
ada masa aqu rasa menangis tu lebih baik dari bercerita kepada sesiapa....
yup...now i know that there is no one is belong to you even u happy or sad....

kadang-kadang berada dalam mode silent juga adalah lebih baik...
try to be nice and smile eventhough your heart is not there....

lelaki dengan cara lelaki...
dan perempuan dengan cara perempuan....
terkadang bila aqu terlebih tegas,semuanya takut...
tapi bila aqu terlampau lembut,semuanya mengambil kesempatan....

then...how..???

hurm...
betullah bila orang yang baru mula mengenali aqu akan judge aqu sebagai fierce lady...and its so true.... =)
but then...
persepsi akan berubah bila mereka benar-benar mengenali....

kadang-kadang aqu rasa aqu ni operator...
u can't sleep even a second....
sebab orang akan selalu cari aqu bila dorang susah dan waktu susah tu akan datang bila-bila masa saja....
terutamanya adik-adik aqu.....

i think i am a bit tired...
having cough and flu...
sometimes i got pain suddenly on my chest...
and always got headache....

maybe the time is almost there.....

=(

Friday, September 16, 2011

[kEsiHaTan] : BREASTFEEDING - Talk to me! a 3D experience

dear mom...
please give me the expensive gift that you have...
and i will always listen to you...
be loyal and put you here...
in my heart...

please mom,
the gift will bond us tightly together...
never seperate us even we are getting far each other...
because the love is always there....
now and forever..

dear mom,
i need to breastfeed...
talk to me...
=)

sincerely,
your baby....
 
 

Thursday, August 18, 2011

seHelai BaJu buAt meNYapU sI aiRmATa....

ini adalah entry ringkas...
tapi aqu harap ia padat dan memberi makna...

dikesempatan ini,aqu cuma nak merayu kepada korang-korang semua yang prihatin
tolonglah kami dalam membantu anak-anak yatim 
dengan menderma sehelai baju kepada mereka,
sekarang ni kami kekurangan baju melayu untuk kanak-kanak lelaki yang berusia lingkungan 15-18 tahun
anggaran saiz adalah M dan L....

masa da semakin suntuk da,
ni adalah peluang keemasan untuk korang beri sedikit kegembiraan kepada mereka ni
walaupun sehelai baju,tapi ia cukup untuk buat mereka gembira dan rasa dihargai...
semua jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya....
aku menyeru sangat-sangat...
kalau korang xcukup modal nak beli sepasang baju melayu,
korang leh share ngan kawan-kawan untuk beli walau sepasang sekalipun

korang leh refer kat blog sehelaibaju.com atau kat page fb sehelai baju
atau kalau korang nak tanya pape,leh je pm aqu kat fb

aqu merayu sangat-sangat...
semoga Aidilfitri ini memberi kegembiraan buat mereka


Saturday, August 13, 2011

Iqra'...baCaLah...baCa je...?

Hari ni aqu kije malam...Alhamdulillah,pagi tadi ada kelapangan pegi Karangkraf dan ambil sedikit ilmu.Tapi,kalau ambil dan xpraktis,mungkin xke mana jugak kan...?Aqu harap aqu akan istiqomah dengan apa yang aqu dapat,kena rajin-rajin baca buku,rajin-rajin wat homework.

Hurm...
Mengeluh?Huhu,xde la...

Hari ni aqu nak cerita dengan korang tentang al-Quran.
Sebelum aqu cerita,mari kita sama-sama refleks dengan beberapa soalan ;

-Bila kali terakhir kita baca Quran?
-Di mana al-Quran tu berada sekarang?
-Bila kali terakhir kita mendengar bacaan al-Quran?
-Adakah kita faham bila kita membaca al-Quran?
-Setakat mana kita mengamalkan al-Quran dalam menjadikannya panduan hidup?

Macamana?
Boleh jawab semua soalan?Soalan tu bukan untuk korang je...sebaliknya untuk aqu juga,sebab tu aqu guna perkataan ''kita''....

Sebenarnya,aqu baru je belajar bahasa al-Quran...bila mula kelas,terasa diri sangat kerdil....Bila ustaz tanya,aqu mula berfikir betapa banyaknya perkara yang telah aqu pinggirkan sedangkan itulah yang akan membantu aqu kelak.

Apabila bacaan di dalam solat itu salah,maka rosaklah seluruh solat itu....

Adakah selama ini kita yakin bahawa bacaan kita betul dan difahami setiap maknanya?
Adakah kita berusaha untuk mempelajari dan memperbetulkannya?
Ini adalah titik tolak aqu untuk memperbetulkannya...Kalian?
Sebenarnya bila kita mula belajar,kita akan menyedari betapa banyaknya perkara yang kita xtahu.Dan bila itu berlaku,maka ambillah inisiatif untuk belajar,belajar dan terus belajar.

Mengenali al-Quran sebagai mukjizat teragung,akan membuatkan hati kita menjadi lebih tenang,malah,kata Ustaz Ahmad Tarmizi Ali ;

Allah mengangkat darjat orang-orang yang bersama dengan al-Quran sebagai 'ahli'Nya...

Apa lagi yang kita kejarkan...?
Allah sendiri yang menghadiahkan kita dengan darjat sebegitu,maka berbanggalah untuk bersama dengan al-Quran.

Ramai orang bijak pandai mengambil iktibar dari al-Quran,belajar dan mentafsirkannya kepada kehidupan seharian.Apalagi yang kita nantikan?
Berbanggalah wahai umat Muhammad apabila al-Quran diturunkan kepada kalian sebagai panduan yang lengkap tanpa perlu diragui isi dan kebenarannya,maka belajarlah dan fahamilah ia.

Membaca satu ayat dalam al-Quran pun sudah berapa kali pahala Allah berikan,jika kita belajar memperbetulkan bacaan,kemudian memahami isi kandungannya,berapa kali ganda lagi pahala akan kita kutip?
Tak mahukah kita mengejarnya?

Apakah hukum membaca al-Quran?
Sunat,tapi bila membaca al-Fatihah di dalam solat,maka wajib hukumnya.Nak @ xnak,kita harus pelajari sebutan dan tajwid yang betul.

Solat mampu mencegah kita daripada melakukan perkara mungkar,tapi apa yang terjadi sekarang,ramai yang solat,tapi ramai juga yang melakukan maksiat.Kenapa?
Terfikirkah kita apakah kerana solat yang tidak sempurna itu,maka ia tidak membendung kita dari melakukan perkara maksiat?
Mari sama-sama perbetulkan sebutan huruf dan kenali sifat-sifat huruf.Semoga bacaan yang kita baca akan menambahkan lagi kekhusyukan dalam solat.Semoga solat itu mencegah kita dari melakukan maksiat.

Mari refleks balik...
Renung kembali apa yang kita lakukan kepada al-Quran di rumah.

bila kita menjaga agama Allah,maka Allah akan menjaga kita...

~aqu yang khilaf dan kerdil~
atikah : 130811

Sunday, August 7, 2011

hiDuP beRsYariAt @ hiDuP beRaDaT?

assalamualaikum....
apa khabar kesihatan korang?

apa khabar dengan iman korang?
ada turun naik,ada pasang surut....tu normal,yang xnormalnya bila dah turun,xmau nak usaha bagi naik balik...xtau la nak kata apa....

2,3 hari ada rasa pahit menelusuri hidup aqu,berdepan dengan perempuan yang..haish!ntah pape la nak cite fasal die,malas rasanya nak burukkan orang,lebih baik aqu tengok n nilai diri aqu balik...tu je la penyelesaiannya.

cuma kat sini aqu nak naikkan cerita tentang hidup yang sedang kita jalani,cara yang macamana yang korang pilih?

aqu buka satu kisah benar,aqu ditanya oleh seorang hamba Allah,sama ada aqu dah bertunang ke belum.dan jawapan aqu,dari segi syariat Islam,aqu da sah bergelar tunangan orang,tapi dari segi adat belum ada majlis menyarung cincin.

hamba Allah tu pelik...
confuse...!
kemudian,secara ringkasnya,aqu hantarkan dia video ni....


korang dengar dan telitikan baik-baik.bila korang dengar dan faham,korang akan nilaikan balik korang hidup atas landasan apa sekarang.

hidup bersyariat atau hidup beradat?
apa yang korang pilih?
aqu memilih hidup bersyariat,sebagaimana yang korang tahu bahawa Islam ini mudah,maka permudahkanlah urusan korang...tapi,jangan sesekali korang mempermudahkan Islam @ dalam erti kata lain,mempermainkan Islam.

aqu hanya pilih satu dari urusan yang hidup berlandaskan syariat.
namun,dalam xsedar,kita semakin jauh dalam merealisasikan hidup bersyariat ni...
kenapa?
di manakah salahnya?

kita semakin lama,semakin dipengaruhi oleh anasir luar yang membiasakan diri kita untuk hidup beradat,yang paling biasa adalah melalui institusi perkahwinan,bermula dari pertunangan,perkahwinan,kemudian bila dapat anak,nak wat majlis cukur jambul.tu pun kena ada tema,nak cukur jambul je pun...kena wat tema pahlawan,puteri,dan macam-macam lagi la.

belum masuk persediaan majlis,buaian berapa lapis,pelamin ( ade gak nih ),baju cantik-cantik untuk anak...
apa sebenarnya yang korang cari dalam majlis ni?
kemegahan?
keberkatan?
kesederhanaan?

mari refleks balik semua yang terjadi....

lihat kehidupan kita seharian,dimanakah aplikasinya bila kita mengatakan kita hidup bersyariat?
makan?
-menggunakan tangan atau sudu?
-duduk di meja atau bersila?
-diam @ bicara semasa makan?

pakaian?
-dari sumber yang mana?
-tertutupkah aurat dalam erti kata sebenar?
-adakah mengikut piawaian yang dilandaskan Islam?

anak-anak
-bagaimana didikan korang?
-apa yang korang dahulukan dalam kehidupan mereka?

oh,banyak lagi yang boleh disenaraikan...setiap langkah yang kita lakukan adalah kerana kita ni seorang Islam,maka landasannya juga harus ke situ....
setiap apa yang Allah suruh dan tegah itu ada sebabnya...ada alasannya,dan kebanyakannya adalah untuk kebaikan dan ketinggian maruah diri kita sebagai Islam...


mari diam sejenak,berfikir,muhasabah,dan refleks ke belakang.....
wahai umi,wahai ayah....jikalau sayangkan anakmu ini....
dahulukanlah agamaku....


~wallahua'lam~
berubahlah dari xtahu kepada tahu
da bila tahu,sebar-sebarkanlah...

Tuesday, August 2, 2011

beRseDiaKaH uNtUk KaHwiN....??

Sudah sediakah, anda untuk berkahwin ???

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.
Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!

Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi
Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

Artikel Cinta ini telah dikongsikan oleh Forum Tentang Cinta.

Sunday, July 31, 2011

wHaT gOes arOuNd....

pagi-pagi sudah baca alkisah si Khairul Fahmi....
manusia...oh manusia...
pantang ade kat atas,mula la lupa diri...lupa apa yang jadi suatu masa dulu...saat kau susah,die tolong kau...bila kau senang,kau cari lain dan tinggalkan die...semudah tu keputusan yang kau buat...

aqu teringin nak tengok,setakat mana kau mampu hidup bila perangai kau macam ni...beb,apa yang kau buat sekarang,pasti ada balasannya suatu masa nanti,sama ada cepat atau lambat,itu saja persoalannya...

sama macam aqu dulu,bila bercinta,ayat yang kau bagi semua manis-manis madu...bila kau dapat,kau tipu aqu,akhirnya kau terkantoi sendiri....seronok?
kau tunggu satu masa nanti akan datang seorang perempuan yang akan buat perkara yang sama macam kau buat kat aqu,malah mungkin lebih teruk dari apa yang kau buat tu kau akan dapat....!

aqu bukan doakan,tapi itu adalah kenyataan bila kau membuat kesalahan....kau mungkin xkan mengaku itu salah kau,tapi aqu sangat-sangat berharap kau akan jatuh terduduk dan mula refresh balik segala apa yang kau buat pada aqu....

pergh...!
hati panas bila ada isu begini....lelaki selalu ingat mereka boleh main-mainkan perempuan sesuka hati,sebab itu mereka berani buat macam-macam,bila terkena dengan perempuan yang macam-macam,mula salahkan orang lain....

hah!
hidup...hidup....
ada satu masa kau rasa gah bila kau kat atas...tapi bila kau jatuh terduduk,kau malu sendiri...kalau kau sedar,kau akan berubah,tapi kalau kau masih buta hati,kau akan mula berlagak macam dulu balik....sungguh kasihan aqu dengan ibu kau yang mengandungkan kau selama 9 bulan dan ini yang kau beri padanya....

ok!
out of topic sudah...
moga Elia kuat semangat untuk semua ni,

~aqu yakin dengan balasan Allah,kau tunggu saja...!~

Saturday, July 30, 2011

aYuH! pOsiTiFkaN diRi....!

baca tajuk pun semangat da berkobar-kobar,belum lagi wat action....huhu

Pagi tadi,on the way balik keje,aqu on Ikim fm,so,dengarlah tazkirah dari Prof Muhaya.Sape Prof Muhaya?Cari la sendiri,malas nak citer...Sepanjang perjalanan pulang tu aqu dengar je cara dia menerangkan,menasihati dan memberi pandangan.Sekarang aqu nak kongsikan dengan korang pulak...

Ada pendengar bertanya tentang bagaimana nak kekalkan keikhlasan dalam rumahtangga....
Maklum je la,lelaki memang susah nak menghargai wanita,lagi-lagi yang bergelar surirumah ni...dipandangnya sebelah mata je.
Jawab Prof Muhaya,ikhlas ni bukan lah sesuatu yang kita boleh tunjuk atau cakap (kalau da wat camtu,x ikhlas la namanya..)ikhlas ni ibaratnya apabila kita wat sesuatu,kita menyembunyikannya tanpa sesiapa pun tahu.Macamana kita menyembunyikan perbuatan jahat kita,macam tu jugaklah kita menyembunyikan ikhlas tu.

Mengikhlaskan diri dalam rumahtangga,terutamanya dengan suami,ibaratkanlah kita melakukan semua urusan tu seolah-olah suami tu da nak pergi a.k.a meninggal....
Memang le xmudah,sebab?
Sebabnya esok bangun pagi,"eh,ade lagi laki aqu ni...?"huhu...
Tapi,kalau tiba-tiba dia pergi,meraung la jawabnya...
Kata Prof Muhaya,bila kita mengibaratkannya begitu,maka lakukanlah tugas-tugas rumahtangga dengan sebaik mungkin,hiruplah kasih sayang yang ada antara suami isteri dan masa tu,x ada sebab untuk meminta ganjaran atas apa yang kita beri.

Alang-alang da menyentuh soal ganjaran atau mungkin balasan,kebanyakan orang mengharapkan mereka dihargai,xkisah lah dalam bentuk pujian atau diberi barang berharga ( jangan kate korang,aqu pun sama gak...)
Tapi,kata Prof Muhaya,dan suka untuk aqu sebutkan kata-katanya..Ibaratkan kita ni gelas yang berisi penuh,xperlu lagi ditambah isinya,dan jangan sesekali dibuang isinya.Gelas yang penuh tu ibarat maruah diri kita,maka bila da terisi penuh,apalagi yang diharapkan pada penghargaan?

Orang yang meminta dihargai adalah orang yang kurang maruah diri.Perghh,sentap plak kat situ,sape yang nak merendahkan harga diri mereka untuk sebuah penghargaan yang belum tentu kekal sampai bila-bila?hah!jawab le sendiri...

Prof Muhaya sendiri kerap menyebut,jangan fokus pada perkara yang sukar atau menyusahkan,tapi fokus untuk bersyukur dan menambah amal ibadah.Orang yang positif selalu berfikir tentang penyelesaian dan orang yang negatif selalu mencari alasan.Betul kan?

Hurm..
Merenung balik ke dalam diri,kadang-kadang aqu terfikir,adakala bila kita susah,Allah hanya mahu sedarkan kita bahawa kita ni masih insan yang lemah dan mahu kita kembali kepada fitrah asal,kerana itu Dia menurunkan ujian kepada hambaNya.

Kalau ada orang yang dulunya senang,kemudian ditimpa kesusahan,adakah dia mengingati Allah saat kesusahannya?Dan apabila dia senang,adakah dia akan terus mengingati Allah?
Adakah kita terfikir,apakah yang memberi keberkatan dalam hidup selain dari amalan yang ikhlas kerana Allah,akhlak yang baik dan sentiasa bersyukur?

Rezeki tidak akan datang bergolek,sebaliknya kita harus bangun dan mencarinya.
Rezeki tidak akan selalunya kekal,sebaliknya kita harus bersedia dengan segalanya.
Dan harus juga diingat,kita xkan selalu berada di atas,kadang-kadang kita harus berada di bawah supaya kita dapat menginsafi diri.

Jom!
Positifkan diri...
cas tenaga positif dengan keikhlasan,solat dan akhlak yang terpuji.

wallahua'lam....
~mahu jadi wanita yang tinggi maruahnya~
                                                                 

Wednesday, July 27, 2011

hAntArAn...dAn PeRKahWiNaN....

assalamualaikum...
hari ni mood menulis entry adalah tentang kawin...walaupun aqu masih single,xbermakna aqu diharamkan untuk menulis tentang tajuk ini...lagipun,ia adalah sebahagian dari hidup kita kan?
mungkin bukan sekarang,tapi suatu hari nanti kita akan melaluinya juga...

hantaran?
apakah yang korang faham tentang hantaran...?
nilai hantaran?
atau apakah pilihan korang dalam menyediakan hantaran kepada pasangan....?

kisah perkahwinan kadangkala menjadi satu ketakutan buat kaum Adam bila mana merasakan jodoh sudah tiba,tapi berdepan dengan pelbagai kekangan...

sebelum melangkah ke alam perkahwinan...pernah x korang bertanya kepada diri ; kenapa aku berkahwin? dan apakah jawapan yang kalian dapat?
kita pada hari ini adalah golongan manusia yang suka meniru...meniru perkara-perkara yang lagha...perkara-perkara yang membazir dan mengetepikan hal-hal yang lebih penting dari itu...

apakah hantaran yang terbaik untuk pasangan?kalau ditanya pada mereka yang up to date,mesti lah jawapannya Ipad2,DSLR,Blackberry dan segala kegilaan gajet remaja hari ini...berlumba-lumba untuk memiliki apa yang orang lain miliki,lalu,segala ikutan ini akan menjadi ikutan kepada anak yang bakal lahir kelak...adakah ini institusi keluarga yang akan kita bina.....??

faham ke korang tentang pemberian setiap hantaran?contohnya al-Quran sebagai hantaran adakah setiap pasangan menghargai pemberian al-Quran tersebut?sejauh mana kalian menggunakan al-Quran dalam membina rumahtangga kalian?
persoalan paling penting adalah adakah kalian membina institusi keluarga berdasarkan landasan yang diberi dan ditunjukkan di dalam al-Quran?

bak kata Ustaz Azhar Idrus,meminta biar berpada-pada,biar padan dengan apa yang diminta...
begitu juga dengan hantaran,fahami tujuan memberi hantaran...
kalau tidak mampu,sediakan saja sekadar yang perlu,dan kadang-kadang tidak perlu pun barang yang berjenama menghiasi bekas hantaran...hulurkan hadiah perkahwinan seikhlas hati....

menyorot catatan Mak Uda dalam majalah Anis keluaran Ogos 2011,katanya ; kahwin bukan sekadar baju pengantin dan pelamin glamor!
malah,tanpa baju pengantin dan pelamin atau nilai hantaran yang berganda sekalipun,kita masih boleh melaksanakan perkahwinan dengan sesempurna mungkin....!

pastikan setiap perkahwinan itu nawaitunya adalah untuk mencari redha Allah....dan semoga itu menjadi titik tolak ke arah pembangunan baitul muslim....semoga perkahwinan yang dibina lebih berkat dan dipayungi rahmat Allah....

wallahua'lam...

~aqu hanya insan kerdil...~